Tuesday, 18 November 2014

BANGKIT

Salam,

Semanis kurma episode bangkit oleh Dr. Azizan Osman sangat menyentuh dan telah membuka minda & jiwa aku ke arah yang lebih positif. Alhamdulillah... Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi kekuatan kepada aku untuk hari ini, dan hari2 seterusnya untuk melayari hidup di dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini, Insya' allah...
 
Video yang memberi erti ke dalam hidupku... Perkongsian video ini di sini mudah-mudahan juga akan memberi satu semangat dan kebaikan kepada uoalls rakan-rakan yang melayari sweetkurma-sk.
B - BERANI
A - ATTITUDE
N - NIAT
G - GIGIH
K - KOMITMEN
I - ILMU
T- TAKWA
 
Sujudlah... Bersyukurlah... Untuk hidup berjaya, kita mesti bersyukur. Dalam sesuatu yang buruk, pasti ada sesuatu kebaikan dibelakangnya. Semakin kita bersyukur dengan apa yang kita ada, semakin banyak benda-benda yang baik-baik akan kita dapat. Jagalah solat, pasti Allah akan jaga kita. Jagalah hubungan kita dengan Allah. Solat adalah terjemahan hidup. Solat mengajar kita untuk fokus dan khusyuk.
 
Banyak kupasan menarik terkandung di dalam video ini. Moga ada kebaikan untuk kita semua untuk hari2 yang akan datang.
 
Sesungguhnya perancangan Allah itu indah,
Ketika kita bersedih,
Dia datangkan bahagia.,
Ketika kita menangis,
Dia datangkan senyuman,
Ketika kita diuji,
Dia datangkan hikmah.
 
TERIMA KASIH kerana sudi membaca entri untuk kali ini :-) Wallahua'lam.


Monday, 8 September 2014

BBQ AYAM

As-Salam,

Aktiviti malam minggu bersama Mr.Husben tersayang... Buat BBQ berdua aje... tapi seronok gitu sebab macam dah lama sangat kot tak buat BBQ kat rumah nie... Menu BBQ kami ialah ayam, sedikit daging dan sotong... Memang berbaloi!!! Hahaha... Aku tak snap banyak gambar sebab sibuk layan api sama-sama ngan my Mr. Husben... So...nie lah aje picture yang dapat dikongsi di wall ini...ehmmm....
 


 
Ini salah satu si cutie kami... Aisykewim... ngah tunggu ayam BBQ siap dibakar... hehehe... tak sabar nak tunggu tulang ayam katanya....
 
 
BBQ AYAM

Bahan-bahannya:

10 ketul ayam
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1cm halia*
1cm lengkuas*
2 batang serai*
1/2 sudu kecil jintan manis*
1/2 sudu kecil ketumbar*
1/2 sudu kecil lada hitam*
1/2 sudu kecil rosemary*
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar madu
3 sudu besar sos BBQ
2 sudu besar olive oil
1sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

Cara :
  • Masukkan kesemua bahan yang bertanda (*) bersama  madu, sos BBQ, olive oil, kicap manis dan garam ke dalam blender.
  • Blendkan sehingga hancur. Jangan tambahkan air ketika memblend bahan-bahan di atas.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk dan tambahkan serbuk cili dan sebatikan dengan bahan yang diblend tadi.
  • Masukkan ayam dan gaul sebati.
  • Perapkan ayam selama 3 jam. Lebih sedap jika ayam diperap semalaman.
  • Kemudian bakar. Ketika membakar, sapukan ayam menggunakan serai yang telah diketuk.

Bahan Sapuan Ayam Ketika Membakar:
  • Ambil 5 sudu besar bahan perapan ayam, campurkan  dengan 1 sudu besar sos BBQ, 1 sudu besar olive oil dan 1 sudu besar madu.
  • Sapukan ke atas ayam menggunakan serai yang telah diketuk ketika ayam sedang dibakar.
Hidangkan dengan sos cili dan wallah... sedap sangat!! Pada tekak kami lah... hehehe... dan....

