Thursday, 25 August 2016

Brokoli Goreng Celup Tepung

As Salam,


Kisah brokoli... Ada sesiapa yang tak suka? Rugi kalau uoalls tak suka sebab sayur brokoli rasanya tidak pahit seperti sayuran hijau yang lain malah rasanya lemak-lemak manis dan sedikit crunchy jika dikunyah malah kaya dengan pelbagai khasiat. Sesuai dimakan untuk semua peringkat umur daripada bayi, ibu mengandung hingga lah ke peringkat dewasa.

Tengok nie... Brokoli Goreng Celup Tepung versi Nazra.. Sedap uoalls... Rugi kalau tak cuba buat.. Boleh scroll ke bawah untuk tengok resepinya yep.. Sebelum tu... Nazra nak share info berkaitan manfaat brokoli bagi ibu hamil dan bayi dulu....


7 Manfaat Brokoli bagi Ibu Hamil dan Janin

Menurut Hamil.co.id, brokoli adalah salah satu daripada makanan yang dikenali sebagai "super food" kerana kandungan nutrisinya yang banyak dan sangat bermanfaat untuk kesihatan. 


Berikut adalah beberapa kandungan dalam brokoli yang diperlukan oleh ibu yang sedang hamil:

1. Omega 3 (21mg)

Kandungan ini sangat berguna bagi ibu yang sedang mengandung bagi mendapatkan bayi yang cerdas dan pintar. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengatur tekanan darah dan membuatnya stabil. Kandungan Omega 3 di dalam brokoli ini juga memiliki sifat anti inflasi serta anti alergi.

2. Folat (63 mcg)

Brokoli juga kaya dengan kandungan folat yang berfungsi menghindarkan bayi dari ancaman cacat organ otak, bahagian sumsum tulang belakang serta saraf. Secara khusus, manfaat folat bagi ibu hamil ini berfungsi penting dalampembelahan serta pertumbuhan sel. Selain bermanfaat bagi bayi, ia juga dapat menghasilkan sel darah merah kepada ibu hamil yang mana dapat menghindari ibu daripada mudah mendapat gangguan lelah dan kurang bertenaga yang sering mengganggu ibu hamil pada umumnya. 

3. Vitamin K dan Kalsium (105 mg)

Semasa tempoh kehamilan, ibu hamil akan mengalami kenaikan berat badan seiring dengan pembesaran bayi di dalam perut. Untuk menahan berat badan yang sedemikian, struktur tulang yang lebih kuat daripada biasa diperlukan di mana dapat diperolehi daripada Vitamin K dan Kalsium yang terdapat di dalam brokoli, yang dapat menambahkan kekuatan tulang dan menghindarkan daripada ancaman osteoporosis. Manfaat Vitamin K dan Kalsium ini juga sangat baik dalam merangsang pertumbuhan tulang, gigi serta melindungi sistem saraf bayi.

4. Kolin

Kolin terbukti dapat mengurangi kadar kortisol pada bayi sehingga mengurangkan kemungkinan terjadinya stress pada anak serta gangguan-gangguan fisik lain seperti diabetes dan kanser yang boleh terjadi ketika anak berganjak dewasa. Sementara itu, bagi ibu hamil, pengambilan brokoli didapati dapat menormalkan kadar gula dalam darah dan sangat disarankan diambil oleh ibu hamil yang mengidap diabetes ketika hamil.  

5. Kalsium (47 mg) Vitamin dan Mineral

Kalsium dalam brokoli secara khusus berguna bagi bayi untuk merangsang pertumbuhan tulang, gigi dan otot sejak awal kehamilan hingga kelahiran. Sementara itu, vitamin dan mineral dalam brokoli bermanfaat secara langsung bagi ibu kerana dapat mencerahkan rambut dan kulit sepanjang tempoh kehamilan.

6. Beta Karoten

Beta karoten berfungsi untuk mempertahankan sistem imun serta melindungi tubuh dari virus-virus penyakit yang berpotensi mengganggu kehamilan. 

7. Zat Besi (0.7 mg)

Brokoli kaya dengan zat besi yang salah satu fungsinya adalah menghindarkan anemia atau penyakit kekurangan darah di mana gangguan ini kerap berlaku ke atas ibu hamil. Gangguan lain yang sering dideritai oleh ibu hamil adalah sembelit yang mana dapat diatasi dengan pengambilan brokoli dalam diet seharian kerana brokoli adalah sayuran yang paling kaya serat (2.6 g), yang dapat melancarkan pencernaan dan menyeimbangkan metabolisme tubuh.

Sumber : 
http://hamil.co.id/nutrisi-ibu-hamil/makanan-sehat/manfaat-brokoli-bagi-ibu-hamil

Haaaa... Nampak tak? Bukan saja sedap pada rasa tapi banyak pulak khasiat yang ada pada sang brokoli nie... Rugi kalau tak masukkan dia dalam diet harian kita nih... huhu...

Sebenarnya, macam-macam menu boleh kita olah dengan sayuran brokoli nie. Contohnya, sup brokoli, brokoli bakar atau rebus, brokoli goreng bersama udang dan sos tiram dan macam-macam lagi.

Untuk entri kali nie, jom kita tengok resepi Brokoli Goreng Celup Tepung yep... Simple recipe but really tasty... Boleh buat kudapan untuk hidangan breakfast, minum petang atau disajikan dengan nasi putih... Sedap uoalls... Lemak-lemak gitu rasa dia...

Ok..jom kita layan Brokoli Goreng Celup Tepung versi Nazra nie... Resepinya.... Jenguk kat bawah yep...


BROKOLI GORENG CELUP TEPUNG

Bahan-bahan:

  • Brokoli 1 tangkai
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar bijan
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • Secubit serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara:
  • Potong brokoli mengikut bunganya.
  • Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, bijan, secubit serbuk kunyit dan air secukupnya sehingga mendapat adunan batter seperti tepung goreng pisang.
  • Perasakan dengan secubit garam dan gula.
  • Masukkan brokoli yang telah dipotong ke dalam adunan batter dan gaul hingga sebati.
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan hingga kekuningan.
  • Angkat dan bolehlah dihidang.

Sedap dimakan begitu sahaja, atau sedap juga jika dicicah bersama sos cili... Bergantung kepada citarasa uoalls...


SELAMAT MENCUBA!!!! Pastinya anak-anak yang tak menggemari sayur sebelum ini akan jatuh cinta dengan resepi kudapan ini...

Terima kasih kerana sudi membaca entri Nazra kali ini. :-)


1 comment:

  1. The King Casino Online ᐈ Get 50% up to €/$100 + 50 Free Spins
    Get 50% casinosites.one up kadangpintar to €/$100 출장샵 + 50 Free Spins · Visit the deccasino official site · Log in to your Casino Account · If you do not agree to the terms of the terms of the https://jancasino.com/review/merit-casino/ agreement,

    ReplyDelete