Wednesday 6 January 2021

Unit 7 Manufacturing Processes: Plastics and Composites PROCESSING OF PLASTICS AND COMPOSITES. - ppt download

Unit 7 Manufacturing Processes: Plastics and Composites PROCESSING OF PLASTICS AND COMPOSITES. - ppt download: Processing of Plastics and Composites  Composites:  A materials category that consists of a matrix or base material reinforced by another material.  The materials maintain their original identification but the properties of the combination are improved.

Wednesday 17 July 2019

Nasi Dagang Terengganu

As Salam,

Alhamdulillah.. tanggal 23 Jun 2019 bersamaan 18 Syawal 1440H yang lepas, Nazra & keluarga berkesempatan menjemput sahabat2 di tempat kerja Nazra untuk datang ke rumah, sebagai jamuan hari raya kecil-kecilan. Antara menu yang Nazra hidangkan dan mendapat permintaan dari sahabat2 apabila setiap kali jamuan raya di rumah Nazra adalah nasi dagang dan semestilah nasi dagang yang Nazra buat adalah Nasi Dagang Terengganu.. hihi.. disebabkan Nazra ni asalnya dari Terengganu lah kan. Feedback daripada sahabat2.. alhmdulillah.. buat hati rasa bersyukur sebab mereka cakap nasi dagang Nazra sedap.. ada yang cakap.. hilang rasa rindu nak makan Nasi Dagang Terengganu..so uoalls.. kalau nak mencuba.. boleh la scrool ke bawah untuk tengok resepi & cara nyer yep... 😃😃😃.



Nasi Dagang Terengganu

Resipi :
  • 16 pot beras wangi jasmine
  • 16 pot santan [anggaran 10 pot santan cair + 6 pot santan pekat (campur garam, lebihkan rasa masinnya sedikit + sedikit gula), supaya dapat rasa santannya yang lemak2 masin] - guna air yg telah di masak untuk perah santan.
  • 2 sudu teh halba
  • 8 ulas bawanh merah (hiris halus)
  • 1 setengah inci halia (hiris halus memanjang)
Cara:
  • Basuh beras hingga bersih.
  • Rendam beras lebih kurang 3 jam.
  • Selepas 3 jam toskan beras & kukus selama 30 minit (Nazra susunkan daun pandan pada lubang periuk kukusan supaya beras tak jatuh keluar apabila dimasukkan ke dalam kukusan).
  • Angkat nasi yang dikukus dan masukkan ke dalam besen besar & arong (gaul) dengan santan cair.
  • Masukkan dalam periuk kukusan semula dan kukus lagi selama setengah jam.
  • Angkat nasi yang dikukus kali ke-2 dan arong (gaul) sekali lagi dengan santan pekat. Tambahkan halba, bawang merah & halia. Arong (gaul) hingga semua bahan mesra dgn nasi.
  • Masukkan ke dalam bekas hidang dengan ditekan & dipadatkan nasi supaya halba, bawang merah & halia dapat masak dalam nasi yang dipadatkan tersebut.
  • Selesai & boleh dihidangkan bersama gulai ikan aye (ikan tongkol) & acar timun. 
Selamat menjamu selera & selamat mencuba :-)


Monday 14 November 2016

Meatball Bolognese Spaghetti

As Salam,

Mood nak memblog tiba-tiba pulak datang walaupun niat asalnya nak menulis 'review paper' untuk projek kajian Nazra... Terasa kekeringan perkataan nak membuat 'writing' mungkin sebab dah lama Nazra tak bukak jurnal... Huhu... Disebabkan semester ini Nazra tak ada apa-apa progress, jadi kenalah juga kuatkan semangat untuk menghantar kepada Supervisor sekurang-kurangnya satu kertas kajian walaupun hanya berkonsepkan 'review paper'. Mudah-mudahan 'review paper' yang bakal terhasil sebelum Nazra deliver baby bulan Disember nanti akan menjadi 'paper' yang baik dan cemerlang supaya dapat diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi, Insya allah. Uoalls tolong sama-sama doakan untuk Nazra yep... Thank you very much tau... Love uoalls walaupun Nazra tidak tahu siapa yang membaca entri Nazra nie... Apa-apa pun Nazra still nak ucapkan terima kasih....
Ok lah... entry kali ini Nazra nak share resepi Meatball Bolognese Spaghetti yang baru saja Nazra siapkan tengah hari tadi.... Disebabkan Nazra rasa macam tersuka pulak dengan rasanya... so, that's why lah Nazra ambil kesempatan untuk berkongsi resepinya di wall Nazra nie... Semoga uoalls dapatlah mencubanya pula nanti.... Meatball Bolognese Spaghetti version Nazra seperti di bawah... hurmmm... Tambahan sedikit kicap dalam resepi memang memberikan rasa yang lebih umphhh tau....
 


