Monday, 1 February 2016

Telur Berkeju Lof Daging Ayam

As Salam,

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk aku mendaftar sebagai pelajar Phd. Doa aku, semoga perjalanan sepanjang tempoh pengajian aku akan berjalan lancar dan segala urusan akan dipermudahkan olehNya, Insya allah...
 
Perancangan aku untuk melanjutkan pengajian di bumi kiwi, University of Auckland, New Zealand tidak kesampaian ekoran pihak penaja, telah membuat pindaan terhadap Biasiswa HLP aku daripada luar negara ke dalam negara. Perasaan yang sangat kecewa, sedih dan sangat marah dengan pihak penaja ekoran keputusan yang dikeluarkan sangat lewat memandangkan hampir 80% persiapan telah aku lakukan, kini telah aku simpan dilubuk hati. Sekarang ini aku bersyukur juga atas tindakan pihak penaja bila mengenangkan keadaan ekonomi negara yang sedang merundum... Dan aku redha atas segala ketentuan Ilahi walau ini adalah kali ke-2 takdir tidak membenarkan aku melanjutkan pengajian ke luar negara.
 
Kali pertama adalah pada tahun 1998, yang sepatutnya aku melanjutkan pengajian di UK untuk first degree aku, tapi disebabkan ekonomi yang meleset pada ketika itu, kerajaan telah tidak membenarkan aku dan rakan-rakan menyambung pengajian di sana, jadi pihak penaja aku ketika itu, iaitu MARA telah  mengarahkan kami pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal serta  Commerce untuk mendaftar di UNITEN manakala pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia untuk mendaftar di UTP. Alhamdulillah... kini rakan-rakan aku semuanya telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi mereka.
 
Yang pastinya, kisah pisang berbuah dua kali terjadi ke atas diriku. Namun aku yakin, pasti ada hikmah yang tersembunyi kenapa Allah tidak membenarkan aku ke sana. Cuma aku sahaja yang tidak tahu, apakah hikmah di sebaliknya. Memandang positif ke atas apa yang berlaku, aku tidak lama lagi akan mendaftar di UKM buat kali keduanya selepas menamatkan pengajian Master aku pada tahun 2010 yang lalu. Doa aku, aku diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh pengajian aku nanti serta dikurniakan akal fikiran dan idea yang bernas dan jitu bagi aku menyelesaikan apa sahaja permasalahan yang wujud di dalam kajian ku nanti.
 
Allahumma Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khoir, Birohmatikaya Arhamarrahimin... Ameen Ya Rabbal 'Alamin... Hanya kepada Allah tempat aku memohon segalanya...
 
Jadi sebelum aku akhiri kisah perjalanan permulaan Phd aku, aku kongsikan dulu hasil masakan yang tersedia ilham idea daripada collegue aku... Bismillah...Silakan menjamu mata dan selera :-)
 
 
Telur Berkeju Lof Daging Ayam
(2 orang makan)
 
Resipi:
4 biji telur
2 keping lof daging ayam (dicincang halus)
1/2 labu bawang besar (dimayang halus)
Sedikit daun kucai
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Keju Mozarella

Cara:
  • Gaul sebati kesemua bahan di atas kecuali keju mozeralla.
  • Masukkan ke dalam mangkuk kaca / loyang pembakar.
  • Bakar lebih kurang 15 minit dengan api sederhana (aku guna magic pan).
  • Selepas 15 minit, taburkan mozarella cheese ke atas adunan telur dan bakar lagi selama 5-10 minit.
  • Siap dan boleh dihidang.
p/s: Sesuai untuk uoallz yang sedang berdiet Atkins... tapi aku tak ambil diet atkins..hihihi... Aku masak telur secara macam nie disebabkan rasanya yang sedap dan tak membosankan. Kalau aku ada anak, aku dapat bayangkan yang anak aku akan menyukainya coz Mr. Hubby pun suka sebab menu nie ala-ala makaroni bakar gitu...
 
Jadi aku mohon, rakan-rakan yang membaca entri aku ini agar dapat berdoa seketika untuk aku, agar Husni Nazra Binti Abu Bakar dan suami Khairuddin Bin Yusop dikurniakan rezeki zuriat yang soleh solehah, sihat, cantik, cerdik, sempurna kejadiannya dan diberkati olehNya dunia dan akhirat. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
 
 
 
SELAMAT MENCUBA!!! dan terima kasih uallz kerana sudi membaca entri ini serta terima kasih jua kerana sudi mendoakan untuk aku dan suami.
 

No comments:

Post a Comment