SELAMAT MENCUBA!!!
 

Sunday, 7 September 2014

BISKUT FLOUERENTINE

As-Salam,

Bersua lagi kita... hari ini nak cerita pasal cookies yang namanya Flourentine... yang penuh dengan kandungan badam dan kuaci... wallah... marvellous gitu sebab aku nie peminat badam dan kuaci.
 
Uoalls tau tak apa khasiat yang ada dalam badam? Badam dapat membatu membakar lemak dalam badan kita tau sekaligus membantu menurunkan berat badan. Ini adalah hasil daripada kajian yang telah diterbitkan oleh International Journal of Obesity.

Menurut penyelidikan berkenaan, pengambilan satu genggam badam setiap hari bersama menu diet sihat dapat membantu membakar 18% lebih banyak lemak berbanding kategori diet yang tak makan badam. 
 
Dalam satu kajian lain pula, dikatakan bahawa badam juga dipercayai membantu menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) sehingga 12%. Jadi, badam baik untuk jantung selain membantu membakar lemak.
 
Tapi...kalau uoalls makan badam dalam flourentine nie... kurang membantu la jugakkan sebab dah bercampur ngan gula...sweetie gitu...yang eloknya makan badam kosong jer..Haaa.... Tengoklah flourentine aku nie... mmmmm....
 

Apa pulak khasiat kuaci? Kuaci adalah sumber vitamin E, yang berfungsi sebagai antioksidan, yang dapat melawan radikal bebas dan mengurangi risiko kolesterol. Anti-inflamasi di dalam kandungan kuaci pula dapat mengurangi risiko penyakit asma dan penyakit yang berkaitan dengan peradangan. Kandungan kuaci juga terdiri daripada folat, yang membantu dalam pembentukan DNA dan RNA, juga selenium yang berguna untuk memperbaiki DNA dan juga membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser.
 
Haa...nampaknya kuaci pun bagus untuk kita amalkan memakannya kan? Nak senang...beli jer kuaci yang dah siap dikupas... hahaha... Biasanya kedai yang menjual produk2 makanan Arab... banyak dijual kuaci dan badam yang dah siap diproses nie... Senang... masuk mulut dan telan jer... hehehe...
 

 
So...kalau uolls berminat... try lah buat... senang bebenor... sekelip mata jer siap... hahaha... nie lah resepinya...
 
BISKUT FLOURENTINE
 
Bahan-bahannya:
 
250g almond flake + kuaci hijau + kuaci putih
150g Bee Sting Mix (Tepung Flourentine)
Sedikit bijan hitam
Perchment paper
 
Cara:
 
  • Tuangkan 250g campuran almond flake, kuaci hijau dan kuaci putih  bersama dengan 150g tepung Bee Sting Mix (tepung flourentine) ke dalam mangkuk dan sebatikan bersama.
  • Letakkan parchment paper yang dipotong lebih besar daripada saiz dulang ke atas dulang pembakar yang bersaiz 4 segi.
  • Ratakan bancuhan tepung flourentine dan almond flake ke atas parchment paper, anggaran tebal dalam 3mm.
  • Taburkan bijan hitam ke atas permukaan bancuhan flourentine yang telah diratakan.
  • Bakar pada suhu 160C untuk 12 minit atau hingga flourentine bertukar warna menjadi kuning keemasan.
  • Keluarkan dari oven dan dengan cepat, potong menggunakan pisau pemotong pizza mengikut saiz yang disukai. 
p/s : Flourentine perlu dipotong ketika masih panas, jika tidak ia akan pecah jika dipotong ketika ia telah sejuk.
 
SELAMAT MENCUBA!!! 

Tuesday, 2 September 2014

JEMPUT-JEMPUT BAWANG CINTA HATI

As-Salam,

Apa khabar uoalls hari ini? Doaku pagi ini mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dari Allah...dan sentiasa berada di bawah lindunganNya serta terhindar dari azab api neraka...Amien...

