Monday, 8 September 2014

BBQ AYAM

As-Salam,

Aktiviti malam minggu bersama Mr.Husben tersayang... Buat BBQ berdua aje... tapi seronok gitu sebab macam dah lama sangat kot tak buat BBQ kat rumah nie... Menu BBQ kami ialah ayam, sedikit daging dan sotong... Memang berbaloi!!! Hahaha... Aku tak snap banyak gambar sebab sibuk layan api sama-sama ngan my Mr. Husben... So...nie lah aje picture yang dapat dikongsi di wall ini...ehmmm....
 


 
Ini salah satu si cutie kami... Aisykewim... ngah tunggu ayam BBQ siap dibakar... hehehe... tak sabar nak tunggu tulang ayam katanya....
 
 
BBQ AYAM

Bahan-bahannya:

10 ketul ayam
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1cm halia*
1cm lengkuas*
2 batang serai*
1/2 sudu kecil jintan manis*
1/2 sudu kecil ketumbar*
1/2 sudu kecil lada hitam*
1/2 sudu kecil rosemary*
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar madu
3 sudu besar sos BBQ
2 sudu besar olive oil
1sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

Cara :
  • Masukkan kesemua bahan yang bertanda (*) bersama  madu, sos BBQ, olive oil, kicap manis dan garam ke dalam blender.
  • Blendkan sehingga hancur. Jangan tambahkan air ketika memblend bahan-bahan di atas.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk dan tambahkan serbuk cili dan sebatikan dengan bahan yang diblend tadi.
  • Masukkan ayam dan gaul sebati.
  • Perapkan ayam selama 3 jam. Lebih sedap jika ayam diperap semalaman.
  • Kemudian bakar. Ketika membakar, sapukan ayam menggunakan serai yang telah diketuk.

Bahan Sapuan Ayam Ketika Membakar:
  • Ambil 5 sudu besar bahan perapan ayam, campurkan  dengan 1 sudu besar sos BBQ, 1 sudu besar olive oil dan 1 sudu besar madu.
  • Sapukan ke atas ayam menggunakan serai yang telah diketuk ketika ayam sedang dibakar.
Hidangkan dengan sos cili dan wallah... sedap sangat!! Pada tekak kami lah... hehehe... dan....

SELAMAT MENCUBA!!!
 

Sunday, 7 September 2014

BISKUT FLOUERENTINE

As-Salam,

Bersua lagi kita... hari ini nak cerita pasal cookies yang namanya Flourentine... yang penuh dengan kandungan badam dan kuaci... wallah... marvellous gitu sebab aku nie peminat badam dan kuaci.
 
Uoalls tau tak apa khasiat yang ada dalam badam? Badam dapat membatu membakar lemak dalam badan kita tau sekaligus membantu menurunkan berat badan. Ini adalah hasil daripada kajian yang telah diterbitkan oleh International Journal of Obesity.

Menurut penyelidikan berkenaan, pengambilan satu genggam badam setiap hari bersama menu diet sihat dapat membantu membakar 18% lebih banyak lemak berbanding kategori diet yang tak makan badam. 
 
Dalam satu kajian lain pula, dikatakan bahawa badam juga dipercayai membantu menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) sehingga 12%. Jadi, badam baik untuk jantung selain membantu membakar lemak.
 
Tapi...kalau uoalls makan badam dalam flourentine nie... kurang membantu la jugakkan sebab dah bercampur ngan gula...sweetie gitu...yang eloknya makan badam kosong jer..Haaa.... Tengoklah flourentine aku nie... mmmmm....
 

Apa pulak khasiat kuaci? Kuaci adalah sumber vitamin E, yang berfungsi sebagai antioksidan, yang dapat melawan radikal bebas dan mengurangi risiko kolesterol. Anti-inflamasi di dalam kandungan kuaci pula dapat mengurangi risiko penyakit asma dan penyakit yang berkaitan dengan peradangan. Kandungan kuaci juga terdiri daripada folat, yang membantu dalam pembentukan DNA dan RNA, juga selenium yang berguna untuk memperbaiki DNA dan juga membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser.
 
Haa...nampaknya kuaci pun bagus untuk kita amalkan memakannya kan? Nak senang...beli jer kuaci yang dah siap dikupas... hahaha... Biasanya kedai yang menjual produk2 makanan Arab... banyak dijual kuaci dan badam yang dah siap diproses nie... Senang... masuk mulut dan telan jer... hehehe...
 

 
So...kalau uolls berminat... try lah buat... senang bebenor... sekelip mata jer siap... hahaha... nie lah resepinya...
 
BISKUT FLOURENTINE
 
Bahan-bahannya:
 
250g almond flake + kuaci hijau + kuaci putih
150g Bee Sting Mix (Tepung Flourentine)
Sedikit bijan hitam
Perchment paper
 
Cara:
 
  • Tuangkan 250g campuran almond flake, kuaci hijau dan kuaci putih  bersama dengan 150g tepung Bee Sting Mix (tepung flourentine) ke dalam mangkuk dan sebatikan bersama.
  • Letakkan parchment paper yang dipotong lebih besar daripada saiz dulang ke atas dulang pembakar yang bersaiz 4 segi.
  • Ratakan bancuhan tepung flourentine dan almond flake ke atas parchment paper, anggaran tebal dalam 3mm.
  • Taburkan bijan hitam ke atas permukaan bancuhan flourentine yang telah diratakan.
  • Bakar pada suhu 160C untuk 12 minit atau hingga flourentine bertukar warna menjadi kuning keemasan.
  • Keluarkan dari oven dan dengan cepat, potong menggunakan pisau pemotong pizza mengikut saiz yang disukai. 
p/s : Flourentine perlu dipotong ketika masih panas, jika tidak ia akan pecah jika dipotong ketika ia telah sejuk.
 
SELAMAT MENCUBA!!! 

Tuesday, 2 September 2014

JEMPUT-JEMPUT BAWANG CINTA HATI

As-Salam,

Apa khabar uoalls hari ini? Doaku pagi ini mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dari Allah...dan sentiasa berada di bawah lindunganNya serta terhindar dari azab api neraka...Amien...

Ok lah...hari ini just nak share a simple recipe favourite aku dari dulu, kini dan selamanya... Terimalah...jemput-jemput bawang... Sangat sesuai untuk adik2 yg baru nak belajar masak...cuma kena hati2 dengan minyak panas tika menggorengnya..



Resipi:

2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air
1/2 sudu besar majerin
1 biji bawang besar (hiris nipis)
1 biji telur
1 batang daun sawi (hiris halus)
sejemput ikan bilis kecil (aku guna ikan bilis mata biru)
1/2 batang cili merah (potong dadu halus)
secubit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
  • Satukan air, majerin, telur, bawang besar, daun sawi, cili merah, serbuk kunyit, ikan bilis, garam dan gula ke dalam satu bekas.
  • Kacau dengan menggunakan sudu atau senduk supaya semuanya sebati.
  • Campurkan tepung gandum dan kacau lagi hingga bancuhan sempurna.
  • Panaskan minyak masak.
  • Goreng hingga kekuningan.

SELAMAT MENCUBA!!!