Friday 4 April 2014

KONVOKESYEN KE 43 PUO

Salam,

Berakhir sudah Majlis Konvokesyen ke-43 Politeknik Ungku Omar (PUO) pada 2-3 April 2014 bermakna berakhir jugalah tanggungjawab yang aku pegang dalam majlis konvokesyen kali ini. Terima kasih ya Allah kerana telah memilih aku untuk menjadi seorang pendidik. Alhamdulillah. Hati terasa berbunga-bunga bila dapat berjumpa kembali anak2 didik aku yang aku anggap seperti adik-adik aku. Bersalaman (dengan girl aje lah), bertanya khabar, further study atau dah kerja... dan tahniah.. itulah soalan dan ucapan yang keluar dari mulut aku untuk x-students aku yang datang berjumpa aku semalam. Melihat kejayaan mereka, aku merasa gembira dan terharu... dan ada rasa some kind of satisfaction dalam diri... Alhamdulillah... students aku berjaya... Aku doakan mereka akan terus berjaya di masa hadapan.. bukan sahaja di dunia, malah di akhirat jua.


 
Kawan-kawan lama adalah emas,
Kawan-kawan baru adalah berlian,
Jika anda mendapat sebutir berlian,
Jangan lupa emas tersebut,
Kerana untuk memegang sebutir berlian,
Anda sentiasa memerlukan tapak emas.
~~~ Ustaz Zahazan ~~~
 
TAHNIAH SEMUA!!!
 

No comments:

Post a Comment