Ok lah...hari ini just nak share a simple recipe favourite aku dari dulu, kini dan selamanya... Terimalah...jemput-jemput bawang... Sangat sesuai untuk adik2 yg baru nak belajar masak...cuma kena hati2 dengan minyak panas tika menggorengnya..



Resipi:

2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air
1/2 sudu besar majerin
1 biji bawang besar (hiris nipis)
1 biji telur
1 batang daun sawi (hiris halus)
sejemput ikan bilis kecil (aku guna ikan bilis mata biru)
1/2 batang cili merah (potong dadu halus)
secubit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
  • Satukan air, majerin, telur, bawang besar, daun sawi, cili merah, serbuk kunyit, ikan bilis, garam dan gula ke dalam satu bekas.
  • Kacau dengan menggunakan sudu atau senduk supaya semuanya sebati.
  • Campurkan tepung gandum dan kacau lagi hingga bancuhan sempurna.
  • Panaskan minyak masak.
  • Goreng hingga kekuningan.

SELAMAT MENCUBA!!!
 


Thursday, 24 July 2014

CETUSAN RASA MR.HUSBEN

As salam,

Beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi dan Syawal bakal menjelma. Terasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan mulia ini...Mudah - mudahan doa2 ku yang aku pohon dimakbulkan Allah di bulan Ramadhan ini. Amin..
 
Masak apa hari nie? Haa..Siakap Steamed Ginger dan Sayur Campur uoalls... Nie bukan air tangan aku tapi Mr Husben punya air tangan... Aku tak dibenarkan masuk dapur hari nie... hehehe.. Jadi... aku tak tau apa bahan yang Mr.Husben letak dalam masakan nie... Bila ditanya...katanya RAHSIA... owh... Rahsia lah sangatkan.... Anyway... aku happy sangat sebab tak payah masak dan rasanya pun uhmmmm....yummyyyy!!!!

Jom kita cuci mata yep...
 
Siakap Steamed Ginger... Banyak jugak ginger diguna nampaknya.... :-)

Ini pulak sayur campur...Mr. Husben letak sotong sekali...sedap bangat dehh.... :-)

Ok... itu saja perkongsian untuk hari ini...Moga bermula di bulan yang mulia ini, kita akan bertambah menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelum ini dan diberikan rezeki yang baik & berkat. Amin.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. :-)

Wednesday, 9 July 2014

ROTI JALA

As-salam,

Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan salam ramadhan buat semua muslim yang membaca blog aku yang ciput nie.. Hari ini, just nak share roti jala cantik menawan bersama kuah durian yang sebenarnya dah lama aku draftkan dalam blog aku nie...cumanya tak sempat nak update kat sini sebab terlalu busy dengan kerja2 kat ofis + kerja2 kat rumah. Sambil membaca, silalah jamu mata anda dengan roti jala aku yang colorful nie...hehe
 
 
You alls...bulan 6 yang lalu tersangatlah padat aktiviti aku dengan conference, kursus dan yang paling tertekan untuk siapkan slaid KIK kumpulan aku, Kumpulan Matrix yang akan mewakili PUO ke Konvensyen Peringkat Kebangsaan Ogos nanti di Merlimau, Melaka. 
 
 
Setelah bersama2 ahli kumpulan, menempuh segala susah payah, alhamdulillah akhirnya slaid kumpulan Matrix berjaya disiapkan dengan jayanya. 200 pages terhasil yang pada mulanya terasa sangat susah dan terasa semacam tiada kemampuan untuk membuatnya. Tetapi atas daya usaha ahli kumpulan yang sentiasa bersama memberikan idea, sama2 berfikir untuk menyelesaikan apa jua masalah, sama2 membantu, akhirnya segala yang susah sebelum ini terasa sangat berbaloi dan berbunga-bunga apabila semuanya telah siap dengan cemerlangnya... Pada aku memang terasa sangat cemerlang dan berpuas hati dengan hasil yang kami persembahkan... hilang segala rasa pening, rasa nak termuntah dan menyampah ketika dalam proses menyiapkannya baru2 ini. Alhamdulillah.
 

