Friday 24 January 2014

Cheese Tart

Salam,

Rasa teruja untuk tempekkan gambar cheese tart yang dah dua kali berjaya aku hasilkan. Terima kasih kak azalita masam manis kerana menunjukkan resepi dan cara-cara menyiapkan cheese tart ini. Saat paling best adalah ketika melorek cream cheese... terasa hati damai bahagia jer setelah melihat hasilnya... rasa macam dalam hati ada taman gitu...cheh cheh cheh....dan rasa seakan tak percaya pun ada...Pandai jugak aku rupanya... kik3...
 
Inilah hasil kerja tangan ku... dibuat khas atas permintaan Geng Master UTHM...kawan  sekelas Mr. Husbenku merangkap kawan-kawan ku jua, ketika ke UTHM di penghujung tahun 2013 yang lalu.
Minta kebenaran kak azalita masam manis kerana menyedut resepi dan cara-cara menghasilkan cheese tart ini untuk ditempekkan di sini. Jadi...resepi dan cara-caranya adalah seperti berikut:

CHEESE TART

Tart Shell
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara:
  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
 

Kemudian sediakan filling yg kita suka sama ada blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas. Bahan-bahan untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai-kedai menjual bahan-bahan tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
 
Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.
 
CREAM CHEESE
 
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara:
  • Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi, dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  • Kemudian boleh lah kita mulakan proses melorek atas cheese tat tadi. 
  • Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.
  • Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
 
Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama...
 
SELAMAT MENCUBA.... :-)

Tuesday 21 January 2014

Kuetiow Goreng

Salam,

Cerita aku malam ini sambil menonton Masterchef Malaysia All Stars. Nampaknya gimik malam nie macam kelakar sikit...Chef Adu siap naik moto besar untuk announce result group mana yang menang. Kelakarnya... dan group yang menang ialah group Brian dan Zamir. Terpaksalah Soo Wincci dan Celina bertarung untuk ke peringkat separuh akhir.
 
Malam ini jugak aku menyiapkan hidangan kuetiow goreng untuk dinner aku bersama Mr. Husben. Senang dan simple since aku rasa kurang sihat jer selepas balik dari ofis petang tadi... Tekak terasa perit dan hidung pulak terasa pedih... rasa macam nak demam aje nie. Harapan aku... janganlah rasa ini berpanjangan... Lots of work is waiting me tomorrow. huk huk huk... Anyway.. inilah hasil air tangan aku malam ini...

Resepi aku simple jer...inilah dia...

Kuetiow Goreng

1/2 peket kuetiow
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk cili
kicap pekat secukupnya
sos tomato secukupnya
segenggan daun kucai, taugeh dan sawi
sedikit hirisan isi ayam dan udang
2 biji telur
garam dan gula secukupnya
3 sudu besar minyak masak

Cara:
  • Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan serbuk cili hingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam dan biar ia masak seketika.
  • Tambahkan kicap pekat, sos tomato, udang, taugeh, sawi dan daun kucai. Jika kering, tambahkan sedikit air.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan kuetiow dan kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali, masukkan telur dan kacau lagi hingga telur sekata bersama kuetiow. Masak sekejap sahaja dan kemudian tutup api dan bolehlah dihidang.
Terima kasih kerana membaca entri ini dan....
SELAMAT MENCUBA :-)
 

Monday 20 January 2014

Lasagna Lazzattnya

Salam,
 
Lasagna kalau dalam bahasa melayu bunyinya macam Lazzattnya...betul tak???hehe...that's why la tajuk entri aku kali nie Lasagna Lazzatnya...gabungan dua bahasa - itali dan melayu...Lasagna sebenarnya adalah sejenis pasta berasal dari Itali... and I found that Italian food can be simple, but sometimes can be complex..perhaps...ehm..and also elegent in someways...am I?uhhh...whatever...
 
Tapi...lasagna aku tak lah berapa elegen mana... hahaha... maybe aku kena beli plate yang macam secret recipe punye kot...baru senang nak masak lasagna...(ayat untuk bagi alasan nak beli plate baru...hehehe), anyway..inilah dia aku punya Lasagna Lazzattnya...
 
Resepi yang aku guna untuk....

