Friday 8 January 2016

Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur

As Salam,

Hai uoallz... hari nie nak cerita pasal aktiviti-aktiviti hujung tahun 2015 plak..hihihi... ok uoallzz... Hujung tahun 2015 yang lepas, banyak aktiviti yang superb antara aku dan Mr. Husband bersama family aku di Terengganu dan jugak family Mr. Husband di Sg Klah dek kerana Mr. Husband dapat cuti hujung tahun yang panjang.. seminggu lebih...seronok sungguh rasa bila dapat luangkan banyak masa bersama Mr.Husband tersayang dan family2 yang aku rindui sentiasa...
 
Balik Terengganu dengan kenduri Aqiqah anak saudara baruku pada 25 Dis. 2015, Ahmad Taufiq Hakimi B. Ahmad Fadhli dan esoknyer bercuti 2 hari 1 malam bersama family di Ulek Beach Resort, Dungun pula. Masa yang singkat bersama family aku tapi rasa sangat seronok sebab tak pernah dapat beraktiviti di luar beramai-ramai macam nie.. Main pool, berjacuzzi dlm bilik, makan malam yang marvellous dan bergambar bersama... Happy sangat bila tengok Ma dan Abah happy... Terima kasih pada kekanda tersayang.. Abang Yie yang sponsor sepenuhnya percutian kami... Semoga abang yie sekeluarga akan bertambah-tambah lagi rezeki dan diberi kesihatan yang baik sentiasa. Experience yg sgt best...
 
Dah balik Terengganu, balik Sg. Klah pulak.. Spent time dengan family husband pulak... Mandi manda di Lata Pongsu... Dua hari berturut-turut pergi main air lata dan berposing gaya artis dengan air yang sengaja di percik-percik... ehmm.. best gitu... hihi..
 
Sekarang, dah masuk tahun 2016... Harapnya tahun ini rezeki aku dan Mr. Husband bertambah-tambah lagi lah hendaknya, juga diberikan kesihatan yang lebih baik dan semoga hajat aku dan Mr. Husband yang belum tertunai pada tahun 2015 akan tertunai pada tahun 2016 ini... Insya Allah, Amiin...
 
Oppsss... bercerita panjang hingga lupa nak cerita pasal kek coklat aku nie... Senang nak buat dan pastinya sedap... 5 biji kek siap di dapur basahku yang aku telah bawa balik ke Terengganu utk kenduri aqiqah anak saudara ku baru2 ini... Licin habis tanpa tinggal sisa...hihihi... dan kemudian masak sebiji lagi untuk bawak balik ke Sg. Klah pulak... separuh daripada kek, aku bagi pada Yang and Kak Yang's family dan separuh lagi di bawa balik ke Sg. Klah... Uhmmm... siap bawa ke Lata Pongsu pada hari pertama utk makan2 berdua bersama-sama Mr.Husband ku... Ala-ala berkelah ber2 la konon...kikiki... Hari ke2 pergi beramai-ramai pulak...tapi kek dah tak der, jadi bawak spaghetti goreng, jemput2 ngan cekodok pulak... Syiok main air lata yang amat sejuk...hihihi...
 
Ok lah.. jom cuci mata ngan hasil aku..kek coklat moist kukus tanpa telur... Resepi kat bawah untuk uoalls yang ingin mencuba nyer... :-)

 
KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : loyang 6" x 6"

Bahan A :
125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ~ 1/4
2 sudu kecil serbuk penaik ~ 1sk

Bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa) ~ 3/4 caw
1/2 cawan susu pekat manis 1/2caw
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar 1 3/4
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

Bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

p/s: Untuk kek aku nie, aku pakai loyang yang lagi besar, jadi resepi yang kat atas tu aku gandakan semua bahan-bahannya.



 
Cara:
  • Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
  • Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  • Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
  • Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
  • Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
  • Tutupkan loyang dengan kertas foil.
  • Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
  • Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
 
Kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
 
Kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.
 
Topping Coklat:
 
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
 
Cara:
  • Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
  • Masak secara double boiler hingga mencapai kelikatan yang dikehendaki (topping Nampak berkilat)
  • Potong kek kepada dua
  • Tuangkan topping pada permukaan pertama kek.
  • Satukan sebahagian lagi kek ke atas permukaan topping kek yang pertama.
  • Tuangkan lebihan topping ke atas keseluruhan permukaan kek.
  • Hiaskan dengan parutan coklat masakan.
Selamat Mencubaaaa allzzz... :-)

No comments:

Post a Comment