Tuesday 29 October 2013

Cek Mek Molex Gula Merah

 
Salam...
 
Ini lah kuih cek mek molex aku yang berjaya aku hasilkan weekend yang lepas untuk breakfast bersama hubby, menggunakan keledek yang di beli di Cameron Highlands last two weeks. Menggunakan kaedah yang sama seperti menghasilkan kuih keria, dan inilah hasilnya..tadaaaaa....
 


Kesimpulan yang aku dapat daripada kuih keria dan cek mek molex ialah...
keria gula halus vs. cek mek molex = gula di luar vs. gula di dalam
Dua rasa kuih yang berbeza walaupun menggunakan bahan yang sama...hebatnya kuih tradisional melayu...

Untuk mencubanya, bolehlah klik link berikut KERIA GULA HALUS, tetapi bentuknya perlulah diubah daripada bentuk donut kepada bentuk panjang bulat dan diisi inti gula ke dalamnya...

SELAMAT MENCUBA :-)


Monday 28 October 2013

Murtabak Cinta Hati with Cheese Topping

 
Salam,
 
Rasa meleleh tengok cheese tuh...hehe..idea masakan nie adalah daripada hubby dan dimasak sepenuhnya oleh hubby menggunakan bahan2 yg dah sedia ada dalam ice box...puncanya sebab malam2 buta perut berbunyi-bunyi...laparlah kan...huhu..
 
Tak tau nak kategorikan masakan nie ape..but then hubby kata murtabak...ehmmm ok...saya setuju aje...boleh lah...so jadilah dia murtabak cinta hati with cheese topping...yeaaahhhh!!!!

 
 
Look gorgeous with cheese at the top...yummy!!!
 


Bahan-bahan yang digaul sebelum ianya di masukkan ke dalam pan...Antara bahan yang hubby letak dalamnya adalah...bawang besar, minced beef, breaded crab drumstick, telur, sliced cheese dan sedikit garam...lepas tu goreng dengan sedikit minyak atas pan...bila dah hampir masak, top up kan kat atasnya dengan one slice of cheese...meleleh gitu...


Murtabak cinta hati with cheese topping rekaan hubby aku dah ready to be eaten...tak sangka the taste is going to be marvellous sampaikan esoknya hubby masak lagi sekali untuk kami ...thanks my dear for the great recipe...

Saturday 26 October 2013

Keria Gula Halus for Lite Breakfast

Salam,

Hari nie nak cerita pasal kuih keria. This is the second time ever in my life buat kuih keria. Yang seronoknya kali nie berjaya setelah percubaan pertama membuatnya beberapa tahun lepas gagal...huhu.....lamanya!!!

Sebenarnya kat rumah ada keledek yang dibeli di Cameron Highlands last week... Fikir punya fikir apa nak dibuat dengan keledek tuh...akhirnya pagi tadi dapatlah idea untuk buat kuih keria for a lite breakfast bersama hubby sebelum hubby ke kelas masternya....risau jugak pada mulanya...kot2 la tak menjadi tapi bila dah membentukknya, menggorengnya, menggaulnya dengan gula dan memakannya...uh uh uh...yesss!!! Berjaya...yeaaa...dan bila tengok hubby makan dengan seronoknya....my feeling inside is GREAT!!! Alhamdulillah...

Kat bawah nie adalah gambar-gambar kuih keria aku...Ok tak?

                                                       
Kuih keria gula halus for a lite breakfast. Sesiapa sahaja mampu membuatnya kerana sangat senang menghasilkannya...asalkan rajin dan ada minat...then everything we do will be going smoothly, insya'allah.



Ini adalah resepi untuk kuih keria aku...Feel free to have a look and try...

