Sunday, 23 March 2014

MEE GORENG ALA MANJA

Salam,

Just wanna share a simple dish with you guys, which is... mee goring ala manja...hihihi... Tak nak cerita panjang...so kita terus layan mee goreng and recipe nya aje....boleh kan? Ehmmm...so inilah mee goreng ala manja tuh...
Ehmmm... Lapar pulak perut aku nie bila tengok mee nie...huk huk huk... so...resipi nya begini...

MEE GORENG ALA MANJA

1/2 peket mee
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 sudu besar ikan bilis
kicap pekat secukupnya
sos tomato secukupnya
sawi secukupnya
sedikit hirisan isi ayam, sotong dan udang
1 biji telur
garam dan gula secukupnya
3 sudu besar minyak masak

Cara:
  • Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili hijau dan ikan bilis bersama-sama.
  • Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam dan biar ia masak seketika.
  • Tambahkan kicap pekat, sos tomato, udang, sotong, telur dan daun sawi . Jika kering, tambahkan sedikit air.
  • Perasakan dengan secubit garam dan gula.
  • Masukkan mee dan kacau hingga sebati hingga masak.
SELAMAT MENCUBA :-)

P/S : Pastikan mee dibasuh sempurna sehingga tiada bau kapur pada mee.

Saturday, 22 March 2014

SAMBAL TAUN (SAMBAL HIJAU) DAN MEE SIPUT

Salam,

First time dalam hidup aku makan mee siput...collegue aku bawaknya dari Johor... ehm.. sedap... teruslah aku kirim mintak dia belikan kalau ada balik ke Johor lagi...Then semalam... akhirnya dapatlah mee siput kiriman aku...balik ofis semalam, terus aku goreng dan buat sambalnya sekali...Katanya sedap makan ngan sambal yang dipanggil Sambal Taun... Terpinga jap aku bila dengar namanya... Sambal Taun???? Tapi dalam terpinga tu...sempat jugak aku mintak resepinya...huhu...
 
So...kalau uoalls nak tahu resepinya...silalah jenguk ke bawah lagi :-)
Inilah rupa mee siput tu...
Sambal Taun (Sambal Hijau)
 
Resepinya ialah:
 
SAMBAL TAUN (SAMBAL HIJAU)
 
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
sedikit halia
2 biji cili hijau (buang biji)
3 biji cili padi hijau
1 mangkuk ikan bilis (ikut kesesuaian)
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis
 
Cara:
  • Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, cili hijau, cili padi hijau dan ikan bilis (sedap lagi jika ditumbuk-tapi akunyer versi malas-blend aje)
  • Kemudian tumis semua bahan yang dikisar.
  • Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukupnya.
  • Masak hingga menjadi kering-kering lembap.
Setelah masak...hidanglah dengan mee siput... Terima kasih Arin for sharing the recipe.
 
SELAMAT MENCUBA!!!


Friday, 21 March 2014

IKAN SINGGANG

Salam,

Uoalls pernah makan ikan singgang tak? Hahaha... Geng Pantai Timur sure biasa ngan singgang menyinggang nie kan? Sebenarnya...inilah masakan pertama yang aku belajar dari bonda tersayangku. Ingat lagi... Ma kata.. kunyit, lengkuas, asam, garam... ehm...bahan utama dalam singgang... simple dish yang suatu ketika dulu aku tak berapa suka tapi sekarang... ehm...sedap pulak singgang nie rupanya...hehehe... Kalau berpantang, elok makan singgang nie tau!!!
Resepinya ringkas aje...
 
IKAN SINGGANG
 
Ikan (selar, kembung, tongkol atau merah - semua bolehlah),
2 cm kunyit hidup (hiris nipis)
2 cm lengkuas (hiris nipis)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
2 - 3 ulas bawang merah atau 1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 - 4 biji cili padi (diletak sebiji-sebiji)
1 batang serai (aku tambah)
3 cawan air
 
Cara :
  • Masukkan air ke dalam periuk.
  • Tambahkan kunyit, lengkuas, asam keping, bawang merah/bawang besar, bawang putih, cili padi dan serai.
  • Biarkan seketika, kemudian masukkan ikan.
  • Masakkan hingga kuah mendidih.
  • Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  • Kecilkan api dan biarkan seketika.
  • Setelah masak, padamkan api.
 
Sedap dihidang bersama nasi putih, ikan goreng dan kalau suka budu...lagilah marvellous!!!
 
SELAMAT MENCUBA!!!
 

Saturday, 15 March 2014

TEMPE GORENG

Salam,

Sambil mononton AWANI dan sementara menunggu lintas langsung press conference kedua oleh PM, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Sabtu, 8 Mac 2014 yang telah masuk hari ke-8, eloklah dulu aku update Sweetkurma-SK aku nie kejap... Dah lama aku tinggalkan SK aku nie.. kerana hari-hari mengadap news... dan wawancara berkaitan MH370... aku suka dengan Kapten Nik Huzlan Nik Hussein punya explaination...jelas, terang dan nyata... on radar, transponder, laluan aircraft, pilot responsibilities and so on.
 
Second person yang menarik perhatian aku ialah pencerahan yang telah dibuat oleh Kapten Norudin Abdul Majid. Terkesima sekejap bila mendengar apa yang telah diperkatakan beliau. Terima kasih tuan kerana telah menyedarkan ramai pihak termasuk diri ku juga. Video yang telah aku ulang beberapa kali kerana merasa sangat tertarik dengan setiap bait kata2 beliau.
 
 
 
Ehm... tersasar aku dari landasan sebenar aku nak update pasal Tempe Goreng aku nie... hihi....Ok lah...aku pendekkan cerita pasal tempe goreng aku nie dengan resepinya saja lah... nak dengar PC by PM lak jap gie...huhu...
 

Resepinya seperti berikut,
 
TEMPE GORENG
 
Beberapa keping tempe (dipotong empat segi sama)
Tepung gandum secukupnya
1 biji kuning telur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit jintan putih
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara:
  • Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, jintan putih dan kuning telur.
  • Masukkan air dan jadikan bancuhan separa pekat.
  • Perisakan dengan garam dan gula.
  • Celupkan setiap keping tempe yang dipotong ke dalam bancuhan dan goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
  • Angkat dan hidang bersama sambal kicap.
 
SAMBAL KICAP
 
10 biji cili padi hijau
1 ulas bawang putih
kicap pekat secukupnya
garam dan gula
 
Cara:
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar hingga hancur.
 
SELAMAT MENCUBA!!!
 
Last but not least, didoakan semoga misteri kehilangan aircraft MH370 akan menemui jalan penyelesaiannya dan dipermudahkan segala usaha pencariannya. Sama-samalah kita berdoa kepada yang maha Esa kerana hanya kepada Nya lah tempat kita memohon pertolongan. Ya Allah, ampunilah dosa kami, bukakan lah pintu hati dan mata kami untuk sentiasa yakin akan kekuasaanMU dan berilah petunjuk kepada kami tentang pesawat MH370. Amin. 
 
 

Tuesday, 4 March 2014

Tomyam Campur

Salam,

Keseorangan di dalam bilik hotel...uhhh...minggu ini aku bermukim selama seminggu di Best Western Marina Island Resort Pangkor lagi...sebelum mata terpejam... update blog dululah...dah lama rasanya aku tak update Sweetkurma SK aku nie. Mudah-mudahan Mr. Husben yang juga keseorangan di rumah baik-baik aje...huhu...
 
Musim2 panas macam nie....tambah pulak jerebu teruk kat area sini... elok jugak kalau aku share resepi Tomyam Campur versi aku dengan uoallss kan? Kalau tak silap aku daripada pembacaan aku... hari nie bacaan IPU di Perak agak tinggi... second reading record after Klang... Mana taknya.. sepanjang perjalanan aku untuk sampai ke sini petang tadi... huh...banyak area yang kering dan terbakar... so... kalau dah terbakar...uoalls faham2 ajelah... Mintak2 lah esok lusa hujan turun... kena banyak doa nie mintak yang Maha Esa turunnkan sedikit hujan... so tak lah bumi Malaysia sekering seperti sekarang ini.... ehmm...
 
Ok lah...kita patah balik ke tomyam campur... meleleh ayo liur aku pulak bila tengok tomyam campur nie...teringat masa makan hari tu, disajikan bersama Telur Bistik... sedap bangat...hehe..[versi angkat bakul :-)]


So...resepinya ialah:

TOMYAM CAMPUR
(hidangan 2 orang)
1 labu bawang besar (potong bulat)
1 kiub tomyam (aku guna jenama Knorr)
4-5 biji cili padi hijau (belah tengah)
1/2 biji buah tomato (dipotong 3)
3 helai daun limau purut (dicarik)
2 batang serai (diketuk)
sedikit batang dan daun sup / batang saleri (dipotong kasar2)
1 sudu besar perahan jus limau nipis
isi ayam (dipotong dadu), udang dan sotong secukupnya.
2 cawan air
garam  secukup rasa

Cara:
  • Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
  • Masukkan kiub tomyam, serai, bawang besar, isi ayam, sotong, udang, daun limau purut dan cili padi.
  • Masak selama 5 - 7 minit atau hingga seafood masak.
  • Tambahkan buah tomato dan jus limau nipis. Perasakan dengan sedikit garam. Tambahkan juga batang dan daun sup / batang saleri dan masak seketika.
  • Angkat dan hidangkan bersama Nasi Putih dan Telur Bistik. Pasti selera akan bertambah-tambah....
SELAMAT MENCUBA dan terima kasih kerana sudi membaca :-)