As Salam,
Nasi Dagang Terengganu
Resipi :
Alhamdulillah.. tanggal 23 Jun 2019 bersamaan 18 Syawal 1440H yang lepas, Nazra & keluarga berkesempatan menjemput sahabat2 di tempat kerja Nazra untuk datang ke rumah, sebagai jamuan hari raya kecil-kecilan. Antara menu yang Nazra hidangkan dan mendapat permintaan dari sahabat2 apabila setiap kali jamuan raya di rumah Nazra adalah nasi dagang dan semestilah nasi dagang yang Nazra buat adalah Nasi Dagang Terengganu.. hihi.. disebabkan Nazra ni asalnya dari Terengganu lah kan. Feedback daripada sahabat2.. alhmdulillah.. buat hati rasa bersyukur sebab mereka cakap nasi dagang Nazra sedap.. ada yang cakap.. hilang rasa rindu nak makan Nasi Dagang Terengganu..so uoalls.. kalau nak mencuba.. boleh la scrool ke bawah untuk tengok resepi & cara nyer yep... 😃😃😃.
Nasi Dagang Terengganu
Resipi :
- 16 pot beras wangi jasmine
- 16 pot santan [anggaran 10 pot santan cair + 6 pot santan pekat (campur garam, lebihkan rasa masinnya sedikit + sedikit gula), supaya dapat rasa santannya yang lemak2 masin] - guna air yg telah di masak untuk perah santan.
- 2 sudu teh halba
- 8 ulas bawanh merah (hiris halus)
- 1 setengah inci halia (hiris halus memanjang)
- Basuh beras hingga bersih.
- Rendam beras lebih kurang 3 jam.
- Selepas 3 jam toskan beras & kukus selama 30 minit (Nazra susunkan daun pandan pada lubang periuk kukusan supaya beras tak jatuh keluar apabila dimasukkan ke dalam kukusan).
- Angkat nasi yang dikukus dan masukkan ke dalam besen besar & arong (gaul) dengan santan cair.
- Masukkan dalam periuk kukusan semula dan kukus lagi selama setengah jam.
- Angkat nasi yang dikukus kali ke-2 dan arong (gaul) sekali lagi dengan santan pekat. Tambahkan halba, bawang merah & halia. Arong (gaul) hingga semua bahan mesra dgn nasi.
- Masukkan ke dalam bekas hidang dengan ditekan & dipadatkan nasi supaya halba, bawang merah & halia dapat masak dalam nasi yang dipadatkan tersebut.
- Selesai & boleh dihidangkan bersama gulai ikan aye (ikan tongkol) & acar timun.
Selamat menjamu selera & selamat mencuba :-)