Lasagna Lazzattnya

2 keping lasagna (aku guna jenama San Remo Instant Lasagna)

Isi Lasagna Lazzattnya:
400 g daging kisar
50 g ayam kisar
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 ulas bawang besar holland (dipotong dadu)
2 sudu besar olive oil
1 biji buah tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar tomato puree
2 sudu besar sos tomato
Sedikit serbuk buah pala
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam

Sos Putih:
2 slice cheese (aku guna sliced cheese jenama Kraft)
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar majerin/butter
1 sudu kecil tepung gandum
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam


Cara:

Isi Lasagna Lazzattnya:
  • Panaskan olive oil. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  • Masukkan daging dan ayam kisar, buah tomato, tomato puree dan sos tomato.
  • Biarkan seketika sehingga daging dan ayam kisar masak.
  • Tambahkan serbuk lada hitam, serbuk buah pala dan garam sesedap rasa.
  • Tutup api apabila bancuhan telah hampir kering.
Sos Putih
  • Dalam kuali yang lain, cairkan majerin/butter.
  • Masukkan tepung gandum dan biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan susu segar dan sekeping slice cheese.
  • Tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  • Biarkan sos memekat sedikit dan kemudian tutup api.
Cara menyusun Lasagna
  • Ambil sedikit isi lasagna dan ratakan ke dalam bekas acuan.
  • Tuang sedikit sos putih ke atas isi lasagna.
  • Letakkan sekeping instant lasagna ke atasnya.
  • Ulangi langkah yang sama sehingga habis isi dan sos putih. Pastikan bahagian paling atas nanti adalah sos putih dan bukannya kepingan lasagna.
  • Ambil sekeping lagi slice cheese dan potong-potongkan ia dan letakkan di bahagian paling atas untuk lasagna tersebut.
  • Masukkan ke dalam pemanggang ajaib dan bakar dengan api perlahan selama 15 minit.
  • Boleh juga dibakar di dalam oven/micromave.
SELAMAT MENCUBA!!!


Saturday 18 January 2014

Nasi Arab Superb

Salam,

Berkesempatan membuat nasi arab yang rempah dan beras basmathinya hasil pemberian abang aku dan kakak ipar aku yang kini menetap di Arab Saudi. Alhamdulillah dan shukran ya habibi Abang Yie dan Kak Rose ku... menjadi nasi arabnya dan rempah tu memang superb sedap...
 
Ini lah dia rupa nasi arabnya...
Resepi yang aku guna:

Nasi Arab
3 pot beras Basmathi (aku guna brand Alwaliyah-straight away came from Arab Saudi)
4 1/2 pot air
1 sudu kecil mix spiced seasoning
1/2 sudu kecil rempah serbuk kabsah
1 biji bawang besar- dikisar
1 ulas bawang putih- dikisar
1 biji buah tomato - dikisar
kayu manis, pelaga dan cengkih
1biji lumi
1 batang cili hijau
sehelai daun bay
Garam dan gula sesedap rasa
4 sudu besar olive oil

Cara:
  • Basuhkan beras basmathi dan rendam selama 30 minit.
  • Tumiskan kayu manis, pelaga, cengkih dan lumi dengan olive oil. Masukkan bawang merah, bawang putih dan tomato yang telah dikisar. Masak hingga berbau wangi.
  • Masukkan air diikuti dengan daun bay.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Sejatkan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi.
  • Tuangkan tumisan rempah dan bawang tadi ke dalam periuk beras.
  • Tambahkan cili hijau ke dalamnya.
  • Tanakkan nasi sehingga 80% masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang telah disediakan sebelumnya.
  • Gaulkan perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan nasi sehingga 100% masak.
Ayam Panggang
  • Perapkan 1 ekor ayam dengan 2 sudu besar mix spiced seasoning, 1/2 sudu besar serbuk rempah kabsah, 5 ulas bawang putih yang dikisar, garam, 1/2 biji buah tomato yang dikisar dan 2 sudu besar olive oil.
  • Panggang dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180C. Balikkan ayam selepas 1/2 jam.
  • Simpan lebihan minyak ketika memanggang.
Sos Harrah
  • 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi dan sedikit garam
  • Kisar semua bahan tanpa air
Salad Arab
  • 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
  • Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.
SELAMAT MENCUBA :-)

Hatten Hotel, Melaka


Salam,

Kunjungan aku ke Melaka pada tahun lepas membawa aku menginap di Hatten Hotel, Melaka. A very conveniently hotel located in the middle of everything in Malacca. Yang paling aku suka dia punya food... macam-macam ada... Boleh pilih nak makan apa... dari malay food, chinese food, indian food, japanese food and italian food...semuanya ada...
 
