Friday, 18 December 2015

Makaroni Bakar

As Salam,

Hari nie tak ader ape nak cerita, just nak kongsikan makroni bakar yang aku buat 2 minggu yang lepas. Resepi asalnya daripada Wattie's HomeMade tapi aku olah serba sedikit ikut kreativiti aku. Cheewahh..Dah lama tak buat ni, so bila dapat buat...gumbiranya hati...hihihi... Jom pakat jamu mata dan kalau uoalls nak buat... boleh guna resepi yang aku tempek kat bawah tuh... Confirm tak menyesal...hihihi...
            



Resepi :
MAKARONI BAKAR
(Resepi asal : Wattie's homeMade)

1 peket daging cincang
4 cawan makaroni
3 biji telur

1/2 tin susu cair
4 keping keju slice / 1/2 cawan keju mozarella yg diparut
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar*
sedikit halia*
2 sudu besar rempah kari ikan, udang & ketam
sedikit serbuk pala
2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa ayam
1 batang lobak merah (potong dadu)
1/2 ikat bayam hijau (potong lebih kurang 2 cm panjang)
1 sudu mentega/ marjerin / minyak sapi
Untuk hiasan

Sos cili, ,mayonis, daun bawang,daun sup,cili merah dan bawang goreng
Cara:
  • Makaroni direbus lembut dan ditoskan.
  • Panaskan ketuhar,mesin bahan yang bertanda*
  • Pukul telur dan campurkan susu cair...ketepikan.
  • Tumis bawang besar,masukkan bahan yang dikisar + serbuk kari ayam, udang & ketam sampai harum. Masukkan daging kisar, lobak merah, bayam & rempah-rempah yg lain.Masukkan makaroni,garam dan serbuk perasa ayam. Kacau dan tutpkan api. Sejukkan sebentar.
  • Lengserkan acuan dengan marjerin/ mentega / minyak sapi.
  • Tuangkan adunan telur ke dalam makaroni. Kacau-kacau sebati dan tuang ke dalam acuan.Tutupkan acuan dgn aluminium foil dan bakar 20 minit.
  • Keluarkan dari ketuhar,buka aluminium foil, masukkan kepingan keju / taburkan keju dan bakar semula lagi 20 minit. Angkat dan sejukkan.
  • Juraikan dengan sos cili (masukkan cili sos dalam peket plastik kecil dan potong bucunya dan juraikan).
  • Kemudian juraikan pula mayonis.
  • Taburkan daun bawang&daun sup juga bawang goreng. Nak lagi cantik taburkan hirisan halus cili merah
  • Bila sejuk potonglah ikut saiz yang dikehendaki.
 
SELAMAT MENCUBA !!! :-) dan terima kasih sudi membaca entri ini...
     

Thursday, 22 October 2015

PULUT KUNING

As Salam,
 
Bersempena majlis bacaan yassin, doa selamat dan kenduri kesyukuran di rumah abang ipar, aku dan Mr.Hubby bersetuju untuk membawa hidangan pulut kuning. Pulut kuning nie sebenarnya aku buat khas jugak untuk Mr.Hubby yang tersayang sempena kejayaan beliau dalam menghabiskan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal di UTHM, alhamdulillah....
 
Resepi pulut kuning yang aku ambil daripada blog En.Mat Gebu. Terima kasih atas perkongsian resepi yang sangat sedap. Next time kalau ada kelapangan, aku akan buat lagi sebab dah ada keyakinan nak membuatnyer...hihi..dan resepinya pun sedap dan alhamdulillah, menjadi...
 
Jom kita layan resepinya...

 
PULUT KUNING
(Sumber : Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA
 
1.2 kg beras pulut
2 camca besar serbuk kunyit (Adabi)
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
500 ml santan pekat
1 camca besar penuh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
 

pulot kuning3
 
CARA:
 
  • Pulut dicuci, kemudian masukkan ke dalam bekas, tuang air secukupnya (hingga pulut tenggelam), tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan asam gelugor dan biar pulut terendam semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian toskan dalam tapis dan keluarkan asam gelugor. Ketepikan.

  • Panaskan kukusan. Ambil bahagian atas kukus (yang berlubang). Alas bawahnya dengan tudung periuk. Pastikan saiznya menutup lubang2 kukus, dan tudung periuk dalam keadaan terbalik (seperti dalam gambar di atas).

