As-Salam,
Bersua lagi kita... hari ini nak cerita pasal cookies yang namanya Flourentine... yang penuh dengan kandungan badam dan kuaci... wallah... marvellous gitu sebab aku nie peminat badam dan kuaci.
Uoalls tau tak apa khasiat yang ada dalam badam? Badam dapat membatu membakar lemak dalam badan kita tau sekaligus membantu menurunkan berat badan. Ini adalah hasil daripada kajian yang telah diterbitkan oleh International Journal of Obesity.
Menurut penyelidikan berkenaan, pengambilan satu genggam badam setiap hari bersama menu diet sihat dapat membantu membakar 18% lebih banyak lemak berbanding kategori diet yang tak makan badam.
Dalam satu kajian lain pula, dikatakan bahawa badam juga dipercayai membantu menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) sehingga 12%. Jadi, badam baik untuk jantung selain membantu membakar lemak.
Tapi...kalau uoalls makan badam dalam flourentine nie... kurang membantu la jugakkan sebab dah bercampur ngan gula...sweetie gitu...yang eloknya makan badam kosong jer..Haaa.... Tengoklah flourentine aku nie... mmmmm....
Apa pulak khasiat kuaci? Kuaci adalah sumber vitamin E, yang berfungsi sebagai antioksidan, yang dapat melawan radikal bebas dan mengurangi risiko kolesterol. Anti-inflamasi di dalam kandungan kuaci pula dapat mengurangi risiko penyakit asma dan penyakit yang berkaitan dengan peradangan. Kandungan kuaci juga terdiri daripada folat, yang membantu dalam pembentukan DNA dan RNA, juga selenium yang berguna untuk memperbaiki DNA dan juga membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser.
Haa...nampaknya kuaci pun bagus untuk kita amalkan memakannya kan? Nak senang...beli jer kuaci yang dah siap dikupas... hahaha... Biasanya kedai yang menjual produk2 makanan Arab... banyak dijual kuaci dan badam yang dah siap diproses nie... Senang... masuk mulut dan telan jer... hehehe...
So...kalau uolls berminat... try lah buat... senang bebenor... sekelip mata jer siap... hahaha... nie lah resepinya...
BISKUT FLOURENTINE
Bahan-bahannya:
250g almond flake + kuaci hijau + kuaci putih
150g Bee Sting Mix (Tepung Flourentine)
Sedikit bijan hitam
Perchment paper
Cara:
Tuangkan 250g campuran almond flake, kuaci hijau dan kuaci putih bersama dengan 150g tepung Bee Sting Mix (tepung flourentine) ke dalam mangkuk dan sebatikan bersama.
Letakkan parchment paper yang dipotong lebih besar daripada saiz dulang ke atas dulang pembakar yang bersaiz 4 segi.
Ratakan bancuhan tepung flourentine dan almond flake ke atas parchment paper, anggaran tebal dalam 3mm.
Taburkan bijan hitam ke atas permukaan bancuhan flourentine yang telah diratakan.
Bakar pada suhu 160C untuk 12 minit atau hingga flourentine bertukar warna menjadi kuning keemasan.
Keluarkan dari oven dan dengan cepat, potong menggunakan pisau pemotong pizza mengikut saiz yang disukai.
p/s : Flourentine perlu dipotong ketika masih panas, jika tidak ia akan pecah jika dipotong ketika ia telah sejuk.
SELAMAT MENCUBA!!!