Salam,
Koko dan coklat dikatakan dimakan hanya untuk suka-suka sahaja
dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, sebenarnya koko dan coklat menyumbang kepada pemakanan
yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang
lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.
Koko
apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat. Theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1
peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai
minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan
adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam
perut.
Walau pun
telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana
khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter
fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.
Kesan antioksida poliphenol dalam koko
Khasiat
biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols
yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari
koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids
adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida
yang kuat.
Coklat mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular
Kajian
melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah
lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan
yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko
atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.
Koko meningkatkan kebolehan mengatasi
tekanan
Daripada
kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam
keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian
di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi
dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.
Koko melambatkan proses penuaan
Penuaan
adalah salah satu proses yang mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu,
pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan
proses penuaan.
Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas
dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5
hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan
antioksida.
Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard
School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat
menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar
coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.
Coklat sebagai makanan berkhasiat
Coklat
adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam
coklat merupakan makanan yang seimbang.
|
COKLAT
KOSONG
|
COKLAT
SUSU
|
TENAGA
|
511 kcal
|
514 kcal
|
LEMAK
|
32.3 g
|
29.0 g
|
PROTEIN
|
4.1 g
|
8.1 g
|
KARBOHIDRAT
|
51.9 g
|
56.1 g
|
ZAT BESI
|
2.3 mg
|
0.8 mg
|
KALSIUM
|
29.0 mg
|
233.0 mg
|
TIAMIN
|
0.04 mg
|
0.09 mg
|
RIBOFLAVIN
|
0.02 mg
|
0.3 mg
|
NIASIN
|
0.4 mg
|
0.4 mg
|
VITAMIN A
|
22.0 mg
|
84.0
|
Sumber : http://www.koko.gov.my/lkmbm/loader.cfm?page=Industry/GoodnessOC.cfm