  • Letak sebatang senduk kayu di dalam kukus (seperti dalam gambar). Kemudian tuang pulut yang anda toskan tadi ke dalam kukus. Ratakan dan biar sekejap. Letak daun pandan dan angkat kukus berisi pulut dan terus letak atas air mendidih. Ada sedikit baki2 pulut atas tudung periuk, anda kaut dan masukkan dalam kukus, tutup dan kukus 25 minit.

  • Sementara itu, bancuhkan garam dengan santan pekat, kacau rata. Angkat pulut dari kukus dan alihkan ke dalam bekas besar. Keluarkan senduk kayu tadi. Curahkan santan pekat sedikit demi sedikit atas pulut dan gaul rata2. Buat hingga santan habis. 

  • Masukkan kembali pulut dalam kukus (kali ni tak perlu letak senduk kayu). Dan sambung kukus selama 25 - 30 minit atau sampai pulut masak dan lembut. Boleh alihkan dari kukus. Hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau kari ayam/daging..
  •  
     
CATATAN DARIPADA EN. MAT GEBU:- 
 
Tujuan meletak sebatang senduk kayu pada tengah2 kukus sebelum pulut dituang, kebarangkalian ialah untuk memudahkan pulut dikeluarkan dari kukus sebelum proses menggaul dengan santan pekat....
 
SELAMAT MENCUBA... :-

Thursday, 3 September 2015

HOMEMADE CHICKEN BURGER


As Salam,

Menu di suatu petang yang dah lama berlalu, baru mampu ditempek dan di share di sini hari ini. Dah dua kali aku buat burger nie, satu kali tu menggunakan daging kisar dan yang ini menggunakan ayam kisar. Dua-dua pun sedap tapi pada tekak aku... burger daging lebih menaikkan selera berbanding burger ayam... Tapi picture yang aku jumpa dalam simpanan aku just pictures of chicken burger..so aku tempek chicken burger ajer lah... aci ajer lah kan? hihi...dah lama sangatkan peram... entah manalah perginya picture yang beef punya.. huhuhu... Ok lah uoallss... Resepi yang sedap nie sebenarnya aku cedok daripada blog K.Nor@SecubitGaram. Tak rugi kalau uoalls cuba resepi nie... so yummy n meleleh gitu..
 


HOMEMADE GRILLED BURGER
 
 
Bahan - utk daging burger:
 
800gm daging lembu (tanpa lemak) ~ basuh dan toskan
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 kuning telur
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar dried parsley
1 sudu besar italian herbs
1 cawan breadcrumbs
1 sudu kecil garam
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris halus
plastik bersih secukupnya
 
Cara:
  • Kisar halus daging yg dah dipotong kecil bersama bawang besar dan bawang putih dgn menggunakan food procceser.
  • Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan kuning telur, serbuk cili kasar, serbuk lada hitam, dried parsley, italian herbs, breadcrumbs, garam dan daun ketumbar.
  • Gaul hingga sebati.
  • Ambil sekepal daging dan bentukkan bulat dan leper.
  • Alas dgn plastik yg dah dipotong, melebihi sedikit dr saiz kepingan daging.
  • Ulang sehingga daging habis dan susun dlm sebuah bekas.
  • Simpan dlm peti ais semalaman (supaya daging set dan tidak berkecai bila kita membakar/menggorengnya)

Bahan2 - utk membuat burger
roti burger secukupnya
butter
slice cheese
salad
tomato
cili sos
mayonis/sos thousand islands
 
Cara:
  • Belah dua roti burger (aku guna roti slice ala2 kampung) dan sapu dgn sedikit butter.
  • Bakar sekejap dan ketepikan.
  • Panaskan frying pan dan letakkan daging burger.
  • Bakar selama 8 - 10 min utk sebelah daging dan terbalikkan dan masak lagi utk tempoh yg sama (masa membakar bergantung pada ketebalan daging burger yg dihasilkan) dgn menggunakan api sederhana.
  • Letakkan sekeping slice cheese di atas daging tadi.
  • Angkat dah letakkan atas kepingan roti yg dah diletakkan sedikit daun salad.
  • Picitkan sos cili dan mayonis/sos thousand islands. Kemudian letakkan hirisan tomato dan akhir sekali dgn bahagian atas roti.
  • Sedia utk disantap... Enjoyyy...
SELAMAT MENCUBA!!!!

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini...





