Thursday, 18 June 2015

AYAM MASAK ALA VANGGEY

As salam,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan pembaca Sweetkurma-SK. Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur lagi untuk menemui Ramadhan kali ini. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan mendapat pahala serta rahmat seperti mana yang dijanjikan oleh-Nya, In Sha Allah.
 
Berkongsi kisah masakan special ayam di Restoran Vanggey. Kerana terlalu teruja dengan ayam vanggey, jadi ku cuba lah bereksperimen dengan masakan ini untuk santapan aku dan Mr. Husben.
 
Nampak tak? Sangat menggiurkan bila berada di bulan puasa macam nie...huk3...


Sedap di makan bersama nasi putih yang dihidang panas-panas atau dimakan dengan roti putih... meleleh ayaq liur macam nie...


RESEPI:

8 ketul ayam
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2cm halia - kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai daun kari
2 batang serai
4 sudu besar kicap pekat manis
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
garam secukup rasa

CARA:
  • Bersihkan ayam
  • Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan semua bahan kisar bersama serbuk kari dan serbuk cili hingga naik bau. Tambahkan sedikit air jika bahan tumisan terlalu kering.
  • Masukkan kicap pekat manis, serai dan daun kari.
  • Ambil sedikit bahan tumisan dan gaul rata dengan ayam.
  • Perasakan ayam dengan garam.
  • Biarkan seketika supaya bahan tumisan mesra bersama ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak.
  • Ayam yang telah siap digoreng dimasukkan kembali ke dalam bahan tumisan dan masak hingga kuah menjadi agak pekat.
  • Perasakan kuah dengan garam secukupnya.
  • Sedia dihidang bersama nasi panas atau roti putih.
SELAMAT MENCUBA ... :-)

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.....

No comments:

Post a Comment