Showing posts with label SOTONG. Show all posts
Showing posts with label SOTONG. Show all posts

Monday, 21 April 2014

SOTONG CELUP TEPUNG BAHRAIN

Salam,

Ingin berkongsi satu speech yang menarik.. 30 second speech by Bryan Dyson _ Former CEO of Coca Cola.
 
"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. They are WORK, FAMILY, HEALTH, FRIENDS and SPIRIT and you're keeping all of these in the air.
 
You will soon understand that WORK is a rubber ball, if you drop it, it will bounce back. But the other four balls - FAMILY, HEALTH, FRIENDS and SPIRIT - are made of glass. If you drop one of these, they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."
 
Kesimpulannya, Value has a value only if its value is valued :-) ...  
 
Dengan itu terimalah sotong celup tepung hasil perkongsian resepi daripada Tn. Hj. Bahrain, seorang penceramah K.I.K dalam Bengkel K.I.K yang aku hadiri hujung tahun 2013 yang lepas. Hasilnya sedap dengan gabungan penggunaan bawang putih yang banyak. Uoalls mesti cuba resepi nie...

SOTONG CELUP TEPUNG

6 ekor sotong (potong bunga-tapi aku tak menjadi bunga, silap teknik), segenggan bawang putih - tumbuk dan perap dengan sotong selama 1 jam. Bancuhkan 4 sudu tepung beras bersama 1 biji telur, 1 sudu kecil air limau nipis, secubit serbuk kunyit dan secubit garam. Celupkan sotong ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan.

Terima kasIh kerana sudi membaca dan SELAMAT MENCUBA !!! ;-)

Tuesday, 4 March 2014

Tomyam Campur

Salam,

Keseorangan di dalam bilik hotel...uhhh...minggu ini aku bermukim selama seminggu di Best Western Marina Island Resort Pangkor lagi...sebelum mata terpejam... update blog dululah...dah lama rasanya aku tak update Sweetkurma SK aku nie. Mudah-mudahan Mr. Husben yang juga keseorangan di rumah baik-baik aje...huhu...
 
Musim2 panas macam nie....tambah pulak jerebu teruk kat area sini... elok jugak kalau aku share resepi Tomyam Campur versi aku dengan uoallss kan? Kalau tak silap aku daripada pembacaan aku... hari nie bacaan IPU di Perak agak tinggi... second reading record after Klang... Mana taknya.. sepanjang perjalanan aku untuk sampai ke sini petang tadi... huh...banyak area yang kering dan terbakar... so... kalau dah terbakar...uoalls faham2 ajelah... Mintak2 lah esok lusa hujan turun... kena banyak doa nie mintak yang Maha Esa turunnkan sedikit hujan... so tak lah bumi Malaysia sekering seperti sekarang ini.... ehmm...
 
Ok lah...kita patah balik ke tomyam campur... meleleh ayo liur aku pulak bila tengok tomyam campur nie...teringat masa makan hari tu, disajikan bersama Telur Bistik... sedap bangat...hehe..[versi angkat bakul :-)]


So...resepinya ialah:

TOMYAM CAMPUR
(hidangan 2 orang)
1 labu bawang besar (potong bulat)
1 kiub tomyam (aku guna jenama Knorr)
4-5 biji cili padi hijau (belah tengah)
1/2 biji buah tomato (dipotong 3)
3 helai daun limau purut (dicarik)
2 batang serai (diketuk)
sedikit batang dan daun sup / batang saleri (dipotong kasar2)
1 sudu besar perahan jus limau nipis
isi ayam (dipotong dadu), udang dan sotong secukupnya.
2 cawan air
garam  secukup rasa