Thursday, 18 June 2015

AYAM MASAK ALA VANGGEY

As salam,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan pembaca Sweetkurma-SK. Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur lagi untuk menemui Ramadhan kali ini. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan mendapat pahala serta rahmat seperti mana yang dijanjikan oleh-Nya, In Sha Allah.
 
Berkongsi kisah masakan special ayam di Restoran Vanggey. Kerana terlalu teruja dengan ayam vanggey, jadi ku cuba lah bereksperimen dengan masakan ini untuk santapan aku dan Mr. Husben.
 
Nampak tak? Sangat menggiurkan bila berada di bulan puasa macam nie...huk3...


Sedap di makan bersama nasi putih yang dihidang panas-panas atau dimakan dengan roti putih... meleleh ayaq liur macam nie...


RESEPI:

8 ketul ayam
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2cm halia - kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai daun kari
2 batang serai
4 sudu besar kicap pekat manis
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
garam secukup rasa

CARA:
  • Bersihkan ayam
  • Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan semua bahan kisar bersama serbuk kari dan serbuk cili hingga naik bau. Tambahkan sedikit air jika bahan tumisan terlalu kering.
  • Masukkan kicap pekat manis, serai dan daun kari.
  • Ambil sedikit bahan tumisan dan gaul rata dengan ayam.
  • Perasakan ayam dengan garam.
  • Biarkan seketika supaya bahan tumisan mesra bersama ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak.
  • Ayam yang telah siap digoreng dimasukkan kembali ke dalam bahan tumisan dan masak hingga kuah menjadi agak pekat.
  • Perasakan kuah dengan garam secukupnya.
  • Sedia dihidang bersama nasi panas atau roti putih.
SELAMAT MENCUBA ... :-)

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.....

Wednesday, 17 June 2015

A Touch of Remembrance_3rd Episode

As Salam,

Satu momen, pengalaman dan perjuangan yang sangat bermakna buat aku dan sahabat2 Kumpulan MatriX JKM, PUO... A touch of remembrance with KIK Group members.. which full of joys and happiness which never been happen again in the future, I guess.. hihi...Thanx for all the patient, full of spirit, encouragement and time that we have gone through all these while. The most valuable and precious moments spending time with u all guyz...  
 
Bermula dengan penubuhan Kumpulan MatriX pada 20 Ogos 2013... dengan semuanya berjiwa kacau...hahaha... dan sangat tak sangka dengan semangat yang dah hampir pudar... tetapi akhirnya kami bangkit menyahut perjuangan yang diberi, bermula daripada pertandingan di peringkat Politeknik Ungku Omar, seterusnya ke peringkat Politeknik Malaysia sehingga akhirnya kami berjaya mewakili Politeknik Malaysia ke peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Terima kasih kawan-kawan... Ketua Kumpulan... Siti Asma', Facilitator... En. Abdul Aziz dan group members...  Amirtha, Azmarini, Nor Azlina, Siti Natasha, Khairul Nizad dan Ahmad Fadhil....Aku hanyalah orang kecik dalam group nie... hahaha...
 
Just for my memory.. so i put all these photos here...So uoalls kalau nak layan gambar2 nie silalah scroll ke bawah... tapi  kalau rasa macam tak syok ajer... just tengoklah jugak...hahaha....

Setelah memenangi Anugerah Emas dan Anugerah Khas Juri di Konvensyen KIK 2014 KPM. Dari kiri Amirtha, Siti Asma', Me.. Husni Nazra :-), Siti Natasha, Nor Azlina, Azmarini, Ahmad Fadhil, Khairul Nizad dan Abdul Aziz




Anugerah Emas yang kami terima pada Konvensyen KIK 2014 KPM...

Hasil searching Ina dalam You Tube, terjumpa video pendek ini... Nice video to me for sharing with uoalls.. hihihi...

 
Tayangan video Anugerah Emas yang diterima oleh Kumpulan MatriX
 



Anugerah Khas Juri yang diterima... Alhamdulillah - ED Tool... Memanggg Berbaloi...







 


Gegirl dalam Group MatriX... Amirtha, Arin, Ina, Tasha, Me and Asma'. Arin dah tak bersama kami lagi untuk ke Peringkat SUK Ogos 2015 nanti...huk3...Kipidap and all the best Arin for your PhD...