MEATBALL BOLOGNESE SPAGHETTI
(Hidangan untuk 2-3 orang)
RESEPI

Spaghetti:
  • Rebus spaghetti cukup untuk 2-3 orang makan bersama sedikit air, garam dan olive oil.
  • Setelah spaghetti kembang, tapis dan sejukkan.

Gravy:
8 ulas bawang putih*
1 sudu teh lada hitam*
2 sudu besar olive oil
200 g daging cincang
sedikit carrot (potong dadu)
sehelai daun bay
1/4 sudu teh oregano
6 sudu besar sos tomato (Nazra guna Kimball)
1 sudu teh kicap manis
2 sudu besar gula
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sekeping cheddar cheese
12 ketul meatball (Nazra guna Ramli Meatball) - goreng sekejap dalam minyak masak

Cara:
  • Blend / tumbuk bahan bertanda (*)
  • Panaskan frying pan. Masukkan olive oil.
  • Bila olive oil telah panas, masukkan bahan yang diblend / ditumbuk. Tumis hingga naik bau.
  • Tambahkan air, sos tomato, kicap dan daging kisar.
  • Apabila daging kisar nampak telah masak, masukkan meatball, carrot, oregano, daun bay, gula dan garam.
  • Masak hingga kuah sedikit pekat.
  • Masukkan cheddar cheese dan gaul rata.
  • Bila telah masak, boleh lah dihidang bersama spaghetti yang telah direbus sebelumnya.
SELAMAT MENCUBA!!! Terima kasih kerana sudi membaca entri Nazra kali ini. 

Friday 9 September 2016

Chocolate Cheese Lava Berhantu

As Salam,


Terlalu teringin merasa kek yang menjadi viral sekarang, maka terhasil jua lah Chocolate Cheese Lava yang dikatakan berhantu ini dari dapur basah Nazra.... Memang sedap tak terkata, lebih-lebih lagi jika dibiarkan semalaman di dalam peti ais.


Kebetulan pula, esok adik-adik Nazra ingin berkunjung ke sini, ke Teratak dDinNaz, jadi dapatlah mereka merasa kek dari air tangan kakaknya yang meletops ini...hihihi... Terima kasih Kak Azalita atas perkongsian resepi yang hebat ini.


CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU
Sumber : Azalita Masam Manis


KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

Bahan-bahan:
  • 1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus / gula castor
  • 2 biji telur Gred A
- Telur di pukul dengan wisk. Ketepikan.
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 sudu teh soda*
  • 1/2 sudu teh baking powder*
  • 1/4 sudu teh garam*
-Satukan semua bahan bertanda (*) dan ayak. Ketepikan.



Cara:

  • Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
  • Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
  • Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
  • Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...tutup api.
  • Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar.
  • Susun bekal aluminium dalam kukus
  • Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
  • Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak

Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese.



KRIM CHEESE

Bahan-bahan:
  • 250 gm Cheese
  • 500 ml UHT Whipping Cream
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh pes lemon (Nazra guna Sunquick)
Cara:
  • Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati.
  • Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul.


COKLAT LELEH (Resepi 1)

Bahan-bahan:
  • 250 gm coklat masakkan gelap
  • 250 ml UHT Whipping Cream
  • 1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
Cara:

  • Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
  • Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
  • Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
  • Biarkan coklat mencair
  • Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
  • Biarkan sejuk


COKLAT LELEH (Resepi 2)
* Nazra guna resepi ini
 
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan minyak jagung


Cara:
  • Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
  • Masak secara double boiler hingga mencapai kelikatan yang dikehendaki (coklat leleh menjadi berkilat)

  • Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya.
  • Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )

  • Ambil sedikit cheese (dalam 2 sudu besar)  dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
  • Kek yang telah di potong di letakkan cheese.
  • Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese.
  • Ratakan cheese di atasnya.
  • Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit.
  • Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh.
  • Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
  • Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.
  • Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit.
  • Sedia di nikmati.

SELAMAT MENCUBA!!! Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.... :-)