Jumaat yang penuh barakah datang lagi... Al-Mulk dibaca sebagai pembuka hari dan Al-Kahfi dibaca sebagai penyeri hari... mudah-mudahan mendapat rahmat dan berkat dariNya... Solat Dhuha ditinggal jangan... moga rezeki Allah bertambah-tambah dalam hidup...
Cerita petang semalam bersama salah seorang collegue aku masih terasa-rasa dalam hati... Hati belum sembuh sepenuhnya... Mudah-mudahan Allah bukakan hatinya untuk cuba memahami perasaan orang lain juga yang belum mempunyai zuriat... dan mendoakan yang baik untuk kawan2 dan bukannya mengata yang bukan-bukan... siapa yang tak mahu zuriatkan? tapi itu semua takdir Allah...
Aku pernah merasa 3 kali pengalaman mengandung, namun kuasa Allah lebih besar, 3 kali itu juga aku mengalami keguguran... aku redha dengan ketetapanNya... aku tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...
Aku pernah merasa 3 kali pengalaman mengandung, namun kuasa Allah lebih besar, 3 kali itu juga aku mengalami keguguran... aku redha dengan ketetapanNya... aku tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...
Walau hati sedih, namun alhamdulillah aku ucapkan pada Allah kerana memberi aku pengalaman seperti ini, dengan itu aku dapat selami jiwa rakan2 aku yang juga masih belum mempunyai zuriat.
Alhamdulillah juga kerana walau aku tidak mempunyai zuriat di dunia, namun Allah telah tempatkan 3 anakku di syurga...yang aku pasti mereka akan dapat menolong aku di akhirat nanti... belum tentu mereka yang mempunyai anak yang ada di dunia ini mampu menolong ibu bapanya di akhirat nanti... Allah telah mengurniakan sesuatu yang terbaik untukku dan suamiku sebenarnya, jadi... kenapa aku harus bersedih? kenapa aku harus bersedih?
Ehm... sedihnya aku kerana aku juga ingin merasa kegembiraan mempunyai zuriat di dunia... zuriat daripada darah dagingku sendiri... tidaklah aku keseorangan dihari tuaku... dan yang penting... zuriat itu nanti boleh sentiasa doakan aku dan bacakan ayat2 al-quran untuk aku dan ayahandanya di masa aku dan ayahandanya telah tiada di dunia ini.
AMEIN....
No comments:
Post a Comment