Muka-muka happy + tak keteruan lepas buat presentation peringkat KPM... Hahaha... Bermohon Sembah kumpulan kami hari nie...
Resah gelisah, nervous...berdebar...haru biru semua ada sebelum buat presentation di KIK KPM... Aku lak dok buat last minute checking...risau kot slide ada problem...
Hasil tangkapan di Konvensyen KIK 2014 peringkat KPM... Alhamdulillah
 
 
Facilitator berbaju hijau...En. Abdul Aziz yang sentiasa sporting... Sebelahnya Nizad.. Our Engineer di Konvensyen KIK 2014 KPM
 
 
Ketua Kumpulan, Siti Asma' dengan Sijil Anugerah Emas Kumpulan MatriX di Konvensyen KIK  Peringkat Kebangsaan Polteknik Malaysia 2014

Kemenangan ini membawa kami maju setapak lagi kerana diserap untuk ke Pertandingan KIK 2014 Peringkat KPM... Dr Daud, Penyelaras KIK PUO...sebelah kiri sekali was very happy with the award received by MatriX... 

 


Kami cuba untuk tidak menang sebab bila menang... banyak lagi cabaran yang perlu kami harungi... tapi takdir Allah... kami Johan untuk Kategori Teknikal.. happy + serabut dalam minda... but in its entirety... because of this... we proudly bring ourself, our group - MatriX, our tool known as ED TOOL and our institution - PUO in KIK up to the national level and hopefully up to the international level within a few times earlier. Sebelah kiri sekali, Nurus Sadiqqin dah berpindah ke PSA selepas menang peringkat ini... Nurus with MatriX in memory...   

 
Perjuangan kami belum selesai walaupun kami cuba untuk kuburkan perjuangan nie... hahaha... In coming August 2015, SUK Perak telah melambai-lambai kami... So..enough preparation with properly report book must be done sucessfully... of coz... it is my responsibility... very tough work but with full commitments, hardworking and helping hand to lend on by group members, I certainly believe that the end result will be conveniently completed... God willing, In Sha Allah.... The End..
 
Terima kasih kerana sudi membaca entri yang tak seberapa ini... :-)  


Friday, 29 May 2015

AYAT-AYAT AL-QUR'AN BENTENG IBLIS DAN SYAITAN


As Salam,

Salam Jumaat buat uaolls semua... Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, aku nak share satu page yg aku dapat daripada blog Ustaz Syarhan nie yang aku rasa kita semua boleh amalkan... In Sha Allah... Sebagai senjata untuk membentengi diri kita daripada anasir jahat seperti sihir dan sebagainya kan... Al-maklum... kita bukannya tahu apa yang akan terjadi pada kita satu saat daripada sekarang kan... Jadi... muhasabah diri dan cubalah kita amalkan bacaan-bacaan ini... Semoga bermanfaat untuk semua reader yang membaca entri ini... Amin...
 
Uoalls jugak boleh layari blog Ustaz Syarhan kat sini... USTAZ SYARHAN untuk dapatkan info lebih lanjut.
 
Jadi..apa tunggu lagi?... Jom kita sama-sama amalkan bacaan-bacaan surah dan doa di bawah...
 
 
Amalkan bacaan surah dan doa-doa di bawah setiap kali selepas solat Subuh dan Maghrib
 


Bacalah Surah Al ~ Qadr sebanyak 3 kali




Kemudian bacalah doa dengan ayat di atas


Bacalah surah An ~ Nas


Kemudian amalkan ayat di atas sebagai benteng daripada godaan syaitan dan semua perangkapnya.




Kemudian amalkan doa di atas ini sebanyak 3 kali



Kemudian amalkan doa ini sebagai benteng daripada ganguan jin dan manusia




Amalkan doa di atas sebagai benteng dari melewati tempat-tempat berhantu




Akhir sekali amalkan ayat di atas sebagai benteng daripada perkara-perkara berbahaya melibatkan jin dan syaitan seperti sihir dan santau, amalkan ayat 1-10 Surah As-Soffat

 
Terima kasih Ustaz di atas perkongsian ilmu untuk kebaikan kita bersama. Semoga kita terhindar dari sebarang ganguan syaitan , iblis dan jin serta hasad dengki manusia, In Sha Allah.
 