Proses seterusnya pula adalah untuk mencantikkan lagi rupabentuk produk yang akan kami bawa ke konvensyen tersebut. Mudah-mudahan atas usaha bersama, inovasi kami yang sekarang ini sedikit bermasalah, akan dapat juga diatasi dan dapat dipersembahkan dengan rupabentuk yang kami sendiri berpuas hati. Insya'allah... Usaha belum lagi boleh berhenti setakat hari ini... Allahumma Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bilkhoir, Birohmatikaya Arhamarrohimin. Aamiin..

Ok lah..berbalik kepada roti jala aku nie, sesiapa yang berhajat ingin mencuba, bolehlah guna resipi kat bawah nie... confirm sedap...hehehe...

ROTI JALA

1 setengah cawan tepung gandum
1 setengan cawan air
Sebiji telur
Sedikit serbuk kunyit (untuk mendapatkan warna kuning)
Sedikit pewarna merah
Secubit garam
Secubit gula

Cara :
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali serbuk kunyit dan pewarna merah.
  • Blendkan sehingga bahan betul-betul sekata.
  • Bahagikan adunan kepada dua, satu diletakkan kunyit dan satu lagi diletakkan pewarna merah.
  • Gunakan acuan roti jala (aku cuma gunakan botol air mineral dan ditebukkan 2 lubang pada bahagian bawah botol dengan paku) dan tebarkan ke atas non-stick pan secara berselang-seli antara kuning dan merah.
  • Angkat dan gulungkan atau boleh juga dilipat menjadi segitiga.


KUAH DURIAN

5-6 ulas isi durian (ambil isinya)
2 cawan santan
sehelai daun pandan
gula pasir secukupnya
secubit garam

Cara:
  • Blendkan isi durian dengan sedikit air.
  • Masakkan santan bersama isi durian.
  • Masukkan daun pandan.
  • Campurkan gula pasir sesedap rasa bersama secubit garam.
  • Didihkan sebentar, angkat dan hidang bersama Kuih Pukat Buruk.
Pastikan kuah sentiasa dikacau ketika memasak.

SELAMAT MENCUBA!!! Dan terima kasih kerana sudi membaca entri aku yang tak seberapa ini.
 


Tuesday, 3 June 2014

KEK CARROT MINI

Salam,
 
Uihh...udah lama tak menjenguk sweetkurma...macam dah nak berdebu sikit dah nie...Busy sangat sejak akhir-akhir nie...Pergi vacation lah, KIK lah, siapkan proposal lah, HLP lah, kursus lah...ehm...macam-macam!!! hihi...tapi semua tu sangat berharga dalam hidup aku...
 
Hari semalam aku di JPM, Putrajaya  bersama geng2 aku... Ros, Sheila, Mid n Dr. Choong... Panel interview pun naik satu kereta ngan kita orang, tu yang kelakar tu tapi nasib baik tak kena interview ngan dia... kang nanti lidah kelu pulak bila geng sendiri yang interview...hik2... Mudah-mudahan kami berempat berjaya dalam interview HLP nie... Aku, Ros ngan Mid kena panel yang sama, Shiela aje panel yang lain, tapi mudah-mudahan semua panel akan meluluskan kami untuk mendapat biasiswa HLP tersebut. Amin.
 
 
Nie nak cerita pasal kek carrot plak. Dah lama jugak terperap gambarnya kat sini, coz tak sempat nak update...kikiki... Kek carrot yang aku buat khas untuk Aida, Mid ngan Ina... geng aku yang sentiasa bersama aku...Yang utamanya, coz nak pulangkan balik tupperware pink Aida, tak tau nak isi ape...jadi..sebab aku rasa macam sesuai jer kalau dibubuh kek dalamnya... so that's why lah terjadinya kek carrot nie, adaptasi daripada kek carrot yang aku buat sebelum ini.
 
 
Terima kasih Aida coz bagi pengat pisang haritu.. perut memang lapar waktu tu, then dapat pulak pengat pisang... uhmmm... habislah di ngap sama-sama ngan Ina..
 
