Salam,
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, hati rasa sangat bersyukur apabila dapat menjamu rakan-rakan seperjuangan aku dengan breakfast pulut kuning gegirl diraja pagi tadi. Cheewah.... namanya gegirl gitu khas untuk gegirl JKM...as the name given by admin group gegirl kami...Thank you so much uoalls kerana sudi menjamah pulut kuning gegirl diraja ku ini pagi tadi....
Bagai mimpi sebenarnya bila aku berjaya membuat pulut kuning gegirl diraja ini bersekali dengan rendang ayam sebagai lauknya... sebabnya... langsung tiada dalam perancangan mindaku pada hari sebelumnya... tambah pulak... semua barang yang diperlukan tak de kat rumah... tapi... semangat waja bionic woman tiba-tiba menjelma ke dalam diri aku...hik hik hik... jadi...bershopping lah aku dalam perjalanan aku pulang ke rumah dari ofisku... dan berketang ketunglah aku di dapur seawal jam 4.30 pagi untuk menyiapkan hidangan istimewa ini...walau apa pun...thanks to my dear friend linas atas sokongan yang diberikan....
Ini lah dia sedikit rupa hasilnya daripada hasil yang banyak untuk santapan group gegirl ku.
Uhmmm...Jangan tergoda dengan blackcurrant tu yep... Just sebagai hiasan untuk picture nie tetapi sebagai kunyahan untuk mulutku. Uhmm... nikmatnya rasa blackcurrant nie sebab sangat sweetie gitu...
Bercerita pasal resepinya...inilah dia sukatan yang aku gunakan... Dapatlah di jamah anggaran dalam 20 - 24 orang.
PULUT KUNING GEGIRL DIRAJA
12 pot beras pulut
2 kotak santan
6 pot air
4 sudu teh serbuk kunyit (bergantung kepada jumlah air rendaman dan kepekatan warna pulut yang dikehendaki)
3 keping asam keping
Sedikit garam dan gula
Beberapa helai daun pandan
Air biasa untuk rendaman
Cara:
- Cuci bersih beras pulut.
- Rendam beras pulut bersama asam keping dengan air rendaman melebihi daripada beras.
- Tambahkan serbuk kunyit dan gaul secara perlahan supaya ia sebati dengan air rendaman.
- Rendam beras dalam tempoh 7-8 jam.
Setelah 7-8 jam:
- Sediakan periuk kukusan.
- Atur daun pandan pada lubang periuk kukusan supaya beras tidak jatuh melalui lubang tersebut.
- Setelah itu toskan beras dan masukkan ke dalam periuk kukusan. Pastikan asam keping dibuang terlebih dahulu.
- Kukus dalam tempoh 20 - 25 minit.
- Sementara beras dikukus, sediakan santannya dengan mencampurkan sekali santan, air, garam serta gula mengikut citarasa masing-masing.
- Campuran santan mesti ada rasa masin sedikit bagi mendapatkan rasa pulut yang marvellous setelah masak.
- Setelah 20 - 25 minit, keluarkan pulut yang dikukus dan masukkannya ke dalam bekas yang lain.
- Tuang sedikit-sedikit santan ke dalam pulut sambil mengacau dengan perlahan dan sekata sehingga habis.
- Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi dalam tempoh 20-25 minit atau sehingga masak.
- Masukkan ke dalam bekas hidangan.
Bolehlah dihidang bersama rendang ayam, rendang daging, daging masak kerutuk, sambal ikan bilis atau sedap juga dimakan dengan ikan kering atau keropok keping sahaja.
SELAMAT MENCUBA.... :-)
p/s: Kenapa asam keping digunakan semasa merendam beras?
Daripada pembacaanku, asam keping digunakan bagi mendapatkan pulut yang berkilat setelah masak....
No comments:
Post a Comment