 
 

Thursday, 26 February 2015

MURTABAK TELUR GULUNG FISHBALL

As Salam,

Disebabkan hampir setiap hari menghidu bau yang sedap dari meja jiran sebelah meja offismate aku nie... jadi... tanyalah aku pada Mr. Zack nie... masak mcm mana tuh? Pastu dia pun explain lah... Owhhh... ok... senang yang amat nak buatnyeerr... Patutla hari-hari Mr. Zack breakfast dengan menu nie... Tapi Mr. Zack kata boleh pelbagaikan bahan dalamnya supaya ada perubahan rasa... Iyep... Boring jugakkan kalau hari2 makan dengan rasa yang sama jer kan... Tak der taste pulak nanti orang kata...huhuhu...
 
Dek keterujaan aku dengan resepi Mr. Zack, jadi aku pun try lah buat dengan bahan2 yang ada kat dry kitchen aku... Ehmmm... Sedap!!! Patutla hari2 bila cium baunyer tergoda aku dibuatnyer... So.. Kita layan picture2 murtabak telur gulung fishball nie dulu yep... Untuk resepi... Rajin2 lah uoalls scroll lagi ke bawah... ;-)




MURTABAK TELUR GULUNG FISHBALL
(Hidangan untuk 2-3 orang)

Bahan-bahannya:

Bahan A:
Sedikit brokoli dan kobis (potong halus)
8 biji fishball (hiris memanjang)
Sedikit cendawan enoki (potong memanjang dalam 2cm)
2 sudu mayonis
1 sudu sos cili
sedikit serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara:
  • Masukkan brokoli, kobis, cendawan enoki dan fishball ke dalam frying pan.
  • Masak hingga brokoli Nampak sedikit layu.
  • Tambahkan mayonis, sos cili, serbuk lada putih dan secubit garam.
  • Gaul hingga sebati dan angkat.

Bahan B:
4 biji telur
Sedikit bawang besar (potong dadu)
Garam secukupnya

Cara:
  • Satukan kesemua bahan dan pukul sedikit dengan garfu.
  • Titiskan sedikit minyak zaitun ke atas frying pan.
  • Tuangkan bancuhan telur ke atas frying pan.
  • Taburkan Bahan A ke atas telur.
  • Masak dengan api perlahan sehingga telur masak.
  • Angkat dan gulung.
  • Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!! dan terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Wednesday, 18 February 2015

A touch of Remembrance_ 2nd Episode

As Salam,
 
Bertemu lagi kita hari nie... So aku nak sambung lagi kisah hidup perjalanan aku di tahun 2014... A touch of remembrance... Just untuk berkongsi yep... tak der rasa nak over2 atau pa per... Persoalan pada previous episode... Berjayakah aku dalam interview aku?
 
Pertengahan bulan Julai 2014 result interview telah keluar. The moment is still fresh in my mind. Aku tak dapat nak semak result aku sebab aku and Mr. Husben tak der data plan since kami menjaga ayahanda mertuaku yang warded di Hospital Teluk Intan. Beberapa orang kawan2 aku call tanya macam mana... dapat ker tak? Tapi.. memang tak boleh nak bagi tau la kan... coz seriously aku tak leh nak check... Waktu tu aku dapat tahu yang geng yang sama2 pergi interview ngan aku, hanya sorang ajer yang success, congrates buat Sharudin... 

Then Mr. Husben ajak ke Cyber Café since Kak Uii dan kak Mae pun ada sekali waktu tu untuk jaga ayah... Tapi lepas tu Kak Uii cakap yang dia ada bawak labtop, just guna data plan dia aje... Petang jugak la baru aku sempat semak result, faham2 aje lah keadaan kat hospital macam mana kan? Doktor pulak tak bagi ayah duduk dalam bilik, so kena lah ayah stay sekali dengan patient2 yang lain. Kenangan berada di ward tue sangat tak boleh dilupakan. Setiap hari ada yang meninggal.

Mula2 pakcik depan katil ayah, lepas tu katil hujung, lepas tu katil sebelah ayah pulak... Then, masuk pakcik yang lain pulak duduk sebelah katil ayah. Pada hari yang sama aku nak semak result, pakcik sebelah ayah tu meninggal, masuk tengah hari dalam keadaan sihat, dia cuma pening, dan ada masalah jantung, dia terjatuh time nak ke toilet dan kemudian meninggal... Al-fatihah buat mereka semua. Al-fatihah jugak buat ayahanda mertuaku, Yusop Bin Alang Laba yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Julai 2014 bersamaan 28 Ramadhan 1436H. Semoga ayah sentiasa tenang, diluas dan diberi cahaya yang terang di alam sana. Amin.