 
Aku rasa kek nie cute sangat...uoalls rasa macam mana? hehe.. puashati rasa sebab dapat hasilkan kek carrot yang macam nie punya rupa... hihihi... maklum lah... aku nie bukannya kreatif sangat kannn... 
 
 
Ok...kalau uoalls rasa nak mencuba buat kek nie, uoalls leh rujuk resepinya di KEK CARROT OAT, cuma untuk kek carrot mini kali ini, aku guna resepi frosting yang lain, dan aku rasa, pada tekak aku la, frosting yang kali ini lebih sedap, cuma kena kurangkan gula sedikit since rasa dia macam termanis sedikit. Resepi frosting uoalls leh tengok kat bawah.

Frosting

225 g cream cheese
2 1/2 cawan gula halus
2 sudu besar butter
1 sudu besar jus limau (aku guna sunquick oren)

Cara:
  • Campurkan kesemua bahan.
  • Pukul hingga ia sebati dan kental.
  • Hiaskan ke atas kek.

SELAMAT MENCUBA UOALLS!!!

Monday, 5 May 2014

MANGGO LASSI

Salam,

Nampaknya musim mempelam or mangga tiba lagi. Banyak pokok2 mempelam sedang berbuah. Kalau menyinggah ke pasar malam atau lalu di kedai buah tepi jalan, sure akan nampak buah mempelam atau mangga yang pelbagai jenis dan warna kulitnya pulak sama ada hijau atau oren...memang ler menggiurkan...huhu...
 
Kat rumah pulak, last 2 weeks Mr Husben ada belikan mempelam giant... memang besar sungguh saiznya, kalau diukur gemuknya...3 kali ganda gelas nie ada... kalau diukur panjangnya..kira2, satu setengah panjang gelas nie lah jugak... Mr. Husben belinya di R&R Bukit Gantang waktu otw balik dari outstation di Penang tempoh hari. Nama mempelamnya??? Entah... tak tau lah pulak nama apa.. hehe... sowri...

Kerana tekak terasa nak minum sejuk, jadi dengan mempelam yang ada... terjadilah manggo lassi hasil inspirasi daripada collegue aku... thank you Mas.

 
Inilah hasil yang terjadi last 2 weeks...hari nie baru dapat tempek ke sini... terasa macam masa sangat mencemburui sekarang ini... huh3..


Haaa... nampak tak? apa yang uoalls nampak? isi pelam? yer betul... haha... patutnye aku potong banyak sikit letak kat dalam tuh... kasi lagi kaw...ehm... anyway... rasa sejuk manggo nie... dapatlah jugak basahkan tekak diwaktu2 sekarang nie yang kejap panas, kejap hujan kan...
 

Ok... dah puas tatap gambar kita ke resepinya pulak...;-)

MANGGO LASSI
Sumber : Cik Mat Gebu

2 biji buah mangga yang masak ranum saiz sederhana (aku nyer kes kena lah agak2 macam 2 biji mangga sebab mangga aku giant punyer saiz kan...)
1 cawan yogurt tanpa perisa (nak guna perisa mangga pun boleh)
1 cawan air mineral
2 - 3 camca besar penuh susu pekat manis (boleh ganti dengan gula secukup rasa)
1/2 biji lemon, perah jusnya
Ais kiub secukupnya
Sedikit isi mangga yang didadu untuk hiasan


CARA:
  • Cuci buah mangga tadi, kemudian lap kering.
  • Kupas kulit dan ambil isinya.
  • Masukkan ke dalam alat pengisar makanan (blender), tambah yogurt, susu pekat manis (atau gula), air mineral dan jus lemon.
  • Kisar hingga semua hancur dan sebati.
  • Masukkan pula ais kiub, dan kisar hingga ais kiub hancur.
  • Tuang dalam gelas sesuai, hias dengan isi mangga yang didadu tadi dan boleh hidangkan.
 
Terima kasih kerana sudi membaca dan SELAMAT MENCUBA!!!


