Saturday, 5 April 2014

IKAN BAKAR PORTUGIS CINTA HATI

Salam,
 
Sabtu menjelma lagi...seronok bila weekend menjelma... lapang rasa kepala...tak payah ler nak piker hal2 kerja... ehm...hari nie resepi aku ialah Ikan Bakar Portugis Cinta Hati... Simple aje nak sediakannya tapi sedap uoalls... aku tak pasti sangat resepi original ikan bakar portugis macam mana tapi ini ialah version aku.... harap ia sedap ditekak uoalls jugak... selamat menjamu selera!!!!...
 
 
Inilah dia resepinya:
 
IKAN BAKAR PORTUGIS CINTA HATI
 
4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah (saiz besar)*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
3 helai daun limau purut*
2 biji cili kering*
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula sesedap rasa
3-4 batang bendi (hiris lebar)
2 sudu besar minyak masak
 
CARA:
  • Kisar semua bahan bertanda (*)
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang dikisar hingga berbau wangi.
  • Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  • Masak sehingga agak kering.
  • Sapukan bahan tumisan kepada ikan. Masukkan juga di celah perut ikan.
  • Letakkan ikan ke dalam aluminium foil.
  • Taburkan bendi yang telah dihiris.
  • Tutupkan aluminium foil dan bakar sehingga ikan masak.
  • Hidang bersama nasi putih.
SELAMAT MENCUBA!!!
 
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
 



No comments:

Post a Comment