Dan berkesempatan juga berada pada top floor of the hotel,which is 22nd floor dan menikmati scenery dari floor tersebut. Pool dia pulak berada pada 12nd floor... menarik jugak view dari poolnya.... Bilik aku pulak di tingkat 16... Bolehlah tengok suasana bandar Melaka di waktu pagi, menjelang senja dan di waktu malam... cantik...
 
So, inilah antara food yang sempat aku snap ketika di hotel tersebut... semuanya sedap-sedap thooo....





Menu for breakfast

Menu for breakfast

Lunch treat - yang paling aku suka salted century egg

Dinner treat

Lovely...Hari-hari layan ais-cream... Ice-cream goreng pun ada
Itulah antara food picture yang aku snap... sebenarnya ada banyak lagi food yang dihidangkan di sini... mewah dengan makanan... dan hotel nie yang bestnya satu lagi kalau nak g shopping...Hatten Square kat sebelah aje...coz hotel nie bersambung dengan shopping mall tuh... seronok uoalls... Thanks for reading. ADIOS... :-)


Friday 17 January 2014

Benjo Jumaat

Salam,

Diam tak diam, hari nie dah pun masuk hari Jumaat, penghulu segala hari. Seronok sebab kat sini cuti sempena Thaipusam, jadi bolehlah relax-relaxkan diri tak payah nak rush2 pagi-pagi pergi kerja... So hari nie just buat banjo for our breakfast... Menu yang senang dan simple but yummyyyy...uhmmmm...
 
Sambil-sambil siapkan banjo, kepala aku terfikir-fikir dan teringat-ingat sembangku dengan kawan lama aku semalam through fb pasal further study... Phd oh Phd...hati teringin sangat tapi perasaan gerun pun banyak jugak... berligar-ligar dalam kepala... which university? which country? topic apa yang aku nak kaji? who will be my supervisor? mampukah aku? dan bermacam-macam lagi...

Tawaran biasiswa HLP tak lama lagi akan keluar, tapi persiapan aku baru hanya seciput... but then bila teringat kawan-kawanku yang sedang dan telah mencipta kejayaan dengan Phd... hati rasa sangat berkobar-kobar untuk menzahirkannya... kawan-kawanku yang sama-sama belajar dengan aku suatu ketika dahulu mampu merealisasikannya... kenapa aku tidak? so... aku mesti positifkan persepsi pada diriku sendiri... dan mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusanku, mudah-mudahan Allah makbulkan beberapa impianku yang aku pohon, yang ingin aku capai pada tahun ini... insya'allah... ALLAHUMMA RABBANA YASSIR WALA TU'ASSIR... AMIEN...
 
Dalam dok terfikir-fikir... akhirnya siap benjo-benjo aku... yeaahhh...bolehlah mengenyangkan perutku dan Mr. Husbenku di pagi hari Jumaat yang mulia ini... Terima kasih Allah atas nikmat pemberian rezekimu kepada kami....
 
So...inilah dia rupa benjoku...simple jer...

 
Bahan-bahan yang aku guna adalah seperti berikut:
 
Benjo Jumaat
 
4 keping roti gardenia
2 keping keju
2 biji telur
Timun, daun salad atau tomato
[aku just guna timun sebab tu jer yang ada :-)]
Mayonis atau sos thousand island
Sos cili
Sedikit olive oil
 
Cara:
  • Goreng telur dengan sedikit olive oil. (Sebiji telur di tuang ke dalam fry pan dan kacau-kacaukan kuningnya dengan sudu supaya ia bercampur sedikit dengan telur putih. Guna api perlahan).
  • Susun roti yang disapu mayonis dengan timun (atau apa sahaja sayuran) diikuti sos thousand island, telur, sos cili dan diakhiri sekali lagi dengan roti.
Sekian... SELAMAT MENCUBA!!!
 
 

Thursday 16 January 2014

Spagetti Tradisionalku Malam Ini

Salam,
 
Ceritaku malam ini...Masak spaghetti aje since lauk pauk basah dalam peti ais semua dah habis... yang ada cuma minced beef aje... Dalam fikiran, ada tiga choice untuk dimasak... sama ada burger, mee bandung (tp sawi lak tak der) or spaghetti...
 