So, petang itu, dalam pukul 6.00 petang, time tu waktu melawat, yop, yong dah sampai, family Chik Ha pun ada, so amik kesempatan waktu tue, aku dan Mr Husben ambil satu ruang di satu sudut menunggu. Aku seriously rasa berdebar, semacam jer perasaan di hati, serious tak berani nak tengok, Mr Husben yang tolong bukakkan semua... Then, dengan sebelah mata aku tutup dengan jari... intai2 jugak...hehehe... owh... Tahniah.. Anda Berjaya...Tawaran ke luar ngara... Ya Allah, rasa macam tak percaya... Mr. Husben yang paling happy rasanya... Thank You my dear for your support... Rasa nak menitis air mata waktu tuh... Kak Uii, Kak Mae, Yong and Yop say congrates to me... Terus aku call my parents, abah ngan Ma di Kay Tee... Alhamdulillah kata Abah ngan Ma... Tahniah.... Ehm... Syukur atas segala nikmatmu Ya Allah... Dan lepas tue terus aku call kawan baik aku yang sama-sama pergi interview tempoh hari, Mid... dia kata dia dah agak yang aku salah seorang lagi calon yang brjaya dalam interview tuh... Alhamdulillah, tak sangka percubaan pertama interviewku brjaya... Terima kasih Ya Allah.

Aku harap geng yang sama2 pergi interview dengan aku hari tue tak putus semangat untuk apply lagi Biasiswa HLP untuk tahun 2016. Aku doakan mereka semua berjaya untuk application pada tahun 2015 ini.

Pada aku pulak, the journey is still berliku... bermacam perkara untuk aku perlu settlekan sebelum bergelar status student semula. Aku cuma doakan agar semua proses yang perlu aku lalui akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah S.W.T. Amin.

So, uoalls dah dapat jawapan pasal interview aku kan?... Next episode aku akan cerita kisah perjalanan KIK aku pulak.... So... kita jumpa in the next episode yep...Terima kasih coz sudi membaca entri aku yang tak seberapa nie.... :-). Sebelum itu, jom kita sama2 baca rangkap2 pantun ini... Untuk peringatan kepada diriku dan uoalls semua jugak....

Zikrullah amalkan sentiasa,
Ikatan hamba berpisah tiada,
Agar terhindar segala dosa,
Sentiasa penuhkan ilmu di dada.
 
Kasih Allah kepada hamba,
Tiada putus sangat berharga,
Meniti hidup usah kecewa,
Teruskan hidup hingga berjaya.
 
Jangan lalai kejayaan ditempa,
Semua itu perjalanan jua,
Husnul Khatimah tertanam cita,
Moga doa diperkenan jua.
Amin...
 
Karya ustaz ASJA


Tuesday, 17 February 2015

A touch of remembrance_2014_1st Episode

As Salam,

Hari ini aku nak cerita pasal perjalanan aku di tahun 2014. Just a touch of remembrance. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas segala nikmat pemberian-Mu. Cuma satu aku pinta agar Allah sentiasa memberikan kesihatan yang terbaik buatku supaya aku dapat terus menyumbang bakti yang terbaik kepada anak didikku, majikanku, colleguesku dan insan2 tersayang di sisi aku.
 
Ya Allah, sembuhlah segala sakit yang ada pada tubuh badanku dengan kesembuhan yang tiada kesakitan. Benar kata orang, rezeki yang paling utama adalah kesihatan... Kalau akal, fikiran dan fizikal terganggu, semua kerja jugak akan terganggu...begitulah yang aku rasai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tapi perjuangan hidup kena diteruskan juga selagi kita bergelar manusia...Ehhh... terkeluar tajuk sikit... hehehe... Anyway... harap uoalls doakanlah aku agar aku sihat sentiasa... Thank you uoalls...
 
Nak tau cerita best aku tahun 2014? Bukan nak over tapi saja nak coretkan kat sini...Sebagai inspirasi pada anak didikku dan juga pada insan2 tersayang di sisi aku...
 

Firstly, pasal further study PHD aku... Alhamdulillah, approach aku pada awal februari 2014 kepada beberapa lecturer di universiti luar negara diterima mereka. Lecturer daripada Nagoya Institute of Technology, Jepun dan Auckland University, New Zealand sudi untuk ambil aku as their PHD's student. Tapi aku pilih lecturer dari Auckland Uni since syarat schollarship aku kena universiti yang top 200. NIT tak termasuk dalam list top 200 university even kalau boleh aku nak sangat study kat Jepun... Maybe rezeki aku bukan di Jepun coz banyak universiti yang top 200 di Jepun aku apply tapi tak der yang reply.