Cara:
  • Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
  • Masukkan kiub tomyam, serai, bawang besar, isi ayam, sotong, udang, daun limau purut dan cili padi.
  • Masak selama 5 - 7 minit atau hingga seafood masak.
  • Tambahkan buah tomato dan jus limau nipis. Perasakan dengan sedikit garam. Tambahkan juga batang dan daun sup / batang saleri dan masak seketika.
  • Angkat dan hidangkan bersama Nasi Putih dan Telur Bistik. Pasti selera akan bertambah-tambah....
SELAMAT MENCUBA dan terima kasih kerana sudi membaca :-)

Friday, 14 February 2014

Sotong Sumbat Masak Lemak Kuning

Salam,

Pejam celik, pejam celik, dah hari Jumaat rupanya. Sempatlah jugak aku attend majlis bacaan yassin di jabatan aku hari nie bagi mendoakan kesejahteraan semua staf di jab. kej. mekanikal nie dan juga mendoakan arwah Prof. Mohammad Noor B. Abu Bakar, bapa kepada collegue aku yang baru dijemput Ilahi Selasa yang lepas. Al-fatihah buat beliau.

Ini pulak masakan sotong yang Mr.Husben suka. Sotong sumbat... Intinya boleh dipelbagaikan... nak guna ayam hancur sahaja, ayam hancur + telur rebus, ayam hancur + udang atau ayam hancur + kentang... atau ikut kreativiti uoalls lah, macam - macam versi boleh di buat... cuma kali nie aku buat versi ayam hancur + telur rebus jer.. Sedap tau!! (Sowri...terperasan pulak...)

Uoaalls nak cuba tak? Kalau nak cuba...leh amik resepi yang aku tempekkan kat bawah nie...kalau rasa nak pedas...uoalls tambahlah cili padi...sebab versi aku nie tak pedas...biasa2 ajer... tapi yummy uoaallsss....
 
SOTONG SUMBAT MASAK LEMAK KUNING
 
Inti Sotong
4 ekor sotong saiz sederhana
isi ayam (aku guna 2 belah peha)
1 biji telur rebus
2 helai daun limau purut
secubit garam
 
Cara:
  • Blendkan isi ayam, telur rebus dan secubit garam.
  • Tambah daun limau purut yang diracik halus dan gaul sebati.
  • Sumbatkan inti ke dalam perut sotong.
  • Tutup inti dengan kepala sotong.
  • Masukkan sotong sumbat ke dalam periuk kukusan.
  • Taburkan secubit garam ke atas badan sotong.
  • Kukus sotong selama 5-7 minit dengan api sederhana.
 
Gravy
*1 labu bawang besar - blend/tumbuk
*1/2 cm kunyit hidup - blend / tumbuk
*1 biji lada hijau - blend / tumbuk
2 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut - diracik
11/2 cawan air
1 cawan santan kotak
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
 
Cara:
  • Masukkan bahan bertanda (*) dan serai ke dalam periuk.
  • Tambahkan sedikit air dan biarkan ia masak seketika.
  • Bila air agak kering, tambahkan lagi baki air tadi, santan, sotong yang telah dikukus dan daun limau purut.
  • Sentiasa kacau supaya santan tidak berbintil.
  • Masukkan asam keping.
  • Perasakan dengan gula dan garam.
  • Keluarkan kembali asam keping jika kuah terasa masam dan sesuaikan kembali rasanya dengan menambah gula dan garam.
Bolehlah dihidang untuk dimakan bersama nasi putih. Sedap juga jika dimakan sekali dengan ikan masin bulu ayam macam gambar kat sebelah nie...
 
Ikan masin nie sedap... macam makan keropok sebab isinya tersangat lah nipisnya. Ikan masin nie aku beli kat Kemaman, kebetulan nyinggah makan satar kat Kemaman dan ada pulak dijual ikan nie kat sini. Harganya pulak lebih murah dibandingkan jika beli kat Lumut...huhuhu... jadi aku pun teruslah beli si ikan masin bulu ayam nie....
 
Ok...terima kasih kerana sudi membaca entri aku yang tak seberapa nie... dan SELAMAT MENCUBA!!!