 

Sunday, 4 May 2014

KEK CARROT OAT

Salam,

Akhirnya berjaya jugak aku dalam misi membuat kek carrot setelah beberapa minggu menyimpan niat. Sedapnya resepi kek carrot nie... menggunakan oat sebagai bahan tambahan... Kek Carrot Oat yang terhasil sempena Hari Buruh 1 Mei 2014 yang lepas sebagai tanda syukur dan gembira aku atas rezeki dan nikmat kerja yang telah aku dan Mr. Husben galas selama ini. Alhamdulillah.
 
 
Resepi yang aku ambil dari blog dapurkakjeee dan blog kak Azalita Masam Manis. Memang sedap!!! Suatu hari nanti, kalau ada kerajinan, aku akan cuba pula hasilkan kek carrot menggunakan kelapa kering sebagai bahan tambahan menggantikan oat seperti yang Mat Gebu buat. Insya'allah.
 
 
Tiba2 teringat Ma aku pulak... ehm... dulu.. masa aku kecik, Ma aku pun suka buatkan aku kek carrot nie... different recipe but the taste is still awesome... Terima kasih Ma...
 

So, kalau oalls nak cuba buat kek nie... nie die resipinya:
 
KEK CARROT OAT
Sumber Asal : dapurkakjeee & azlitamasammanis
 
Bahan2nya:
 
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder *
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung
¾ cawan gula halus (aku guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus (aku guna walnut)
 
Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega (aku guna 70g majerin)
½ ketul philadelphia cream cheese (aku guna 125 g cream cheese)
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icing
 
Cara membuatnya:
  • Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
  • Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati.
  • Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula.
  • Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula.
  • Akhir sekali masukkan kacang gajus (aku guna kacang walnut yang dicincang) yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
  • Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.
 
Cara membuat cream cheese topping:
  • Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus.
  • Kemudian sapu atas dan tengah kek yang telah disejukkan terlebih dahulu (aku taburkan juga kacang walnut pada bahagian tengah cream cheese tuh).
  • Jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.
Terima kasih kerana sudi membaca dan SELAMAT MENCUBA!!!
 
 

Friday, 25 April 2014

ACAR TOMATO

Salam,

Uhh...hari nie tak der idea nak tulis ape...N3 resepi hari nie pun ringkas ajer...acar tomato...so, kita layan gambar n terus tengok resepi jer lah yep...



ACAR TOMATO
(untuk 2 orang makan)

1 biji buah tomato - potong dadu
1 ulas bawang merah - hiris nipis
2 biji cili padi hijau - hiris bulat halus
sedikit daun ketumbar - hiris
1 sudu kecil jus limau nipis
gula dan garam secukupnya

CARA:

Gaulkan kesemua bahan. Tambahkan gula dan garam secukup rasa, then siap!
 
* kalau ada timun jepun, potong dadu dan tambah dalam acar ni, pun sedap jugak.

SELAMAT MENCUBA!!! :-)

Monday, 21 April 2014

SOTONG CELUP TEPUNG BAHRAIN

Salam,

Ingin berkongsi satu speech yang menarik.. 30 second speech by Bryan Dyson _ Former CEO of Coca Cola.
 
"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. They are WORK, FAMILY, HEALTH, FRIENDS and SPIRIT and you're keeping all of these in the air.
 
You will soon understand that WORK is a rubber ball, if you drop it, it will bounce back. But the other four balls - FAMILY, HEALTH, FRIENDS and SPIRIT - are made of glass. If you drop one of these, they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."
 
Kesimpulannya, Value has a value only if its value is valued :-) ...  
 
Dengan itu terimalah sotong celup tepung hasil perkongsian resepi daripada Tn. Hj. Bahrain, seorang penceramah K.I.K dalam Bengkel K.I.K yang aku hadiri hujung tahun 2013 yang lepas. Hasilnya sedap dengan gabungan penggunaan bawang putih yang banyak. Uoalls mesti cuba resepi nie...

