Sunday 6 April 2014

BAKED POTATO

Salam,

Menu ringkas di satu pagi untuk hidangan aku dan Mr. Husben sebelum Mr.Husben ke kuliah. Baked pototo dihidang bersama garlic bread dan mushroom soup instant Campbell. Next time, aku nak bereksperimen dengan homemade soup pulak, since buat sendiri confirm lagi murah dan puas hati, betul tak? K lah...kita layan picture and resepi pulak...scroll ke bawah pleaaasseee....

 

Jom kita layan resepinya pulak.

BAKED POTATO

3 biji kentang (tak perlu kupas kulit-belah 2)
1/2 biji bawang besar holand (belah 2)
1/4 biji capsicum (belah lebar)
1 sudu besar sos BBQ (aku guna jenama Life)
secubit Italian herbs
secubit garam
1 sudu besar olive oil

CARA:
  • Gaulkan sos BBQ, olive oil, italian herbs, kentang dan bawang di dalam satu bekas dengan rata.
  • Perasakan dengan secubit garam.
  • Masukkan ke dalam bekas pembakar bersama capsicum.
  • Bakar di dalam oven, microwave atau di dalam pemanggang ajaib hingga masak. (aku guna pemanggang ajaib dengan api perlahan dan dibakar selama 20-25 minit).
SELAMAT MENCUBA!!! dan menjamu selera. Terima kasih kerana sudi menjenguk entri ini.
 
 
 

No comments:

Post a Comment