Saturday, 1 February 2014

Beef steak mushroom gravy with onion ring and baby butterhead lettuce salad

Salam,
Berada dikampung, sambil menghadap laptopku, berkesempatan jua bersembang dengan anak saudara Nurul Aida yang agak lama jugak tak bertemu dan sedang menyiapkan homework Add Mathnya sambil dibantu oleh Mr. Husben.
 
Sambil bersembang, apa kata kita jamu mata dengan beef steak handmade aku nie... yazzzaaaa.... untuk resepinya.. uolls kenalah scroll ke bawah lagi...

Beef Steak
(hidangan untuk 2 orang)
 
2 ketul beef steak (boleh didapati di pasaraya)
3 ulas bawang putih-dicincang
1/2 ulas bawang besar-dipotong dadu
sedikit serbuk lada hitam
sedikit Italian herbs
garam secukupnya
1 sudu besar olive oil
 
Cara:
  • Bersihkan beef steak dan lapkan agar ianya kering.
  • Campurkan bawang putih, bawang besar, sedikit serbuk lada hitam dan italian herbs,  1 sudu olive oil dan garam secukupnya ke dalam satu bekas.
  • Perapkan beef steak dengan bahan-bahan tadi sekurang-kurangnya satu jam.
  • Gril beef steak tersebut di atas fry pan dengan sedikit olive oil. Pastikan bawang di gril bersama beef steak tadi.
  • Untuk setiap side, gril lebih kurang 7 minit sahaja supaya daging tidak keras.
 
Untuk resepi mushroom gravy, sila klik DI SINI
 
ONION RING
 
1 labu bawang besar Holland
sebiji kuning telur
1 sudu kecil rempah kari ayam & daging
5 sudu besar tepung beras
sedikit air
garam dan gula secukupnya
 
Cara:
  • Hiris bawang besar secara membulat dengan 1/2 cm tebal.
  • Ceraikan setiap gulungan bawang besar tadi.
  • Campurkan tepung beras, serbuk kari, kuning telur, garam dan gula ke dalam satu bekas.
  • Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan bancuhan tepung menjadi seperti kepekatan susu pekat manis.
  • Celupkan bawang yang telah dihiris tadi ke dalam bancuhan tepung tadi dan masukkan ke dalam minyak panas.
  • Goreng hingga bancuhan tepung tadi menjadi warna kuning keemasan.
 
SALAD
Beberapa helai daun baby butterhead lettuce
Sedikit mayonis
1/4 sudu perahan jus lemon
garam dan gula secukupnya
 
Cara:
  • Potong daun lettuce mengikut kesukaan
  • Gaulkan daun lettuce dengan mayonis dan perahan jus lemon.
  • Tambahkan garam dan gula secukupnya.
SELAMAT MENCUBA!!! :-)
 
 

No comments:

Post a Comment