Thursday, 25 August 2016

Brokoli Goreng Celup Tepung

As Salam,


Kisah brokoli... Ada sesiapa yang tak suka? Rugi kalau uoalls tak suka sebab sayur brokoli rasanya tidak pahit seperti sayuran hijau yang lain malah rasanya lemak-lemak manis dan sedikit crunchy jika dikunyah malah kaya dengan pelbagai khasiat. Sesuai dimakan untuk semua peringkat umur daripada bayi, ibu mengandung hingga lah ke peringkat dewasa.

Tengok nie... Brokoli Goreng Celup Tepung versi Nazra.. Sedap uoalls... Rugi kalau tak cuba buat.. Boleh scroll ke bawah untuk tengok resepinya yep.. Sebelum tu... Nazra nak share info berkaitan manfaat brokoli bagi ibu hamil dan bayi dulu....


7 Manfaat Brokoli bagi Ibu Hamil dan Janin

Menurut Hamil.co.id, brokoli adalah salah satu daripada makanan yang dikenali sebagai "super food" kerana kandungan nutrisinya yang banyak dan sangat bermanfaat untuk kesihatan. 


Berikut adalah beberapa kandungan dalam brokoli yang diperlukan oleh ibu yang sedang hamil:

1. Omega 3 (21mg)

Kandungan ini sangat berguna bagi ibu yang sedang mengandung bagi mendapatkan bayi yang cerdas dan pintar. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengatur tekanan darah dan membuatnya stabil. Kandungan Omega 3 di dalam brokoli ini juga memiliki sifat anti inflasi serta anti alergi.

2. Folat (63 mcg)

Brokoli juga kaya dengan kandungan folat yang berfungsi menghindarkan bayi dari ancaman cacat organ otak, bahagian sumsum tulang belakang serta saraf. Secara khusus, manfaat folat bagi ibu hamil ini berfungsi penting dalampembelahan serta pertumbuhan sel. Selain bermanfaat bagi bayi, ia juga dapat menghasilkan sel darah merah kepada ibu hamil yang mana dapat menghindari ibu daripada mudah mendapat gangguan lelah dan kurang bertenaga yang sering mengganggu ibu hamil pada umumnya. 

3. Vitamin K dan Kalsium (105 mg)

Semasa tempoh kehamilan, ibu hamil akan mengalami kenaikan berat badan seiring dengan pembesaran bayi di dalam perut. Untuk menahan berat badan yang sedemikian, struktur tulang yang lebih kuat daripada biasa diperlukan di mana dapat diperolehi daripada Vitamin K dan Kalsium yang terdapat di dalam brokoli, yang dapat menambahkan kekuatan tulang dan menghindarkan daripada ancaman osteoporosis. Manfaat Vitamin K dan Kalsium ini juga sangat baik dalam merangsang pertumbuhan tulang, gigi serta melindungi sistem saraf bayi.

4. Kolin

Kolin terbukti dapat mengurangi kadar kortisol pada bayi sehingga mengurangkan kemungkinan terjadinya stress pada anak serta gangguan-gangguan fisik lain seperti diabetes dan kanser yang boleh terjadi ketika anak berganjak dewasa. Sementara itu, bagi ibu hamil, pengambilan brokoli didapati dapat menormalkan kadar gula dalam darah dan sangat disarankan diambil oleh ibu hamil yang mengidap diabetes ketika hamil.  

5. Kalsium (47 mg) Vitamin dan Mineral

Kalsium dalam brokoli secara khusus berguna bagi bayi untuk merangsang pertumbuhan tulang, gigi dan otot sejak awal kehamilan hingga kelahiran. Sementara itu, vitamin dan mineral dalam brokoli bermanfaat secara langsung bagi ibu kerana dapat mencerahkan rambut dan kulit sepanjang tempoh kehamilan.

6. Beta Karoten

Beta karoten berfungsi untuk mempertahankan sistem imun serta melindungi tubuh dari virus-virus penyakit yang berpotensi mengganggu kehamilan. 

