Nampaknya musim mempelam or mangga tiba lagi. Banyak pokok2 mempelam sedang berbuah. Kalau menyinggah ke pasar malam atau lalu di kedai buah tepi jalan, sure akan nampak buah mempelam atau mangga yang pelbagai jenis dan warna kulitnya pulak sama ada hijau atau oren...memang ler menggiurkan...huhu...
Kat rumah pulak, last 2 weeks Mr Husben ada belikan mempelam giant... memang besar sungguh saiznya, kalau diukur gemuknya...3 kali ganda gelas nie ada... kalau diukur panjangnya..kira2, satu setengah panjang gelas nie lah jugak... Mr. Husben belinya di R&R Bukit Gantang waktu otw balik dari outstation di Penang tempoh hari. Nama mempelamnya??? Entah... tak tau lah pulak nama apa.. hehe... sowri...
Kerana tekak terasa nak minum sejuk, jadi dengan mempelam yang ada... terjadilah manggo lassi hasil inspirasi daripada collegue aku... thank you Mas.
Kerana tekak terasa nak minum sejuk, jadi dengan mempelam yang ada... terjadilah manggo lassi hasil inspirasi daripada collegue aku... thank you Mas.
Inilah hasil yang terjadi last 2 weeks...hari nie baru dapat tempek ke sini... terasa macam masa sangat mencemburui sekarang ini... huh3..
Haaa... nampak tak? apa yang uoalls nampak? isi pelam? yer betul... haha... patutnye aku potong banyak sikit letak kat dalam tuh... kasi lagi kaw...ehm... anyway... rasa sejuk manggo nie... dapatlah jugak basahkan tekak diwaktu2 sekarang nie yang kejap panas, kejap hujan kan...
Ok... dah puas tatap gambar kita ke resepinya pulak...;-)
MANGGO LASSI
Sumber : Cik Mat Gebu
2 biji buah mangga yang masak ranum saiz sederhana (aku nyer kes kena lah agak2 macam 2 biji mangga sebab mangga aku giant punyer saiz kan...)
1 cawan yogurt tanpa perisa (nak guna perisa mangga pun boleh)
1 cawan air mineral
2 - 3 camca besar penuh susu pekat manis (boleh ganti dengan gula secukup rasa)
1/2 biji lemon, perah jusnya
Ais kiub secukupnya
Sedikit isi mangga yang didadu untuk hiasan
CARA:
- Cuci buah mangga tadi, kemudian lap kering.
- Kupas kulit dan ambil isinya.
- Masukkan ke dalam alat pengisar makanan (blender), tambah yogurt, susu pekat manis (atau gula), air mineral dan jus lemon.
- Kisar hingga semua hancur dan sebati.
- Masukkan pula ais kiub, dan kisar hingga ais kiub hancur.
- Tuang dalam gelas sesuai, hias dengan isi mangga yang didadu tadi dan boleh hidangkan.
Terima kasih kerana sudi membaca dan SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment