Salam,
Masakan ringkas untuk memenuhi tuntutan makan dikala kesihatan kurang mengizinkan. Nasi bubur dan ikan rebus goreng.
Resepi untuk nasi bubur dan ikan rebus goreng:
Nasi Bubur
3/4 pot beras
2 ulas bawang merah*
2cm halia*
1 ulas bawang putih*
10 - 15 biji halba
Ayam (dipotong kecil,)
Udang (optional),
Carrot (dipotong dadu)
Air secukupnya
1 sudu besar santan (optional)
Sedikit garam
Sedikit gula
Bahan bertanda (*) perlu dimayang halus
Cara:
- Renehkan beras yang telah dibasuh bersih dengan air yang secukupnya menggunakan api yang perlahan.
- Sambil beras direneh, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, halba, ayam, udang dan carrot.
- Masakkan sehingga beras betul-betul kembang dan hancur.
- Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
- Bila telah hampir masak, masukkan sesudu santan dan gaul rata.
- Siap untuk di hidang. Boleh dihidang bersama ikan bilis goreng atau bersama ikan rebus goreng.
(hidangan untuk 2-3 orang)
Ikan Rebus Goreng
2 ekor Ikan kembung
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit air
Cara:
- Ikan, asam keping dan garam dimasukkan ke dalam periuk.
- Rebuskan kesemua bahan dengan sedikit air sahaja lebuh kurang dalam 10 minit.
- Angkat dan gorengkan pula ikan tersebut dengan minyak yang banyak sama seperti kaedah menggoreng ikan.
SELAMAT MENCUBA.... :-)
No comments:
Post a Comment