As Salam,
SELAMAT MENCUBA!!! Dan terima kasih kerana sudi membaca entri Nazra kali ini. :-)
Alhamdulillah dapat bersua lagi hari nie dgn sweetkurma-sk setelah lama juga Nazra menyepi daripada membuka blog Nazra nie. Sejak bertukar status menjadi pelajar semula, rutin harian menjadi lebih sibuk dan kepala jugak terasa agak berat... Banyak yang perlu difikir rupanya, namun Alhamdulillah, terima kasih atas rezeki kurniaan Allah ini kerana memberi Nazra peluang dan pengalaman berjihad di jalan Allah ini, mencari ilmu baru yang tak semua orang mampu perolehinya.
Dua minggu lebih Nazra memerah otak dan berdiskusi dengan supervisor Nazra untuk menghasilkan proposal baru bagi menjalinkan kajian kolaborasi bersama UKM dan Syarikat HPMT yang secara hakikinya akan menjadi kajian Nazra selama tempoh 3 tahun ini. Supervisor Nazra, Prof. Dr Jaharah A. Ghani, seorang supervisor yang sangat baik, sangat komited dengan kerja dan sentiasa bertindak dengan pantas dengan kerja beliau, juga seorang yang sangat 'helpful' dengan pelajar-pelajar beliau. Alhamdulillah, Nazra diketemukan dengan beliau. Rasa sangat senang bekerjasama dengan beliau walaupun setiap perkara perlu dilakukan dengan cepat. Pagi tadi, alhamdulillah Nazra telah berjaya menghantar proposal tersebut kepada beliau untuk dinilai dan diperbaiki andai ada kekurangan dengan proposal tersebut. Sekarang ini, sambil menunggu feedback daripada Prof, bukak la kejap Sweetkurma SK, update apa yang patut kan sebab dah lama sangat tak jenguk dia...kot nanti merajuk pulak SK Nazra nie...hihihi...
Ok lah...berbalik kepada masak apa kita hari nie? Uhmmm... Sandwic sardin yang simple aje, hidangan breakfast Nazra bersama Mr. Husben di pagi Sabtu lepas. So, kalau uoalls nak cuba dipersilakan... sebab resepi Nazra nie ringkas aje, yang penting Mr. Husben suka... hihihi...
SANDWIC SARDIN
Bahan-bahan:
1 tin besar sardin (Nazra guna cap King Cup)
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
2 sudu besar sos cili (Nazra guna jenama life)
sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos salad coleselaw / mayonis
sedikit daun sup
Cara:
- Blend atau tumbuk bahan bertanda (*).
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang diblend/ditumbuk hingga kekuningan.
- Tuangkan sardine bersama sos nya sekali.
- Masukkan sos cili life dan air asam jawa.
- Perasakan dengan garam.
- Tutup api dan keluarkan ikan sardine daripada kuahnya.
- Hancurkan ikan sardin tersebut seperti gambar di bawah, tambahkan satu sudu besar sos salad coleslaw/mayonis, daun sup yang dicincang halus dan sedikit kuah sardin tadi.
- Gaul sebati.
- Potong bahagian tepi roti yang keras.
- Potong lagi roti membentuk segitiga.
- Sudukan sardine hancur tadi ke atas satu bahagian roti.
- Tekupkan sardine hancur dengan sebahagian lagi roti.
Tadaa.... dan inilah hasilnya... Nyum2... Simple but delightful...
SELAMAT MENCUBA!!! Dan terima kasih kerana sudi membaca entri Nazra kali ini. :-)
nak sikit kak Naz..sedapnyer menyelerakan
ReplyDeleteSenang aje buatnyer...Hihi... Linas buat confirm bertambah sedap nyer... Tp, sbnrnya tak elok mkn sardin slalu... Kalau Kdg2... Dibenarkan... Hihi
DeleteSenang aje buatnyer...Hihi... Linas buat confirm bertambah sedap nyer... Tp, sbnrnya tak elok mkn sardin slalu... Kalau Kdg2... Dibenarkan... Hihi
Delete