Friday, 12 February 2016

Eggless Chocolate Moist Cake

Salam,

Selamat Hari Jadi Abang Habibku Sayang. Dah bertambah lagi usia Mr. Husben pada 10 Feb. 2016. Semoga Abang Habibku Sayang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, diteguhkan iman, diberi ilmu yang bermanfaat dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya, Insya Allah. 

Hanya menyediakan kek coklat untuk Mr. Husben pada kali ini dan malamnya meraikannya di kedai makan berhampiran Sri Iskandar, Tronoh, Perak.
 

Nampak tak? Deko kek yang berterabur dan topping yang terlebih sampai meleleh-leleh.... Nasib baik Mr. Husben happy ajer dengan kek nie walaupun kejadiannya tak berapa menarik... Terima kasih Sayang kerana terima kek ini seada nya...
 

Resepi kek yang simple tanpa penggunaan telur namun kaya dengan rasa coklat dan sangat sedap pada kiraan aku sefamili... Kalau uaollz nak mencuba nya..boleh ke pautan ini http://www.sweetkurma.blogspot.my/2016/01/kek-coklat-moist-kukus-tanpa-telur.html untuk mendapatkan resepinya.

SELAMAT MENCUBA!!! dan terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini :-). Wassalam.....
 

Monday, 1 February 2016

Telur Berkeju Lof Daging Ayam

As Salam,

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk aku mendaftar sebagai pelajar Phd. Doa aku, semoga perjalanan sepanjang tempoh pengajian aku akan berjalan lancar dan segala urusan akan dipermudahkan olehNya, Insya allah...
 
Perancangan aku untuk melanjutkan pengajian di bumi kiwi, University of Auckland, New Zealand tidak kesampaian ekoran pihak penaja, telah membuat pindaan terhadap Biasiswa HLP aku daripada luar negara ke dalam negara. Perasaan yang sangat kecewa, sedih dan sangat marah dengan pihak penaja ekoran keputusan yang dikeluarkan sangat lewat memandangkan hampir 80% persiapan telah aku lakukan, kini telah aku simpan dilubuk hati. Sekarang ini aku bersyukur juga atas tindakan pihak penaja bila mengenangkan keadaan ekonomi negara yang sedang merundum... Dan aku redha atas segala ketentuan Ilahi walau ini adalah kali ke-2 takdir tidak membenarkan aku melanjutkan pengajian ke luar negara.
 
Kali pertama adalah pada tahun 1998, yang sepatutnya aku melanjutkan pengajian di UK untuk first degree aku, tapi disebabkan ekonomi yang meleset pada ketika itu, kerajaan telah tidak membenarkan aku dan rakan-rakan menyambung pengajian di sana, jadi pihak penaja aku ketika itu, iaitu MARA telah  mengarahkan kami pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal serta  Commerce untuk mendaftar di UNITEN manakala pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia untuk mendaftar di UTP. Alhamdulillah... kini rakan-rakan aku semuanya telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi mereka.
 
Yang pastinya, kisah pisang berbuah dua kali terjadi ke atas diriku. Namun aku yakin, pasti ada hikmah yang tersembunyi kenapa Allah tidak membenarkan aku ke sana. Cuma aku sahaja yang tidak tahu, apakah hikmah di sebaliknya. Memandang positif ke atas apa yang berlaku, aku tidak lama lagi akan mendaftar di UKM buat kali keduanya selepas menamatkan pengajian Master aku pada tahun 2010 yang lalu. Doa aku, aku diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh pengajian aku nanti serta dikurniakan akal fikiran dan idea yang bernas dan jitu bagi aku menyelesaikan apa sahaja permasalahan yang wujud di dalam kajian ku nanti.
 
Allahumma Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khoir, Birohmatikaya Arhamarrahimin... Ameen Ya Rabbal 'Alamin... Hanya kepada Allah tempat aku memohon segalanya...
 
Jadi sebelum aku akhiri kisah perjalanan permulaan Phd aku, aku kongsikan dulu hasil masakan yang tersedia ilham idea daripada collegue aku... Bismillah...Silakan menjamu mata dan selera :-)
 
 
Telur Berkeju Lof Daging Ayam
(2 orang makan)
 
Resipi:
4 biji telur
2 keping lof daging ayam (dicincang halus)
1/2 labu bawang besar (dimayang halus)
Sedikit daun kucai
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Keju Mozarella

Cara:
  • Gaul sebati kesemua bahan di atas kecuali keju mozeralla.
  • Masukkan ke dalam mangkuk kaca / loyang pembakar.
  • Bakar lebih kurang 15 minit dengan api sederhana (aku guna magic pan).
  • Selepas 15 minit, taburkan mozarella cheese ke atas adunan telur dan bakar lagi selama 5-10 minit.
  • Siap dan boleh dihidang.
p/s: Sesuai untuk uoallz yang sedang berdiet Atkins... tapi aku tak ambil diet atkins..hihihi... Aku masak telur secara macam nie disebabkan rasanya yang sedap dan tak membosankan. Kalau aku ada anak, aku dapat bayangkan yang anak aku akan menyukainya coz Mr. Hubby pun suka sebab menu nie ala-ala makaroni bakar gitu...
 