7. Zat Besi (0.7 mg)

Brokoli kaya dengan zat besi yang salah satu fungsinya adalah menghindarkan anemia atau penyakit kekurangan darah di mana gangguan ini kerap berlaku ke atas ibu hamil. Gangguan lain yang sering dideritai oleh ibu hamil adalah sembelit yang mana dapat diatasi dengan pengambilan brokoli dalam diet seharian kerana brokoli adalah sayuran yang paling kaya serat (2.6 g), yang dapat melancarkan pencernaan dan menyeimbangkan metabolisme tubuh.

Sumber : 
http://hamil.co.id/nutrisi-ibu-hamil/makanan-sehat/manfaat-brokoli-bagi-ibu-hamil

Haaaa... Nampak tak? Bukan saja sedap pada rasa tapi banyak pulak khasiat yang ada pada sang brokoli nie... Rugi kalau tak masukkan dia dalam diet harian kita nih... huhu...

Sebenarnya, macam-macam menu boleh kita olah dengan sayuran brokoli nie. Contohnya, sup brokoli, brokoli bakar atau rebus, brokoli goreng bersama udang dan sos tiram dan macam-macam lagi.

Untuk entri kali nie, jom kita tengok resepi Brokoli Goreng Celup Tepung yep... Simple recipe but really tasty... Boleh buat kudapan untuk hidangan breakfast, minum petang atau disajikan dengan nasi putih... Sedap uoalls... Lemak-lemak gitu rasa dia...

Ok..jom kita layan Brokoli Goreng Celup Tepung versi Nazra nie... Resepinya.... Jenguk kat bawah yep...


BROKOLI GORENG CELUP TEPUNG

Bahan-bahan:

  • Brokoli 1 tangkai
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar bijan
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • Secubit serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara:
  • Potong brokoli mengikut bunganya.
  • Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, bijan, secubit serbuk kunyit dan air secukupnya sehingga mendapat adunan batter seperti tepung goreng pisang.
  • Perasakan dengan secubit garam dan gula.
  • Masukkan brokoli yang telah dipotong ke dalam adunan batter dan gaul hingga sebati.
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan hingga kekuningan.
  • Angkat dan bolehlah dihidang.

Sedap dimakan begitu sahaja, atau sedap juga jika dicicah bersama sos cili... Bergantung kepada citarasa uoalls...


SELAMAT MENCUBA!!!! Pastinya anak-anak yang tak menggemari sayur sebelum ini akan jatuh cinta dengan resepi kudapan ini...

Terima kasih kerana sudi membaca entri Nazra kali ini. :-)


Wednesday, 24 August 2016

Chocolate Brownies

As Salam,


Tanggal 21 Ogos setiap tahun...tarikh keramat buat Nazra dan Mr. husben tercinta. Satu memori indah yang tak mungkin akan luput dari ingatan. Pada jam 11.00 pagi, 21 Ogos 2004, di Teratak Solehah, Kuala Terengganu, rumah agam Ma & Abah Nazra, dengan sekali lafaz, Nazra sah bergelar isteri kepada Mr. Husben yang Nazra kenali sejak tahun 1996 ketika sama-sama membuat pengajian A-Level di Kolej MARA Banting, Selangor.  Agak panjang perkenalan kami sebelum diijabkabulkan, dengan pelbagai macam dugaan, namun jodoh yang telah di atur oleh Allah S.W.T sungguh cantik, walau agak lama untuk disatukan, namun akhirnya, jodoh tetap menjadi milik kami berdua, alhamdulillah.

Belanja muka berseri kat atas pelamin satu... hihihi... Jangan marah...


Tahun ini, sambutan anniversary kami hanya disambut di rumah sahaja, tetapi sambutan yang paling manis buat Nazra kerana dalam jangkamasa lebih kurang 3 bulan lagi, Nazra akan menghadiahkan mutiara paling indah dalam hidup Nazra kepada Mr.Husben. Semoga mutiara kami berdua ini membesar dengan sihat dan sempurna dan selamat dilahirkan dengan mudah nanti... Aamiin.. In Sya Allah. 12 tahun menunggu dengan beberapa episod keguguran, namun percaya pada janji Allah dan sentiasa berfikiran positif, alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan doa kami berdua untuk mempunyai zuriat daripada rahim Nazra sendiri. Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Doa jua Nazra panjatkan buat sahabat-sahabat Nazra yang masih menunggu... In Sya Allah... akan sampai masanya nanti sahabat-sahabatku, yang sentiasa dalam iringan doa Nazra.

