As Salam,
Bersempena majlis bacaan yassin, doa selamat dan kenduri kesyukuran di rumah abang ipar, aku dan Mr.Hubby bersetuju untuk membawa hidangan pulut kuning. Pulut kuning nie sebenarnya aku buat khas jugak untuk Mr.Hubby yang tersayang sempena kejayaan beliau dalam menghabiskan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal di UTHM, alhamdulillah....
Resepi pulut kuning yang aku ambil daripada blog En.Mat Gebu. Terima kasih atas perkongsian resepi yang sangat sedap. Next time kalau ada kelapangan, aku akan buat lagi sebab dah ada keyakinan nak membuatnyer...hihi..dan resepinya pun sedap dan alhamdulillah, menjadi...
Jom kita layan resepinya...
PULUT KUNING
(Sumber : Mat Gebu)
BAHAN-BAHANNYA
1.2 kg beras pulut
2 camca besar serbuk kunyit (Adabi)
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
500 ml santan pekat
1 camca besar penuh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
CARA:
- Pulut dicuci, kemudian masukkan ke dalam bekas, tuang air secukupnya (hingga pulut tenggelam), tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan asam gelugor dan biar pulut terendam semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian toskan dalam tapis dan keluarkan asam gelugor. Ketepikan.
- Panaskan kukusan. Ambil bahagian atas kukus (yang berlubang). Alas bawahnya dengan tudung periuk. Pastikan saiznya menutup lubang2 kukus, dan tudung periuk dalam keadaan terbalik (seperti dalam gambar di atas).
- Letak sebatang senduk kayu di dalam kukus (seperti dalam gambar). Kemudian tuang pulut yang anda toskan tadi ke dalam kukus. Ratakan dan biar sekejap. Letak daun pandan dan angkat kukus berisi pulut dan terus letak atas air mendidih. Ada sedikit baki2 pulut atas tudung periuk, anda kaut dan masukkan dalam kukus, tutup dan kukus 25 minit.
- Sementara itu, bancuhkan garam dengan santan pekat, kacau rata. Angkat pulut dari kukus dan alihkan ke dalam bekas besar. Keluarkan senduk kayu tadi. Curahkan santan pekat sedikit demi sedikit atas pulut dan gaul rata2. Buat hingga santan habis.
- Masukkan kembali pulut dalam kukus (kali ni tak perlu letak senduk kayu). Dan sambung kukus selama 25 - 30 minit atau sampai pulut masak dan lembut. Boleh alihkan dari kukus. Hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau kari ayam/daging..
CATATAN DARIPADA EN. MAT GEBU:-
Tujuan meletak sebatang senduk kayu pada tengah2 kukus sebelum pulut dituang, kebarangkalian ialah untuk memudahkan pulut dikeluarkan dari kukus sebelum proses menggaul dengan santan pekat....
SELAMAT MENCUBA... :-
No comments:
Post a Comment