Wednesday, 12 February 2014

Nasi Goreng Ikan Kembung Goreng

Salam,
 
Ketemu lagi kita hari ini dengan menu nasi goreng. Menu yang aku buat pepagi hari last weekend untuk breakfast aku bersama Mr. Husben dan adik bongsuku, Adik Solihin sebelum kami berangkat ke Plaza Low Yat, KL.
 
Seronoknya ke Low Yat...macam2 ada...dah dekat 2 tahun jugak aku tak ke sana rupanya... Sesampai kat sana... aduhh... penuhnya manusia... Tapi...tak payah nak hiraukan sesiapa...cari jer barang yang nak dicari.. Huhuhu...
 
Ok lah...back to aku punya nasi goreng ikan goreng nie pulak... Uhmmm...sedapnya bila dimakan bersama keropok goreng tuh... So, kalau uoalls nak tengok resepinya...  scroolllah ke bawah lagi.. dan jangan lupa cuba membuatnya yer.. :-)
NASI GORENG IKAN GORENG
(Hidangan untuk 4 - 5 orang)
 
2 pot beras yang ditanak
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili api - bergantung kepada kepedasan uolls
kicap pekat secukupnya
1 sudu besar sos tiram
sedikit air asam jawa
seekor ikan goreng (aku guna ikan kembung goreng)
sejemput ikan bilis
sayur sawi secukupnya
1 biji telur
1 biji cili merah - dihiris
gula dan garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
 
p/s : Lagi sedap jika ditambah udang atau sotong. Aku tak letak since adik aku alah pada seafood.
 
Cara:
  • Tanakkan 2 pot beras dan kemudian sejukkan nasi tersebut.
  • Gaul nasi bersama kicap secukupnya.
  • Perisikan ikan kembung goreng. Tak perlu dihancurkan sangat.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan sedikit ikan bilis.
  • Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga berbau wangi.
  • Masukkan lebihan ikan bilis yang tidak ditumbuk, ikan goreng yang diperisikan, sos tiram dan air asam jawa.
  • Tambahkan secubit garam dan gula secukupnya.
  • Ketepikan bahan-bahan tumisan ke sebelah tepi kuali dan pecahkan telur. Jadikan telur seperti scramble egg.
  • Kemudian gaul sebati telur dan bahan yang ditumis tadi.
  • Tambahkan sayur, cili merah yang dihiris dan nasi.
  • Goreng hingga nasi sebati bersama bahan tumisan.
  • Siap...dan boleh dihidang bersama keropok goreng dan secawan neslo panas...uhmmm... yummyy...
 
Terima kasih kerana sudi membaca dan SELAMAT MENCUBA !!! :-)
 
"The world is a vehicle for you.
If you drive it, it will deliver you to your destination.
If it drives you, you will be destroyed"
 
~ Imam Hassan Al-Basri ~
 


Friday, 7 February 2014

Ikan Panggang Golek

Salam,

Teringat zaman kecik2 dulu... tolong Ma Abah hidupkan bara api kat belakang rumah untuk buat ikan bakar atau nama glamer kat Terengganu, ikan panggang. Gunalah sabut kelapa, tempurung kelapa, ranting2 kayu atau daun2 kering.. ehm... Susah rupanya nak hidupkan api bara nie... maklumlah, kecik2 dulu tak pandai... tapi bila Ma atau Abah buatkan... cepat jer menyala... Dan itulah pengalaman yang menyeronokkan...
 
Zaman sekarang... pakai oven jer pun dah boleh buat ikan bakar... atau paling mudah lagi, guna jer pemanggang ajaib... tapi yang nyata... rasa ikan panggang yang terhasil daripada bara api sebenar lebih3 sedap lagi berbanding ikan yang dipanggang atas dapur atau dalam oven...
 
Yang sebenarnya...kat entry kali ini aku nak share resepi ikan panggang golek yang Ma aku selalu hidangkan waktu aku kecik2 dulu... Sweetnyer memori dulu-dulu...
 
So...inilah dia ikan panggang golek aku...
Resepinya seperti berikut:
 
IKAN PANGGANG GOLEK
 
Ikan
3 ekor ikan selar
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
 
Cara:
  • Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dan dikelar dengan sedikit serbuk kunyit dan secubit garam.
  • Kemudian panggang / bakar di dalam oven / di atas dapur / panggang dengan bara api hingga masak.
 