Sempena anniversary kali ini, tiada kek yang gempak-gempak atau pulut kuning bersama rendang yang sedap untuk disajikan, namun cukup bermakna dengan penampilan Chocolate Brownies dihidangkan bersama Spaghetti Bolognese. Mr. Husben nampaknya sangat teruja dengan keharuman Chocolate Brownies ini sebaik sahaja ia keluar daripada oven yang resepinya Nazra cedok daripada website https://www.verybestbaking.com bertajuk Dark Chocolate Brownies. 5 bintang Nazra bagi kat resepi nie...hihihi... walaupun Nazra tak menggunakan jenama coklat yang sama seperti yang diberi di dalam resepi, (Nazra guna coklat jenama Selbourne)... dan mengurangkan jugak jumlah gula daripada satu cawan kepada 1/2 cawan... sebab macam boleh agak, resepi asal nie macam agak manis jugak.... huhu...So, kita kurangkan jumlah gula siap2 lah..hihi.

Ok lah... Dah panjang Nazra menulis... So...jom apa kata kita layan Chocolate Brownies pulak dengan resepinya bolehlah uoalls jengah kat website tertera tu yep atau kat bawah nie... Terima kasih atas resepi yang marvellous nie...


  • 1 2/3 cups (10-oz. pkg.) NESTLÉ® TOLL HOUSE® Dark Chocolate Morsels, divided - (Nazra guna Coklat Selbourne)
  • 1 cup granulated sugar - (Nazra guna 1/2 cawan)
  • 1/3 cup butter, cut into pieces
  • 2 tablespoons water
  • large eggs
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 3/4 cup all-purpose flour
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1/2 cup chopped walnuts or pecans (optional) - (Nazra guna kacang hazel)
Methods:

  • PREHEAT oven to 325º F. Grease 8-inch-square baking pan. Set aside 1/3 cup morsels.
  • HEAT 1 1/3 cups morsels, sugar, butter and water in small saucepan over low heat, stirring constantly, until chocolate and butter are melted. Pour into medium bowl. Stir in eggs, one at a time, with wire whisk until blended. Stir in vanilla extract. Add flour and salt; stir well. Stir in remaining 1/3 cup morsels and nuts. Pour into prepared baking pan.
  • BAKE for 38 to 40 minutes or until wooden pick inserted in center comes out slightly sticky. Cool in pan on wire rack. Cut into bars.

Ok... SELAMAT MENCUBA!!!! Terima kasih kerana sudi membaca entri Nazra kali ini... :-)

Tuesday, 23 August 2016

Butter Prawn

As Salam,


Butter Prawn in the house... hihi... Hari ini Mr.Husben belikan udang dan request Nazra masakkan butter prawn. Senang aje nak masaknyer.. Bahan semua pun dah ready kat dapur basah Nazra ni. Mr. Husben pulak tolong basuhkan udang.

Alhamdulillah.. sejak Nazra pregnant nie, semua kerja rumah Mr. Husben yang uruskan, masak-memasak pun sebelum nie Mr. Husben yang buat, tapi sejak kandungan masuk 5 bulan lebih, Nazra dah rasa agak kuat, so Nazra turunlah ke dapur untuk masakkan apa yang kami berdua rasa nak makan ditolongi Mr.Husben. Terima kasih Sayang....

So, tak nak cerita panjang sebab Nazra cepat merasa pening sekarang nie... itu sebablah blog nie dah lama sesangat Nazra tak update... huhu... So, jom kita layan Butter Prawn Cinta Hati Nazra nie....




Butter Prawn

Bahan-Bahan:

