Salam,
Salah satu kek yang telah lama aku simpan niat untuk menghasilkannya setelah merasai sendiri kehebatan rasa kek ini hasil baking yang dibuat oleh salah seorang wife kepada collegue ku.
Setelah google beberapa blog, then aku tertarik dengan hasil tangan daripada blog HaSue. Pertama kali aku membuatnya dan inilah hasilnya. Tadddaaaa.... cantik kan?
Sangat teruja bila melihat hasil yang cantik nie walaupun baru first time buat...hehehe... Dapatlah aku bawak ke Majlis Bacaan Yassin di pejabat aku last week... Yang aku happy sangat... kawan2 berebut2 nak merasa kek aku yang aku rasa sangat cantik nie (angkat bakul ok!...hehe..jangan marah uoalls!!!) dan they all cakap sedap...2 kali happy la aku kan... siap ada yang nak tempah lagi (guys...akan dipertimbangkan permintaan nie yep).
Berikut adalah resepinya... terima kasih sangat kepada HaSue atas sharing resipi dan tips yang sangat berguna untuk menghasilkan kek ini.
So..lets check the recipe, cara-caranya dan tipsnya jugak...
KEK PUDING KARAMEL
Sumber Asal: Puan
Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi (KR)
Sumber: HaSue
By: Sweetkurma
Bahan-bahan
: Loyang 22cm/25cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk gula
hangus)
*Tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan.. biar gula hancur dan warna tukar jadi perang (seperti gambar di bawah). Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu).
*Tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan.. biar gula hancur dan warna tukar jadi perang (seperti gambar di bawah). Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu).
(B) - Bahagian Atas
1 cawan
susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning
telur
2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan
Kek
140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula
kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking
powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis
D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1
sudu teh krim of tartar - aku tak letak
Cara-cara
:
- Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
- Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
- Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan (seperti gambar di bawah).
- Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
- Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue) - (seperti gambar di bawah).
- Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je (rujuk gambar di bawah).
- Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna dan paste kalau suka.
- Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung (rujuk gambar di bawah).
- Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum
boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit.
Bila masak angkat
& rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg
dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan
dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas
semalaman.
Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!
No comments:
Post a Comment