Monday 7 April 2014

KERUTUK AYAM

Salam,

Tahniah Asma'!!! Melangkah setapak lagi... menjejaki dunia perkahwinan. Semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak2 yang bakal mewarnai kehidupan asma' dan suami. Terima kasih kepada Mama atas bungkusan nasi briyani yang sangat delicious. Juga kepada Kak Yang sefamili. Disebabkan lauknya telah habis, makanya terjadilah kerutuk ayam dan acar tomato yang datang dari dapur basahku sendiri. Pun sedap digandingkan dengan nasi briyani pemberian Mama.
 
Inilah hasilnya...siap ada kaki lagi tuh... sebenarnya rahsia kesedapan kerutuk ini terletak pada kaki ayam tuh... serious tau!!! huhu...
 
Ini adalah sebahagian daripada pelamin asma' dan baju persandingan asma' yang sememangnya sangat cantik dan menawan... Pakistani version... confirmlah cantikkan... dan yang pasti asma' sangat cantik dengan persalinan ini.
 
Yang tak syoknya...aku jer yang berpakaian tak ikut majlis. Ada ke patut...aku just pakai blouse ngan jeans aje... first time dalam hidup aku pergi majlis kawin dengan pakaian sebegitu... naik segan pun ada bila tengok most of asma' relatives and friend berjubah lengkap...adoi... baju kurung aku ke mana??? ada... tergantung dalam kereta...huhu... kepala pusing punya pasal waktu travelling dari Ipoh ke KL hari tu... then, langsung aku tak tukar ke baju kurung... uh uh
Inilah kerutuk ayam hasil dari air tanganku sendiri untuk digandingkan dengan nasi briyani. Wallah...
 
Resepi?? Yup...kat bawah sini ok...
 
KERUTUK AYAM
(hidangan untuk 4-5 orang)
 
8 - 10 ketul ayam
3 ulas bawang merah (saiz besar)*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
2 cm halia*
1 batang serai*
3 sudu besar rempah kerutuk ayam & daging Adabi
1 sudu kecil gula Melaka
3/4 cawan susu cair
3 cawan air
sedikit air asam jawa
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
 
CARA:
  • Kisar semua bahan bertanda (*).
  • Bancuhkan serbuk kerutuk dengan sedikit air.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan bancuhan serbuk kerutuk hingga wangi dan naik minyak.
  • Masukkan ayam, air asam jawa, garam secukupnya dan gula melaka.
  • Biarkan seketika sehingga ayam sebati dengan rempah tumisan.
  • Tambahkan air dan susu cair.
  • Masak hingga menggelegak dan biarkan seketika.
  • Kecilkan api dan biar sehingga kuah menjadi agak kering dan pekat.
Apabila telah masak, bolehlah dihidang dengan nasi briyani ke, nasi minyak ke.. nasi tomato ke atau even nasi putih aje pun...sedap... Pada aku...kerutuk sangat sedap berbanding gulai... [kenyit mata sikit ;-)!!! hehe].
 
SELAMAT MENCUBA!!!
 
Terima kasih sudi membaca... ;-)
 
 

No comments:

Post a Comment