SOTONG CELUP TEPUNG

6 ekor sotong (potong bunga-tapi aku tak menjadi bunga, silap teknik), segenggan bawang putih - tumbuk dan perap dengan sotong selama 1 jam. Bancuhkan 4 sudu tepung beras bersama 1 biji telur, 1 sudu kecil air limau nipis, secubit serbuk kunyit dan secubit garam. Celupkan sotong ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan.

Terima kasIh kerana sudi membaca dan SELAMAT MENCUBA !!! ;-)

Friday, 18 April 2014

HATI MENANGIS SIAPA TAHU

Salam,

Jumaat yang penuh barakah datang lagi... Al-Mulk dibaca sebagai pembuka hari dan Al-Kahfi dibaca sebagai penyeri hari... mudah-mudahan mendapat rahmat dan berkat dariNya... Solat Dhuha ditinggal jangan... moga rezeki Allah bertambah-tambah dalam hidup... 
 
Cerita petang semalam bersama salah seorang collegue aku masih terasa-rasa dalam hati... Hati belum sembuh sepenuhnya... Mudah-mudahan Allah bukakan hatinya untuk cuba memahami perasaan orang lain juga yang belum mempunyai zuriat... dan mendoakan yang baik untuk kawan2 dan bukannya mengata yang bukan-bukan... siapa yang tak mahu zuriatkan? tapi itu semua takdir Allah...

Aku pernah merasa 3 kali pengalaman mengandung, namun kuasa Allah lebih besar, 3 kali itu juga aku mengalami keguguran... aku redha dengan ketetapanNya... aku tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...
 
 
 
 
 
 
Walau hati sedih, namun alhamdulillah aku ucapkan pada Allah kerana memberi aku pengalaman seperti ini, dengan itu aku dapat selami jiwa rakan2 aku yang juga masih belum mempunyai zuriat.
 
Alhamdulillah juga kerana walau aku tidak mempunyai zuriat di dunia,  namun Allah telah tempatkan 3 anakku di syurga...yang aku pasti mereka akan dapat menolong aku di akhirat nanti... belum tentu mereka yang mempunyai anak yang ada di dunia ini mampu menolong ibu bapanya di akhirat nanti... Allah telah mengurniakan sesuatu yang terbaik untukku  dan suamiku sebenarnya, jadi...  kenapa aku harus bersedih? kenapa aku harus bersedih?

Ehm... sedihnya aku kerana aku juga ingin merasa kegembiraan mempunyai zuriat di dunia... zuriat daripada darah dagingku sendiri... tidaklah aku keseorangan dihari tuaku... dan yang penting... zuriat itu nanti boleh sentiasa doakan aku dan bacakan ayat2 al-quran untuk aku dan ayahandanya di masa aku dan ayahandanya telah tiada di dunia ini.
AMEIN....
 
 

Wednesday, 16 April 2014

JEJARI TOKUA RAINBOW

Salam,

Hasil sembang kosong dengan Linas last week, maka terjadilah satu menu kudapan untuk aku dan Mr.Husben, cumanya aku just menggunakan bahan yang sememangnya dah siap sedia ada dalam wet kitchenku, jadi ada beberapa ingredients yang aku tak letak dan ada benda yang aku tambah ikut kesesuaian rasa tekak aku dan Mr.Husben. Anyway thanks Linas for the great recipe. My husbend love it.
 
Linas namakannya Tauhu Pelangi tapi sebab aku buat bentuk panjang2, jadi aku namakannya jejari... tokua pulak stand for tauhu as Mr.Husben panggil tauhu ngan takua... dan disebabkan ianya colourful... jadi aku kaitkanlah ianya jugak dengan rainbow... so..jadilah nama panjangnya JEJARI TOKUA RAINBOW... hehehe...
 