Gravy
1 ulas bawang merah*
1/2 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 cm kunyit hidup*
1/2 cm halia*
1/2 cm lengkuas*
2 batang serai* (1 batang di blend, 1 batang di ketuk)
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil halba
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
garam & gula secukup rasa
sedikit minyak masak
 
Cara:
  • Blendkan kesemua bahan yang bertanda (*) hingga hancur.
  • Campurkan serbuk cili ke dalam bahan yang telah diblend dan kacau hingga sekata.
  • Tumiskan kesemua bahan yang telah dikacau sekata dengan sedikit minyak hingga wangi.
  • Tambahkan halba dan serai yang diketuk.
  • Masukkan santan pekat dan asam keping. Kacau sentiasa supaya kuah tidak berbintik.
  • Perasakan dengan garam & gula. Keluarkan asam keping jika kuah terasa masam.
  • Tuangkan kuah yang telah masak ke atas ikan yang telah dipanggang tadi.
  • Bolehlah dihidang bersama nasi putih... Sedap juga jika ada menu sampingan seperti sambal petai ikan bilis.
Terima kasih kerana sudi membaca dan selamat mencuba... :-)

 

Thursday, 6 February 2014

Bar Fish & Chicken Grill Cinta Hati with Wantan Chicken Meatball

Salam,

Apa khabar semua hari ini? Harapan aku semoga uoalls yang membaca entry aku hari ini berada dalam keadaan sihat walafiat. Maklumlah, sekarang nie cuaca tak menentu... Temperature kat sana sini dah jadi macam ala-ala kat Cameron Highlands pun ada.

Hari ini aku ingin kongsikan satu resepi yang ala2 Arabian. Resepi yang dibuat special buat Mr. Husben sempena meraikan kejayaan beliau dalam second semester final exam paper masternya. Semoga Mr. Husbenku akan terus berjaya di semester-semester akan datang. Amien...

Ini lah dia special menu aku untuk hari ini. Aku namakannya Bar Fish & Chicken Grill Cinta Hati with Wantan Chicken Meatball. Fuh... panjangnya nama.. Yang penting, Mr. Husbenku suka dan bagi komen ala2 chef pulak...hehe... 

Resepinya...uoalls bolehlah scroll ke bawah...
 
Yang tepi sekali adalah fish grill..yang sepasang kat sebelah dia pulak...chicken grill...yang 3 ketul cam comel jer tuh ialah wantan


 
Guna pemanggang ajaib jer... tak perlu tutup sewaktu menggrill
Ha...dah siap jamu mata kan??? So kita tengok resepinya pulak.. Jommmm...
 
BAR FISH GRILL
 
10 ketul fish ball kecil
1 ekor ikan (ambil isinya, aku just guna isi ikan selar)
1/2 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk mix spice
1 sudu kecil olive oil
secubit garam (jika perlu)
 
Cara:
  • Blendkan fish ball, isi ikan dan serbuk mix spice bersama telur.
  • Tambahkan secubit garam (jika perlu sahaja kerana fish ball telah sedia masin) dan olive oil. 
  • Gaul sebati kesemua bahan dengan menggunakan sudu.
  • Bahagikan bahan kepada dua bahagian.
  • Ambil satu bahagian isi ikan dan letakkan di atas tapak tangan dan bentukkan kepada bar memanjang sepanjang tapak tangan.
  • Alihkan ke atas pan yang telah disapu dengan minyak zaitun.
  • Betul-betulkan kembali bentuknya supaya bentuknya menjadi sempurna.
  • Boleh di sapu sedikit minyak zaitun dengan perlahan dengan menggunakan tangan pada bahagian tepi dan atas bar yang telah dibentuk tadi supaya bentuknya menjadi lebih sempurna.
  • Ulang perkara yang sama untuk bahagian isi ikan yang satu lagi.
  • Grillkan bersama-sama isi ayam di atas pan (aku guna pemanggang ajaib jer) dengan api yang sederhana perlahan selam 10-12 minit atau sehingga masak.
 
