Monday 7 April 2014

EGG BENEDDICT

Salam,

Menu breakfast  yang sangat senang untuk  disediakan, mengenyangkan juga berkhasiat. Macam masak maggi jer... tak sampai 5 minit...taddaaa... dah readyyyy dan boleh makan... huhu... sangat sesuai untuk aku and uoalls yang kesuntukan masa in preparing breakfast. Wallah...

So... macam mana nak buatnya...Haaa...
 
Caranya mudah aje... uoalls just sapukan butter (aku guna garlic butter)  pada permukaan bekas dan pada sebelah permukaan roti. Kemudian masukkan roti ke dalam bekas tersebut. Next, pecahkan sebiji telur dan taburkan cheese dan sedikit serbuk lada hitam ke atasnya... Aku just guna slice cheese yang aku potong halus2... Boleh juga guna mozzarella cheese... Last sekali masukkan ke dalam microwave atau oven, dan bakar sekejap sahaja. Nampak macam permukaan atas telur dah bertukar jadi putih... dah boleh off oven... Aku set microwave Panasonic aku pada setting micro power dengan timingnya 1 minit. Done!!! Lepas tu.. bismillah... dan masuklah ke mulut uoalls dengan sopan... dan akhirnya... Alhamdulillah... :-)
 
p/s: pastikan egg benedict di masukkan ke dalam microwave atau oven sebaik sahaja telur dipecahkan keatas roti. Jika dibiarkan telur terlalu lama di atas roti, egg benedict akan jadi kurang menyelerakan since roti dan telur akan jadi sedikit keras bila dah masak.
 
SELAMAT MENCUBA !!! dan terima kasih kerana sudi membaca entri aku kali ini.
 
 

No comments:

Post a Comment