Then mintak pendapat Mr.Husben...lastly, the decision is seperti di bawah... Spaghetti Tradisionalku Malam Ini... Bestnyer masak spaghetti sebab kejap aje dah masak dan boleh makan... yuhooo....
Inilah dia resepinya....
 
Spaghetti Tradisionalku Malam Ini...
 
Spaghetti mengikut kuantiti untuk 3-4 orang (direbus selama 15 minit dengan sedikit olive oil dan garam)
 
Sos (untuk hidangan 3-4 orang)
1 tin sos Spaghetti Tomato Tradisional Prego
1 keping keju (slice cheese)
200 g daging hancur
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu-halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
secubit garam, gula dan serbuk lada hitam
2 sudu besar olive oil
 
Cara:
  • Panaskan periuk dengan olive oil.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan daging cincang dan biarkan ia masak seketika.
  • Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam.
  • Tambahkan sos Spaghetti Tomato Tradisional Prego. Biarkan hingga sos mendidih.
  • Masukkan keju slice. Kacau hingga keju sebati dengan kuah sos. Tutup api dan angkat.
  • Hidangkan kuah sos dengan spaghetti yang telah direbus.
Sangat mudah menyediakannya... boleh juga ditambah dengan sedikit mushroom ke dalam sosnya bagi menambahkan rasa... aku terlupa nak masukkan masa aku masak tadi... almaklum...dah lapar sangat kan... huhu... ok... SELAMAT MENCUBA...

Tuesday 14 January 2014

Puding Roti Bersama Sos Coklat

Salam,
 
Dah lama aku tak update blog aku nih...huhu...busy memanjang kebelakangan nie... anyway... selamat menyambut maulidur rasul 1435H hari ini... sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W yang dicintai... mudah-mudahan kita salah seorang dari ummat baginda yang akan mendapat syafa'at daripada baginda di hari akhirat nanti...amin...
 
Ehmmm...ok lah...hari nie aku nak cerita pasal bread pudding ku...bangun pagi tadi...ntah macam mana kepala aku teringat plak kat bread pudding yang pernah aku makan kat satu hotel baru2 nie... tekak macam teringin jer kan...so apa lagi... kebetulan kat atas meja ada sebuku roti gardenia yang Mr. Husben beli malam tadi...coz... malam tadi dinner ngan Homemade Beef Egg Burger...wallah... sedap hingga menjilat jari... huhu..ayat perasan....hohoho...back to the bread pudding topic....
 
So...intai lagi bahan-bahan yang lain...complete...semua ada dalam peti ais kecuali susu cair je tak der...terpaksalah aku gantikan susu cair dengan whip cream untuk buat sosnya... dan pulak... aku tak buat sos kastad tapi aku buat sos coklat...sebab masa kat hotel hari tu... bila aku campurkan coklat cair ke dalam sosnya... fuhhh... meletup -letup dia punya rasa dalam mulut... (pinjam ayat Papa Jo-masterchef)...hehehe....jadi...akhirnya... pudding aku di serve dengan sos coklat....seperti di bawah...
 

 
So...let's check the recipe...
 
Bread Pudding
 
8 keping roti
500 ml susu segar*
4 sudu besar gula halus*
2 sudu besar butter - cairkan
1 biji telur*
1 sudu the esen vanilla*
1 sudu besar tepung jagung*
1 sudu kecil serbuk cinnamon*
2 sudu besar kismis*
 
Cara:
  • Potong-potongkan roti dan susun dalam bekas kaca/loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  • Gaul rata bahan-bahan bertanda (*) dan tuang ke atas roti tadi selapis demi selapis sehingga semua roti terendam sepenuhnya.
  • Taburkan kismis ke atas adunan.
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Sos Coklat
250 ml whip cream
3 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk koko van houten
 
Cara:
  • Kacau whip cream bersama serbuk koko dan gula sehingga sekata.
  • Cairkan butter di atas periuk dengan api perlahan.
  • Tuang bancuhan yang telah dikacau tadi ke dalam butter yang telah dicairkan.
  • Masak selama 5 minit dengan api perlahan.
  • Tuang ke atas pudding roti tadi.

Sedap dimakan setelah di sejukkan ke dalam peti ais. SELAMAT MENCUBA!!!....