BAR CHICKEN GRILL
 
250 g isi ayam
1 1/2 sudu kecil serbuk mix spice
1/2 sudu serbuk cili
1 ulas bawang merah
1/2 biji telur
1 sudu besar olive oil
secubit garam dan gula
 
Cara:
  • Blendkan bawang merah dengan telur, serbuk mix spice dan serbuk cili sehingga bawang betul-betul hancur.
  • Tambahkan isi ayam ke dalam bahan yang telah di blender sebelumnya dan blend lagi sehingga isi ayam hancur.
  • Tambahkan secubit garam, gula dan sesudu olive oil dan kacau dengan menggunakan sudu hingga sebati.
  • Bahagikan adunan isi ayam kepada empat bahagian.
  • Ambil satu bahagian isi ayam dan bentukkan kepada bentuk bar memanjang.
  • Cara yang sama seperti membentuk bar ikan digunakan untuk membentuk bar isi ayam.
  • Ulangi perkara yang sama sehingga kesemua isi ayam dibentuk.
  • Grillkan bersama-sama isi ikan di atas pan (aku guna pemanggang ajaib jer) dengan api yang sederhana perlahan selam 10-12 minit atau sehingga masak.
p/s: Pastikan isinya masak tidak kering...sedap jika ianya juicy2 sikit.
 
Untuk resepi fried wantan, boleh rujuk DISINI...
 
Selamat mencuba.Terima kasih kerana sudi membaca :-)
 
 
 


Saturday, 1 February 2014

Beef steak mushroom gravy with onion ring and baby butterhead lettuce salad

Salam,
Berada dikampung, sambil menghadap laptopku, berkesempatan jua bersembang dengan anak saudara Nurul Aida yang agak lama jugak tak bertemu dan sedang menyiapkan homework Add Mathnya sambil dibantu oleh Mr. Husben.
 
Sambil bersembang, apa kata kita jamu mata dengan beef steak handmade aku nie... yazzzaaaa.... untuk resepinya.. uolls kenalah scroll ke bawah lagi...

Beef Steak
(hidangan untuk 2 orang)
 
2 ketul beef steak (boleh didapati di pasaraya)
3 ulas bawang putih-dicincang
1/2 ulas bawang besar-dipotong dadu
sedikit serbuk lada hitam
sedikit Italian herbs
garam secukupnya
1 sudu besar olive oil
 
Cara:
  • Bersihkan beef steak dan lapkan agar ianya kering.
  • Campurkan bawang putih, bawang besar, sedikit serbuk lada hitam dan italian herbs,  1 sudu olive oil dan garam secukupnya ke dalam satu bekas.
  • Perapkan beef steak dengan bahan-bahan tadi sekurang-kurangnya satu jam.
  • Gril beef steak tersebut di atas fry pan dengan sedikit olive oil. Pastikan bawang di gril bersama beef steak tadi.
  • Untuk setiap side, gril lebih kurang 7 minit sahaja supaya daging tidak keras.
 
Untuk resepi mushroom gravy, sila klik DI SINI
 
ONION RING
 
1 labu bawang besar Holland
sebiji kuning telur
1 sudu kecil rempah kari ayam & daging
5 sudu besar tepung beras
sedikit air
garam dan gula secukupnya
 
Cara:
  • Hiris bawang besar secara membulat dengan 1/2 cm tebal.
  • Ceraikan setiap gulungan bawang besar tadi.
  • Campurkan tepung beras, serbuk kari, kuning telur, garam dan gula ke dalam satu bekas.
  • Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan bancuhan tepung menjadi seperti kepekatan susu pekat manis.
  • Celupkan bawang yang telah dihiris tadi ke dalam bancuhan tepung tadi dan masukkan ke dalam minyak panas.
  • Goreng hingga bancuhan tepung tadi menjadi warna kuning keemasan.
 
SALAD
Beberapa helai daun baby butterhead lettuce
Sedikit mayonis
1/4 sudu perahan jus lemon
garam dan gula secukupnya
 
Cara:
  • Potong daun lettuce mengikut kesukaan
  • Gaulkan daun lettuce dengan mayonis dan perahan jus lemon.
  • Tambahkan garam dan gula secukupnya.
SELAMAT MENCUBA!!! :-)