Uoalls tengok gambar2 kat bawah... Nampak tak? Tahap keterujaan aku semakin bertambah bila tengok2 gambar nie...huhu... sumber inspirasi dan kekuatan kepada diri aku untuk menyiapkan pelbagai persiapan sebelum melangkah sebagai PHD's candidate....






 
Then next step aku, apply biasiswa HLP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khas untuk lecturer di politeknik, dalam bulan March macam tuh, then alhamdulillah berjaya dapat tawaran interview dalam bulan Mei. Dah nak pergi interviewkan, so kena la prepare perisai proposal yang mantopkan... tau je lah... bukan senang nak dapat biasiswa nie... Time interview dapat tahu ada 400 lebih candidates, kuota hanya 150 sahaja... ehm... dalam hati cuma fikir buat elok2 aje time presentation and interview tu... yang penting confident level mesti tinggi dengan proposal yang nak dipresentkan tuh...selebihnya doa, tawakkal dan rezeki...kalau ada rezeki, insya'allah dapat...kalau tak der rezeki, try lagi for the next year... 
 
Interviewer aku Dr. dari UPM dan UIA... Sepatutnya interview aku untuk sesi petang tapi sebab candidates sesi pagi cepat habis, aku datang lah awal sikit as called by my collegue yang dah habis interview. Sebelum berangkat, sempatlah aku call my Mr. Husben and my parents, mintak doa dan restu dari they all untuk hari interview pulak. Then, tak sempat nak duduk, nama aku dipanggil padahal turn aku sepatutnya selepas turn 2 orang geng lelaki aku nie, Sharudin and Zulmajidi... Sebelum masuk, macam2 doa aku baca...
 
Bila masuk... aku senyum ajer kat interviewer tu.. They all ambil proposal aku then one of the interviewers tu cakap... owh.. apply oversea yer? Aku cakap. Ya... Pastu dia cakap... Kalau macam tu kena speaking in English lah...nak pergi oversea kan? Ehm... yep... aku senyum aje then cakap.. okay... But then, alhamdulillah... process interview aku berjalan dengan baik, cuma yang aku tak boleh lupa... bila ditanya ibu negara New Zealand, mak aiii.. seriuos aku tak ingat... Aku cakap Auckland lah kan... hihihi... Pastu kena sengih ngan diaorang... Hai... macam mana nie... nak ke sana, tapi ibu negaranya pun tak tahu... kata one of the interviewer tu... huhu... aku mampu sengih kambing je la time tuh... And now, aku dah tau dah ibu negara New Zealand ialah Wellington... hahaha...
 
So... Berjayakah aku dalam interview aku nie? Kalau nak tau... kita sambung dalam episod ke 2 entri aku pulak... and thank you sudi membaca entri aku kali ini.
 


Wednesday, 4 February 2015

ROTI ROCK

As salam,

Jom berdoa dululah... Ya Allah, pada pagi ini kami nikmati afiat pemberianMu (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku, di dunia dan akhirat..amien..

Dah lama aku tak menulis, so terasa macam kaku pulak dok depan komputer nih...huhu... Hari nie aku just nak share a very simple menu for breakfast...selalu aku makan nie kat Restoran Tomato, Medan Gopeng, Ipoh...Tapi dek kerana keterujaan dengan roti nie..maka aku dengan senang hati membuatnya kat dapurku sendiri untuk di makan bersama Mr. Husbenku... hehe...

Sangat la senang membuatnya... tapi tak leh makan selalu, nanti jadi bambam pulak... hehe... Roti nie dipanggil Rock oleh tuan punya Restoran Tomato tue.. so aku kekalkanlah jugak namanya as ROCK....so kita panggil dia Roti Rock je lah...Peace you!!!
 

 
 ROTI ROCK
(Hidangan untuk 2 orang)
 
4 biji telur
4 keping roti
sedikit butter
kicap cair
 
Cara:
  • Rebus telur dengan api sederhana selama 7 minit untuk hasilkan telur separuh masak.
  • Sapukan butter ke atas permukaan roti.
  • Bakar roti sehingga permukaan roti kekuningan.
  • Pecahkan telur separuh masak ke atas permukaan roti.
  • Hidang bersama kicap cair.
SELAMAT MENCUBA.... :-)