Thursday, 25 February 2016

IKAN TAMBAK BAKAR BEREMPAH

As Salam,

Bermula satu kehidupan baru bagi Nazra setelah mendaftar di UKM pada 18 Febuari 2016 yang lepas sebagai pelajar Phd sepenuh masa di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Dengan itu secara rasminya, bermula hari ini, Nazra gantikan kata nama 'aku' yang selalu Nazra pakai sewaktu menulis sebelum ini kepada nama singkatan sendiri iaitu Nazra, terasa lebih dekat untuk berkongsi rasa dengan uoalls semua. Boleh kan?
 
Semua urusan yang melibatkan pendaftaran dengan UKM dan fakulti telah Nazra selesaikan pada hari berkenaan, cuma satu perkara yang belum lagi selesai adalah dengan pihak biasiswa. Sepatutnya Nazra telah mendapat surat pelepasan cuti belajar daripada pihak biasiswa sebelum mendaftar di UKM, tetapi oleh kerana terdapat kesilapan penghantaran dokumen oleh pihak admin, akibatnyer dokumen Nazra telah ter'hold' ke sana sini tanpa sebarang 'progress' walaupun setiap minggu Nazra menelefon ke Kementerian mohon untuk di segerakan surat kelulusan tersebut. Nazra bersama Mr. Husben pergi sendiri ke Putrajaya selepas selesai pendaftaran di UKM  dengan harapan surat tersebut dapat Nazra perolehi, namun sangat dukacita apabila dokumen Nazra masih lagi belum diproses oleh pegawai yang bertanggungjawab, walaupun beliau telah berjanji untuk menyelesaikannya sehari sebelumnya. Akibatnya, Nazra perlu lagi datang untuk bekerja dan jika hendak ke UKM, terpaksalah mohon cuti rehat dahulu sebelum berangkat ke UKM... Sedikit serabut dalam kepala jadi nyer...

Tapi mungkin perancangan Allah ini sebenarnya baik untuk Nazra kerana dikesempatan masa yang Nazra ada di ofis ini, memudahkan Nazra menguruskan urusan kenaikan pangkat yang dokumennya perlu Nazra siapkan sebelum tarikh validasi iaitu 7 Mac 2016 ini. Namun begitu, setiap kali selepas solat, Nazra sentiasa panjatkan pada Ilahi agar surat kebenaran cuti belajar Nazra dapat dikeluarkan oleh Bahagian Biasiswa dengan kadar segera supaya urusan Nazra untuk belajar ini menjadi lebih tenang. Ameen...

Ok lah uallz... sebenarnya satu lagi yang Nazra nak share dengan uallz semua hari ini ialah resepi Ikan Bakar Berempah.. Ikan yang Nazra guna ini namanya Ikan Tambak... pemberian oleh adik Nazra yang mengajar di Pulau Tioman... kalau uallz tengok gambar, yang nampak kepala ikan kembung tapi ikan tambaknya tak nampak sebab Nazra dah belah tengah ikan tambak tu... so, yang boleh nampak isinya sahaja. Masa masak nie campur ngan seekor ikan kembung sebab risau takut tak cukup, rupa-rupanya cukup jer untuk Nazra ngap bersama Mr. Husben. Rasa isi ikan tambak nie sangat lembut dan memang sedap... Kata adik Nazra, biasa di Pulau Tioman, mereka buat Masak Lemak, tapi anyhow.. bakar pun sodaaappp... hihihi...

Kalau uoallz berminat nak cuba dengan resipi ikan bakar ini, jenguk-jenguk lah ke bawah lagi yep...

IKAN TAMBAK BAKAR BEREMPAH
Resepi asal : BLOG MAMAMIA
 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tambak (siakap pun boleh)  sederhana besar-dibersihkan
1 helai daun kunyit-hiris halus
2 helai daun limau purut-hiris halus

Bahan-bahan dikisar bersama:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-hiris
1 sdb serbuk cili
1 sdb rempah kari ikan
3 sdm air asam jawa
1 sdb kicap pekat
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Gula,garam secukupnya
Sedikit air



Cara:
  • Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau dan kacau  pecah minyak.Tutupkan api.
  • Sementara itu,sediakan kertas foil dan dulang pembakar.
  • Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang untuk bau lebih harum).
  • Tuangkan kesemua perencah tadi diatasnya.
  • Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut kemas.Perapkan sebentar selama 15 minit.
  • Kemudian bakar ikan sehingga masak (dalam 45 minit menggunakan pemanggang ajaib dengan api yang sederhana).
  • Semasa menghidang,perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi....sedap sangat.


Sangat sedap dihidang bersama nasi putih panas bersama ulam-ulaman.

SELAMAT MENCUBA!!! dan terima kasih kerana sudi membaca entri Nazra kali ini. :-)

Wassalam.
 

No comments:

Post a Comment