KERIA GULA HALUS

3 biji keledek manis
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
gula halus


Cara :
  • Basuh ubi keledek, buang kulitnya dan rebus hingga empuk. Masukkan sedikit garam semasa merebus ubi tadi.
  • Bila ubi telah empuk, angkat dan toskan.
  • Lenyekkan ubi menggunakan senduk hingga hancur.
  • Masukkan tepung gandum hingga adunan tidak melekat di tangan. Pastikan adunan lembut - lembut sahaja.
  • Jika adunan agak tawar, boleh perisakan dengan sedikit garam.
  • Bentukkan adunan seperti donut.
  • Gorengkan hingga berwarna keperangan.
  • Angkat dan taburkan dengan gula halus
  • Hidang bersama minuman kegemaran...pasti memukau....

SELAMAT MENCUBA!!! :-)

Saturday 12 October 2013

Roasted chicken with mushroom gravy

 

Salam,
 
Hi...Siapa suka western food? Dah hampir setahun jugak aku simpan gambar roasted chicken with mushroom gravy ni. Percaya tak? Roasted chicken nie adalah hasil tangan aku sendiri. Hehe...and...the taste is, ehmmm...marvellous!!!....Aku servedkan jugak roasted chicken nie dengan roasted potato dan steamed broccoli. Resepi? Owhh yeah...sesiapa yang berminat untuk mencuba, silalah scroll lagi ke bawah untuk dapatkan resepinya...sebelum tu, selamat menjamu mata dengan hidangan aku nih...hehehe....
 



Roasted chicken with mushroom gravy,
garlic bread with mushroom soup dan air oren


marvellous gravy...yummy yummy


OK...now...jom kita tengok resipinya,

ROASTED CHICKEN WITH MUSHROOM GRAVY

I/2 ekor ayam, dipotong menjadi quarter (saya suka ambil bahagian peha)
2 sudu besar madu
1 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar sos barbeque

1 labu bawang besar (dipotong 4)
2 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
2 inci kulit kayu manis*
2 biji kentang (potong memanjang)


Cara:
  • Bersihkan ayam dan tos hingga kering
  • Gaulkan madu, air limau dan sos barbeque
  • Lumurkan ayam dengan bahan yang digaulkan dan perapkan selama 1 jam
  • Masukkan bahan bertanda (*) dan bawang besar yang dipotong ke bawah kulit ayam
  • Susun ayam dan kentang ke dalam Loyang tahan panas
  • Bakar dalam oven selama 40 - 50 minit pada suhu 200 C
  • Balikkan ayam setelah 30 minit dibakar di dalam oven
  • Bakar lagi hingga masak
  • Setelah masak susun ayam dan kentang ke dalam pinggan
  • Tuang mushroom gravy ke atas ayam


MUSHROOM GRAVY

1/2 labu bawang besar bombay (dipotong dadu dengan halus)
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
1/2 tin mushroom soup (aku guna Campbell mushroom soap)
3 - 4 biji shitake dried mushroom (rendam dengan air panas, kemudian cincang halus bila mushroom sudah lembut)
1/2 cawan air rebusan ayam (aku ganti dengan kiub pati ayam - hanya pakai 1/4 bahagian daripada kiub)
1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula (mengikut kesesuaian rasa kerana mushroom soap dan kiub pati ayam sudah sedia masin)
Minyak untuk menumis


CARA
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.hingga berwarna keperangan
  • Masukkan air rebusan ayam dan tunggu hingga mendidih
  • Masukkan mushroom soap, mushroom cincang, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.
  • Jika kuah agak cair, boleh masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
  • Masukkan garam dan gula mengikut kesesuaian rasa.
  • Bila kuah telah masak dan kelikatannya bersesuaian, bolehlah tuang ke atas ayam roasted tadi.

STEAMED BROCOLLI

Rebuskan broccoli dengan air.
Tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Bila sudah masak, angkat dan teruskan masukkan brokoli ke dalam air sejuk.
Toskan dan hidang bersama roasted chicken tadi ke dalam pinggan
Picitkan sos salad thousand island ke atas brokoli

**** 1/2 tin mushroom soap yang lebih tadi, bolehlah dimasak untuk dijadikan sup dan dihidang bersama garlic bread.

SELAMAT MENCUBA :-)