Hasil sembang kosong dengan Linas last week, maka terjadilah satu menu kudapan untuk aku dan Mr.Husben, cumanya aku just menggunakan bahan yang sememangnya dah siap sedia ada dalam wet kitchenku, jadi ada beberapa ingredients yang aku tak letak dan ada benda yang aku tambah ikut kesesuaian rasa tekak aku dan Mr.Husben. Anyway thanks Linas for the great recipe. My husbend love it.
Linas namakannya Tauhu Pelangi tapi sebab aku buat bentuk panjang2, jadi aku namakannya jejari... tokua pulak stand for tauhu as Mr.Husben panggil tauhu ngan takua... dan disebabkan ianya colourful... jadi aku kaitkanlah ianya jugak dengan rainbow... so..jadilah nama panjangnya JEJARI TOKUA RAINBOW... hehehe...
JEJARI TOKUA RAINBOW
Resepi asal : http://ilhamresepi.blogspot.com/2014/04/tauhu-pelangi.html
2 ketul tauhu jepun
2 sudu besar minced chicken
sedikit daun kucai-potong halus
sedikit cili merah-potong halus
sedikit capsicum merah-potong halus
sedikit lobak merah-diparut halus
2 biji telur
Secubit garam
CARA:
- Masukkan tauhu, sebiji telur dan minced chicken ke dalam blender.
- Tambahkan secubit garam. Pastikan garam diletakkan hanya sedikit kerana tauhu jepun sudah sedia masin.
- Blend kesemua bahan tadi.
- Tuang ke dalam bekas dan campurkan pula dengan daun kucai, cili merah, capsicum dan lobak merah.
- Kacau supaya ia sebati dengan bahan yang diblend tadi.
- Kukus selama 20 minit.
- Setelah masak, sejukkan sebentar.
- Potong kepada bentuk yang disukai.
- Pecahkan sebiji telur lagi.
- Celupkan tauhu yang dipotong ke dalam telur.
- Kemudian goreng hingga menjadi warna keeemasan.
- Sedia untuk dihidang.
Boleh dihidang bersama nasi atau dijadikan hidangan minum petang. Sedap dicicah bersama sos cili. Pasti menjadi kegemaran semua peringkat umur. :-)
SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment