Cerita aku malam ini sambil menonton Masterchef Malaysia All Stars. Nampaknya gimik malam nie macam kelakar sikit...Chef Adu siap naik moto besar untuk announce result group mana yang menang. Kelakarnya... dan group yang menang ialah group Brian dan Zamir. Terpaksalah Soo Wincci dan Celina bertarung untuk ke peringkat separuh akhir.
Malam ini jugak aku menyiapkan hidangan kuetiow goreng untuk dinner aku bersama Mr. Husben. Senang dan simple since aku rasa kurang sihat jer selepas balik dari ofis petang tadi... Tekak terasa perit dan hidung pulak terasa pedih... rasa macam nak demam aje nie. Harapan aku... janganlah rasa ini berpanjangan... Lots of work is waiting me tomorrow. huk huk huk... Anyway.. inilah hasil air tangan aku malam ini...
Resepi aku simple jer...inilah dia...
Kuetiow Goreng
1/2 peket kuetiow
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk cili
kicap pekat secukupnya
sos tomato secukupnya
segenggan daun kucai, taugeh dan sawi
sedikit hirisan isi ayam dan udang
2 biji telur
garam dan gula secukupnya
3 sudu besar minyak masak
Cara:
- Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan serbuk cili hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam dan biar ia masak seketika.
- Tambahkan kicap pekat, sos tomato, udang, taugeh, sawi dan daun kucai. Jika kering, tambahkan sedikit air.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan kuetiow dan kacau hingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan telur dan kacau lagi hingga telur sekata bersama kuetiow. Masak sekejap sahaja dan kemudian tutup api dan bolehlah dihidang.
Terima kasih kerana membaca entri ini dan....
SELAMAT MENCUBA :-)
No comments:
Post a Comment