Jadi aku mohon, rakan-rakan yang membaca entri aku ini agar dapat berdoa seketika untuk aku, agar Husni Nazra Binti Abu Bakar dan suami Khairuddin Bin Yusop dikurniakan rezeki zuriat yang soleh solehah, sihat, cantik, cerdik, sempurna kejadiannya dan diberkati olehNya dunia dan akhirat. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
 
 
 
SELAMAT MENCUBA!!! dan terima kasih uallz kerana sudi membaca entri ini serta terima kasih jua kerana sudi mendoakan untuk aku dan suami.
 

Tuesday, 19 January 2016

Daging Salai Masak Lemak

As Salam,

Hari nie share pasal favourite dish Mr.Hubby lah pulak. Namanya masak lemak... Apa saja berkaitan masak lemak, ikan ker, ayam ke, sotong ke, or daging, confirm Mr.Hubby suka...hihi..dan aku pun sama.. amat la suka jugak dengan hidangan bernama masak lemak....
 
Dish hari nie adalah Masak Lemak Daging Salai... masakan berasal dari Padang, Indonesia katanyer... Haaa... lagi lah Mr.Hubby suka kan...pasal nyer Mr. Hubby ni arwah tok nyang tok nyut beliau..memang lah orang sana...hahaha...
 
Ok la uoallz... jom layan Daging Salai Masak Lemak.. Teramat la senang nak buatnyer... bahan yang digunakan tak banyak..dan sedap lah..yang pastinyer... hihi...
 Untuk yang nak try...ini resepinyer...

DAGING SALAI MASAK LEMAK

400g daging
2 batang serai
7 biji cili padi - diketuk
2 keping asam keping
2 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak masak
1 helai daun kunyit
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara:
  • Gaul daging dengan garam dan sedikit minyak.
  • Alaskan pan pembakar dengan aluminium foil.
  • Bakar daging sehingga masak.
  • Setelah daging masak, hiris daging mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  • Dalam periuk yang lain, panaskan minyak masak.
  • Setelah minyak panas, masukkan serai, cili padi, asam keping, daun kunyit dan serbuk kunyit.
  • Kacau seketika sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan santan dan kacau sebentar.
  • Akhir sekali, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Masak sebentar sebelum dihidang.
Sedap dihidang bersama nasi putih panas.

Nota: Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
Selamat Mencuba !!! :-) dan terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
 
 

Wednesday, 13 January 2016

Ayam Masak Steam

As Salam,

Sembang pagi Jumaat lepas bersama offismate aku, Yeoh Poh See telah mengilhamkan aku menghasilkan ayam masak steam ini untuk juadah makan malam aku bersama En. Hubby pada malamnya. Mendengar aku menghidangkan ayam masak steam ini, terus sahaja En.Hubby membuka tudung saji dan berkata.. ehmm..sedap nie..jom makan! hihi... terus la aku menyenduk nasi untuk kami sama-sama menikmati juadah ini. Alhamdulillah atas rezeki ini.
Resepi asal yang diberi oleh Yeoh hanya melibatkan goji berry tapi aku dengan sesuka hatinya lagi menambah dried red dates dan dried longan sebab kebetulan stok tu ada dalam dapur basah aku..hihi...Anyway..ia menjadi dan sedap and of coz.. penuh berkhasiat..
 
Menurut khazanahpurba.blogspot.my, buah goji adalah makanan tambahan berkhasiat. Makan 3, 5 , 7 atau 21 biji sehari. Cara makan adalah kunyah atau rendam ke dalam air suam selama 10-20 minit. Minum dengan mulakan lafaz bismillah serta berselawat ke atas nabi junjungan besar Muhammad S.A.W serta niat untuk kesembuhan.
 
Menurut khazanahpurba.blogspot.my lagi, goji secara ringkasnya membantu memperbaiki kualiti darah & kesihatan saluran darah bagi memsatikan kesemua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsi mereka. Akhirnya akan menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh dan sesuai untuk kebahagian hubungan suami isteri.
 
 Jom kita layan resepinya pulak...

AYAM MASAK STEAM
(hidangan untuk 3-4 orang)

Resipi:

8 ketul ayam
4 ulas bawang putih - hiris nipis
3 cm halia - potong halus memanjang
Sedikit lada hitam kisar
1 sudu teh kicap manis
Beberapa titis minyak bijan
1 sudu kecil buah goji berry
6 biji dried red dates (kurma merah)
6 biji dried longan
Sedikit air
Garam secukup rasa
Cara:
  • Bersihkan ayam
  • Lumurkan ayam dengan lada hitam kisar, garam dan kicap manis. Biarkan dalam 5 - 10 minit.
  • Sementara itu, sediakan periuk kukusan. Panaskan air kukusan hingga mendidih.
  • Masukkan ayam yang di perap tadi ke dalam bekas pengukus. Gaulkan dengan bawang putih dan halia.
  • Tambahkan sedikit air dan beberapa titis minyak bijan.
  • Taburkan buah goji berry, dried red dates dan dried longan ke atas campuran ayam.
  • Tutupkan bekas pengukus dengan aluminium foil.
  • Kukuskan selama 30 minit atau sehingga ayam masak.
  • Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau sedap juga dimakan begitu sahaja...
SELAMAT MENCUBA dan terima kasih kerana sudi membaca entri ini... :-)