Salam,
Hi...Siapa suka western food? Dah hampir setahun jugak aku simpan gambar roasted chicken with mushroom gravy ni. Percaya tak? Roasted chicken nie adalah hasil tangan aku sendiri. Hehe...and...the taste is, ehmmm...marvellous!!!....Aku servedkan jugak roasted chicken nie dengan roasted potato dan steamed broccoli. Resepi? Owhh yeah...sesiapa yang berminat untuk mencuba, silalah scroll lagi ke bawah untuk dapatkan resepinya...sebelum tu, selamat menjamu mata dengan hidangan aku nih...hehehe....
OK...now...jom kita tengok resipinya,
ROASTED CHICKEN WITH MUSHROOM GRAVY
I/2 ekor ayam, dipotong menjadi quarter (saya suka ambil bahagian peha)
2 sudu besar madu
1 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar sos barbeque
1 labu bawang besar (dipotong 4)
2 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
2 inci kulit kayu manis*
2 biji kentang (potong memanjang)
Cara:
- Bersihkan ayam dan tos hingga kering
- Gaulkan madu, air limau dan sos barbeque
- Lumurkan ayam dengan bahan yang digaulkan dan perapkan selama 1 jam
- Masukkan bahan bertanda (*) dan bawang besar yang dipotong ke bawah kulit ayam
- Susun ayam dan kentang ke dalam Loyang tahan panas
- Bakar dalam oven selama 40 - 50 minit pada suhu 200 C
- Balikkan ayam setelah 30 minit dibakar di dalam oven
- Bakar lagi hingga masak
- Setelah masak susun ayam dan kentang ke dalam pinggan
- Tuang mushroom gravy ke atas ayam
MUSHROOM GRAVY
1/2 labu bawang besar bombay (dipotong dadu dengan halus)
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
1/2 tin mushroom soup (aku guna Campbell mushroom soap)
3 - 4 biji shitake dried mushroom (rendam dengan air panas, kemudian cincang halus bila mushroom sudah lembut)
1/2 cawan air rebusan ayam (aku ganti dengan kiub pati ayam - hanya pakai 1/4 bahagian daripada kiub)
1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula (mengikut kesesuaian rasa kerana mushroom soap dan kiub pati ayam sudah sedia masin)
Minyak untuk menumis
CARA
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.hingga berwarna keperangan
- Masukkan air rebusan ayam dan tunggu hingga mendidih
- Masukkan mushroom soap, mushroom cincang, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.
- Jika kuah agak cair, boleh masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
- Masukkan garam dan gula mengikut kesesuaian rasa.
- Bila kuah telah masak dan kelikatannya bersesuaian, bolehlah tuang ke atas ayam roasted tadi.
STEAMED BROCOLLI
Rebuskan broccoli dengan air.
Tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Bila sudah masak, angkat dan teruskan masukkan brokoli ke dalam air sejuk.
Toskan dan hidang bersama roasted chicken tadi ke dalam pinggan
Picitkan sos salad thousand island ke atas brokoli
**** 1/2 tin mushroom soap yang lebih tadi, bolehlah dimasak untuk dijadikan sup dan dihidang bersama garlic bread.
SELAMAT MENCUBA :-)
No comments:
Post a Comment