Friday, 9 September 2016

Chocolate Cheese Lava Berhantu

As Salam,


Terlalu teringin merasa kek yang menjadi viral sekarang, maka terhasil jua lah Chocolate Cheese Lava yang dikatakan berhantu ini dari dapur basah Nazra.... Memang sedap tak terkata, lebih-lebih lagi jika dibiarkan semalaman di dalam peti ais.


Kebetulan pula, esok adik-adik Nazra ingin berkunjung ke sini, ke Teratak dDinNaz, jadi dapatlah mereka merasa kek dari air tangan kakaknya yang meletops ini...hihihi... Terima kasih Kak Azalita atas perkongsian resepi yang hebat ini.


CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU
Sumber : Azalita Masam Manis


KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

Bahan-bahan:
  • 1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus / gula castor
  • 2 biji telur Gred A
- Telur di pukul dengan wisk. Ketepikan.
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 sudu teh soda*
  • 1/2 sudu teh baking powder*
  • 1/4 sudu teh garam*
-Satukan semua bahan bertanda (*) dan ayak. Ketepikan.



Cara:

  • Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
  • Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
  • Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
  • Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...tutup api.
  • Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar.
  • Susun bekal aluminium dalam kukus
  • Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
  • Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak

Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese.



KRIM CHEESE

Bahan-bahan:
  • 250 gm Cheese
  • 500 ml UHT Whipping Cream
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh pes lemon (Nazra guna Sunquick)
Cara:
  • Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati.
  • Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul.


COKLAT LELEH (Resepi 1)

Bahan-bahan:
  • 250 gm coklat masakkan gelap
  • 250 ml UHT Whipping Cream
  • 1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
Cara:

  • Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
  • Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
  • Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
  • Biarkan coklat mencair
  • Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
  • Biarkan sejuk


COKLAT LELEH (Resepi 2)
* Nazra guna resepi ini
 
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan minyak jagung


Cara:
  • Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
  • Masak secara double boiler hingga mencapai kelikatan yang dikehendaki (coklat leleh menjadi berkilat)

  • Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya.
  • Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )

  • Ambil sedikit cheese (dalam 2 sudu besar)  dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
  • Kek yang telah di potong di letakkan cheese.
  • Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese.
  • Ratakan cheese di atasnya.
  • Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit.
  • Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh.
  • Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
  • Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.
  • Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit.
  • Sedia di nikmati.

SELAMAT MENCUBA!!! Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.... :-)

Thursday, 1 September 2016

Nasi Mewah Beriani Pakistan

As Salam,


Nasi Beriani Pakistan dah muncul kat atas meja makan!!! Yeah... Sedapnyer tak terkata... Di saji bersama Kurma Kambing... Wow.. Meletops gitu... Terima kasih Kak Azie Kitchen kerana kongsikan resepi ni kepada semua dan Nazra mohon untuk share kat sini pulak yep... Terima kasih.

Biasanya kalau buat Nasi Beriani, Nazra just guna rempah Nasi Beriani yang ready made... Sedap jugak sebenarnya, cuma untuk Nasi Beriani Pakistan nie, rasanya lebih mewah dan istimewa kerana semua rempah perlu disedia dan diblendkan sendiri... Walau apa pun... yang pasti...berbaloi sangat-sangat sebab memang special dan sedap daripada kebiasaan yang Nazra pernah buat menggunakan rempah beriani ready made... Jadi tak rugi untuk mencuba resepi nie uoallz... Ada waktu dan ketika... untuk hari-hari yang istemewa, Nazra akan teruskan menggunakan resepi ini, insya allah... 

Juadah yang disediakan sempena Hari Raya Aidilfitri 1437H baru-baru ini bersama Mr.Husben, memandangkan yang kami tidak dapat balik beraya di kampung.... disebabkan masalah Nazra yang tidak boleh travel jauh kerana kandungan masih awal ketika itu dan pernah mengalami beberapa kali keguguran, jadi mengikut nasihat dan saranan doktor, kami hanya beraya berdua di teratak kami, Teratak dDinNaz... tapi seronok jugak sebab kali ini mendapat ramai kunjungan daripada adik beradik sebelah Nazra dan Mr.Husben juga sepupu Nazra yang kebetulan memang tinggal di Perak ini juga... Alhamdulillah...

Teruja tengok accessories yang ditabur ke atas Nasi Beriani Pakistan nie.. Uhmmm... sebenarnya, ini kejadian sebelum nasi digaul rata... Cara membuat Nasi Beriani Pakistan ini adalah, kita perlu meletakkan nasi diselang seli dengan aksesorinya ketika dimasak di dalam periuk. Untuk lebih memahaminya, bolehlah kita jenguk cara membuat nasi ini di bawah sinun... hihihi...


Ini adalah rupa Nasi Beriani Pakistan yang telah digaul rata... dan dah boleh dimakan.... owhhhh... terasa-rasa kesedapan nasi ini di mulut Nazra waktu nie... huhuuhu....



Terasa sedikit terkilan kerana Nazra tak sempat nak mengambil gambar step-by-step daripada awal, bagaimana untuk menyediakan nasi ini sehingga kejadiannya berakhir dengan kesempurnaan... Hihi... Cheeewwaahhh...



Telur rebus sebagai aksesori dalam hidangan Nasi Beriani Pakistan ini memang membuatkan hidangan nasi ini menjadi lebih istimewa dan ummpphhhh... Seriuosly sedap... Lain daripada nasi beriani yang biasa kita makan....

Untuk resepi, jom kita check kat bawah sini. Untuk lihat step-by-step bagaimana cara sebenar menghasilkan Nasi Beriani Pakistan sebegini, bolehlah uoallz klik di SINI


Nasi Beriani Pakistan
Sumber: Azie Kitchen


Bahan bahan:


  • 5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
  • 1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kayu manis
  • 8 buah pelaga
  • 10 bunga cengkih
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 3 bawang besar – potong dadu
  • 5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
  • 2 labu bawang putih – tumbuk
  • 3 inci halia – tumbuk
  • 1 ½ cawan yoghurt
  • 2 bay leave 
  • Minyak olive
  • 4 biji telur – rebus, kupas & kelar
  • 4 biji kentang kecil – kupas rebus  
  • ½ cawan susu (optional)
  • Saffron & pewarna kuning

Hiasan

  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar – hiris
  • 4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
  • Daun mint
  • Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Ayam:

  • Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
  • Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
  • Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 
  • Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  • Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:


  • Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
  • Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
  • Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:

  • Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
  • Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
  • Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 
  • Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan ayam tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
  • Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
  • Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
  • Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 
  • Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Sedap dihidang bersama salad dan sos yoghurt juga kurma kambing. Untuk resepi kurma kambing, nanti Nazra sharekan kemudian yep...

Salad

  • Lettuce
  • Tomato
  • Bawang besar 
  • Timun – buang biji
  • Green bell pepper
  • Garam & gula
  • Minyak olive
  • Perahan lemon
  • Daun ketumbar

  • Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Sos Yoghurt

  • Yoghurt
  • Bawang besar – potong bulat
  • Daun ketumbar - hiris halus
  • Garam

  • Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

SELAMAT MENCUBA!!! Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini :-)