Sambil mononton AWANI dan sementara menunggu lintas langsung press conference kedua oleh PM, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Sabtu, 8 Mac 2014 yang telah masuk hari ke-8, eloklah dulu aku update Sweetkurma-SK aku nie kejap... Dah lama aku tinggalkan SK aku nie.. kerana hari-hari mengadap news... dan wawancara berkaitan MH370... aku suka dengan Kapten Nik Huzlan Nik Hussein punya explaination...jelas, terang dan nyata... on radar, transponder, laluan aircraft, pilot responsibilities and so on.
Second person yang menarik perhatian aku ialah pencerahan yang telah dibuat oleh Kapten Norudin Abdul Majid. Terkesima sekejap bila mendengar apa yang telah diperkatakan beliau. Terima kasih tuan kerana telah menyedarkan ramai pihak termasuk diri ku juga. Video yang telah aku ulang beberapa kali kerana merasa sangat tertarik dengan setiap bait kata2 beliau.
Ehm... tersasar aku dari landasan sebenar aku nak update pasal Tempe Goreng aku nie... hihi....Ok lah...aku pendekkan cerita pasal tempe goreng aku nie dengan resepinya saja lah... nak dengar PC by PM lak jap gie...huhu...
Resepinya seperti berikut,
TEMPE GORENG
Beberapa keping tempe (dipotong empat segi sama)
Tepung gandum secukupnya
1 biji kuning telur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit jintan putih
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
- Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, jintan putih dan kuning telur.
- Masukkan air dan jadikan bancuhan separa pekat.
- Perisakan dengan garam dan gula.
- Celupkan setiap keping tempe yang dipotong ke dalam bancuhan dan goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
- Angkat dan hidang bersama sambal kicap.
SAMBAL KICAP
10 biji cili padi hijau
1 ulas bawang putih
kicap pekat secukupnya
garam dan gula
Cara:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar hingga hancur.
SELAMAT MENCUBA!!!
Last but not least, didoakan semoga misteri kehilangan aircraft MH370 akan menemui jalan penyelesaiannya dan dipermudahkan segala usaha pencariannya. Sama-samalah kita berdoa kepada yang maha Esa kerana hanya kepada Nya lah tempat kita memohon pertolongan. Ya Allah, ampunilah dosa kami, bukakan lah pintu hati dan mata kami untuk sentiasa yakin akan kekuasaanMU dan berilah petunjuk kepada kami tentang pesawat MH370. Amin.
No comments:
Post a Comment