  • 12 ekor udang
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 batang daun kari
  • 1 biji cili api merah (potong halus) - bilangan cili bergantung kepada tahap kepedasan uoalls..
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu tepung jagung
  • 3 1/2 sudu butter
  • 1/4 tin susu cair
  • 2 sudu minyak masak
  • secubit garam
Cara:
  • Gaul udang bersama lada sulah, telur, tepung jagung dan secubit garam. 
  • Perapkan selama 15 minit.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak bersama 1 1/2 sudu butter.
  • Goreng udang yang diperap tadi dengan minyak dan butter tersebut.
  • Selepas udang masak, angkat dan ketepikan.
  • Bersihkan kuali, panaskan kuali kembali dengan lebihan butter yang masih belum digunakan.
  • Masukkan bawang putih cincang, daun kari dan cili padi merah. Biarkan seketika hingga bawang dan daun kari berbau wangi.
  • Kecilkan api dan masukkan susu cair. Kacau sentiasa sehingga susu menggelegak.
  • Besarkan api dan terus mengacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  • Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
  • Perasakan dengan secubit garam.
  • Jika kuah telah likat, bolehlah diangkat.
  • Hidang bersama nasi panas atau boleh juga dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA!!! Terima kasih kerana sudi membaca enti Nazra kali ini. :-)


Thursday, 7 April 2016

SANDWIC SARDIN

As Salam,


Alhamdulillah dapat bersua lagi hari nie dgn sweetkurma-sk setelah lama juga Nazra menyepi daripada membuka blog Nazra nie. Sejak bertukar status menjadi pelajar semula, rutin harian menjadi lebih sibuk dan kepala jugak terasa agak berat... Banyak yang perlu difikir rupanya, namun Alhamdulillah, terima kasih atas rezeki kurniaan Allah ini kerana memberi Nazra peluang dan pengalaman berjihad di jalan Allah ini, mencari ilmu baru yang tak semua orang mampu perolehinya. 

Dua minggu lebih Nazra memerah otak dan berdiskusi dengan supervisor Nazra untuk menghasilkan proposal baru bagi menjalinkan kajian kolaborasi bersama UKM dan Syarikat HPMT yang secara hakikinya akan menjadi kajian Nazra selama tempoh 3 tahun ini. Supervisor Nazra, Prof. Dr Jaharah A. Ghani, seorang supervisor yang sangat baik, sangat komited dengan kerja dan sentiasa bertindak dengan pantas dengan kerja beliau, juga seorang yang sangat 'helpful' dengan pelajar-pelajar beliau. Alhamdulillah, Nazra diketemukan dengan beliau. Rasa sangat senang bekerjasama dengan beliau walaupun setiap perkara perlu dilakukan dengan cepat. Pagi tadi, alhamdulillah Nazra telah berjaya menghantar proposal tersebut kepada beliau untuk dinilai dan diperbaiki andai ada kekurangan dengan proposal tersebut. Sekarang ini, sambil menunggu feedback daripada Prof, bukak la kejap Sweetkurma SK, update apa yang patut kan sebab dah lama sangat tak jenguk dia...kot nanti merajuk pulak SK Nazra nie...hihihi...
 
Ok lah...berbalik kepada masak apa kita hari nie? Uhmmm... Sandwic sardin yang simple aje, hidangan breakfast Nazra bersama Mr. Husben di pagi Sabtu lepas. So, kalau uoalls nak cuba dipersilakan... sebab resepi Nazra nie ringkas aje, yang penting Mr. Husben suka... hihihi...
 
SANDWIC SARDIN
 
Bahan-bahan:
 
1 tin besar sardin (Nazra guna cap King Cup)
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
2 sudu besar sos cili (Nazra guna jenama life)
sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos salad coleselaw / mayonis
sedikit daun sup
 
Cara:
  • Blend atau tumbuk bahan bertanda (*).
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang diblend/ditumbuk hingga kekuningan.
  • Tuangkan sardine bersama sos nya sekali.
  • Masukkan sos cili life dan air asam jawa.
  • Perasakan dengan garam.
  • Tutup api dan keluarkan ikan sardine daripada kuahnya.
  • Hancurkan ikan sardin tersebut seperti gambar di bawah, tambahkan satu sudu besar sos salad coleslaw/mayonis, daun sup yang dicincang halus dan sedikit kuah sardin tadi.
  • Gaul sebati.
  • Potong bahagian tepi roti yang keras.
  • Potong lagi roti membentuk segitiga.
  • Sudukan sardine hancur tadi ke atas satu bahagian roti.
  • Tekupkan sardine hancur dengan sebahagian lagi roti.

Tadaa.... dan inilah hasilnya... Nyum2... Simple but delightful...


SELAMAT MENCUBA!!! Dan terima kasih kerana sudi membaca entri Nazra kali ini.  :-)