As Salam,
Untuk resepi, jom kita check kat bawah sini. Untuk lihat step-by-step bagaimana cara sebenar menghasilkan Nasi Beriani Pakistan sebegini, bolehlah uoallz klik di SINI
Penyediaan Nasi:
Nasi Beriani Pakistan dah muncul kat atas meja makan!!! Yeah... Sedapnyer tak terkata... Di saji bersama Kurma Kambing... Wow.. Meletops gitu... Terima kasih Kak Azie Kitchen kerana kongsikan resepi ni kepada semua dan Nazra mohon untuk share kat sini pulak yep... Terima kasih.
Biasanya kalau buat Nasi Beriani, Nazra just guna rempah Nasi Beriani yang ready made... Sedap jugak sebenarnya, cuma untuk Nasi Beriani Pakistan nie, rasanya lebih mewah dan istimewa kerana semua rempah perlu disedia dan diblendkan sendiri... Walau apa pun... yang pasti...berbaloi sangat-sangat sebab memang special dan sedap daripada kebiasaan yang Nazra pernah buat menggunakan rempah beriani ready made... Jadi tak rugi untuk mencuba resepi nie uoallz... Ada waktu dan ketika... untuk hari-hari yang istemewa, Nazra akan teruskan menggunakan resepi ini, insya allah...
Juadah yang disediakan sempena Hari Raya Aidilfitri 1437H baru-baru ini bersama Mr.Husben, memandangkan yang kami tidak dapat balik beraya di kampung.... disebabkan masalah Nazra yang tidak boleh travel jauh kerana kandungan masih awal ketika itu dan pernah mengalami beberapa kali keguguran, jadi mengikut nasihat dan saranan doktor, kami hanya beraya berdua di teratak kami, Teratak dDinNaz... tapi seronok jugak sebab kali ini mendapat ramai kunjungan daripada adik beradik sebelah Nazra dan Mr.Husben juga sepupu Nazra yang kebetulan memang tinggal di Perak ini juga... Alhamdulillah...
Teruja tengok accessories yang ditabur ke atas Nasi Beriani Pakistan nie.. Uhmmm... sebenarnya, ini kejadian sebelum nasi digaul rata... Cara membuat Nasi Beriani Pakistan ini adalah, kita perlu meletakkan nasi diselang seli dengan aksesorinya ketika dimasak di dalam periuk. Untuk lebih memahaminya, bolehlah kita jenguk cara membuat nasi ini di bawah sinun... hihihi...
Teruja tengok accessories yang ditabur ke atas Nasi Beriani Pakistan nie.. Uhmmm... sebenarnya, ini kejadian sebelum nasi digaul rata... Cara membuat Nasi Beriani Pakistan ini adalah, kita perlu meletakkan nasi diselang seli dengan aksesorinya ketika dimasak di dalam periuk. Untuk lebih memahaminya, bolehlah kita jenguk cara membuat nasi ini di bawah sinun... hihihi...
Ini adalah rupa Nasi Beriani Pakistan yang telah digaul rata... dan dah boleh dimakan.... owhhhh... terasa-rasa kesedapan nasi ini di mulut Nazra waktu nie... huhuuhu....
Terasa sedikit terkilan kerana Nazra tak sempat nak mengambil gambar step-by-step daripada awal, bagaimana untuk menyediakan nasi ini sehingga kejadiannya berakhir dengan kesempurnaan... Hihi... Cheeewwaahhh...
Telur rebus sebagai aksesori dalam hidangan Nasi Beriani Pakistan ini memang membuatkan hidangan nasi ini menjadi lebih istimewa dan ummpphhhh... Seriuosly sedap... Lain daripada nasi beriani yang biasa kita makan....
Nasi Beriani Pakistan
Sumber: Azie Kitchen
Bahan bahan:
- 5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
- 1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
- 4 kuntum bunga lawang
- 2 inci kayu manis
- 8 buah pelaga
- 10 bunga cengkih
- 1 sb serbuk ketumbar
- 1 sb serbuk jintan manis
- 1 sb serbuk jintan putih
- 1 sk serbuk kunyit
- 3 bawang besar – potong dadu
- 5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
- 2 labu bawang putih – tumbuk
- 3 inci halia – tumbuk
- 1 ½ cawan yoghurt
- 2 bay leave
- Minyak olive
- 4 biji telur – rebus, kupas & kelar
- 4 biji kentang kecil – kupas & rebus
- ½ cawan susu (optional)
- Saffron & pewarna kuning
Hiasan
- Bawang goreng
- Daun ketumbar – hiris
- 4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
- Daun mint
- Badam & kismis, jika suka
Penyediaan Ayam:
- Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
- Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
- Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
- Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
- Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
Penyediaan Nasi:
- Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
- Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
- Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:
- Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
- Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
- Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.
- Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan ayam tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
- Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
- Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
- Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
- Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Sedap dihidang bersama salad dan sos yoghurt juga kurma kambing. Untuk resepi kurma kambing, nanti Nazra sharekan kemudian yep...
Salad
- Lettuce
- Tomato
- Bawang besar
- Timun – buang biji
- Green bell pepper
- Garam & gula
- Minyak olive
- Perahan lemon
- Daun ketumbar
- Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
Sos Yoghurt
- Yoghurt
- Bawang besar – potong bulat
- Daun ketumbar - hiris halus
- Garam
- Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.
SELAMAT MENCUBA!!! Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini :-)
No comments:
Post a Comment