Resepinya begini...
JEJARI TOKUA RAINBOW
Resepi asal : http://ilhamresepi.blogspot.com/2014/04/tauhu-pelangi.html

2 ketul tauhu jepun
2 sudu besar minced chicken
sedikit daun kucai-potong halus
sedikit cili merah-potong halus
sedikit capsicum merah-potong halus
sedikit lobak merah-diparut halus
2 biji telur
Secubit garam

CARA:
  • Masukkan tauhu, sebiji telur dan minced chicken ke dalam blender.
  • Tambahkan secubit garam. Pastikan garam diletakkan hanya sedikit kerana tauhu jepun sudah sedia masin.
  • Blend kesemua bahan tadi.
  • Tuang ke dalam bekas dan campurkan pula dengan daun kucai, cili merah, capsicum dan lobak merah.
  • Kacau supaya ia sebati dengan bahan yang diblend tadi.
  • Kukus selama 20 minit.
  • Setelah masak, sejukkan sebentar.
  • Potong kepada bentuk yang disukai.
  • Pecahkan sebiji telur lagi.
  • Celupkan tauhu yang dipotong ke dalam telur.
  • Kemudian goreng hingga menjadi warna keeemasan.
  • Sedia untuk dihidang.
Boleh dihidang bersama nasi atau dijadikan hidangan minum petang. Sedap dicicah bersama sos cili. Pasti menjadi kegemaran semua peringkat umur. :-)

SELAMAT MENCUBA!!!
 

Tuesday, 15 April 2014

IKAN BAWAL SWEET SOUR

Salam,

Hai...Apa khabar semua? Nak cerita hari nie kisah aku yang terlebih blurr... Dalam meeting pagi tadi.. . sampai kerja aku yang tengah hari pun... aku still blurr... siap dia orang semua gelakkan aku... dan aku pun tergelak sama jugak sebab rasa kelakar pulak... napa aku jadi macam ni hari nie???.. Adohai...

Ehmmm.. malas dah nak cerita panjang, kita layan ikan bawal jer lah yep... Nak resepi? ok...sila scroll ke bawah pleaseee.... 
Resepinya seperti berikut:

IKAN BAWAL SWEET SOUR
 
Ikan bawal - kelar dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga garing.
 
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 sudu kecil serbuk cili
3-4 batang cili padi (belah tengah)
1 labu bawang besar (potong bulat)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
8 ketul nenas kiub - belah 2
1/2 biji buah tomato (potong 3 bahagian)
Air mengikut kepekatan kuah yang disukai
2 sudu besar minyak untuk menumis
Garam & gula
 
CARA:
  • Blend bahan bertanda (*).
  • Tumiskan bahan yang diblend dan serbuk cili hingga pecah minyak dan berbau wangi.
  • Tambahkan air, sos cili, sos tomato, sos plum, cili padi, dan nenas kiub.
  • Setelah kuah menjadi sedikit pekat, masukkan buah tomato dan bawang besar yang dipotong bulat.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Setelah masak, tuang ke atas ikan yang telah digoreng sebelumnya.
  • Hidang bersama nasi putih.

SELAMAT MENCUBA dan menjamu selera. Terima kasih kerana sudi membaca... :-)

  


Monday, 14 April 2014

SPAGETI CARBONARA

Salam,

To my adorable students, wishing you best of luck in your final exam. And to my honourable friends and guests, carbonara spaghetti  is specially served for you today... the spaghetti that my little brother, Adik Ing likes it most...
 
See the picture... The colour look dull but the taste is amazing... hup2.. yummy tau... Remembering the phrase of... "don't judge the book by its cover"... same situation as happen to my spaghetti... hehehe..

 

So, here is the recipe...
 
SPAGETI CARBONARA
(serving untuk 4-5 orang)
 
3/4 packet spaghetti (rebus dengan sedikit olive oil & garam)
 
Untuk Gravy:
 
isi ayam (potong dadu atau hiris nipis)
isi udang (aku tak letak)
10 keping dried shitake mushroom (rendam dan potong)
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2 labu bawang besar Holland - cincang dadu
2 keping cheese (aku guna slice cheese)
1 tin sos spageti carbonara prego
1 setengah cawan susu cair
3 cawan air
sedikit serbuk lada hitam
secubit garam
2 sudu besar olive oil
 
CARA:
  • Panaskan olive oil dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan isi ayam dan shitake mushroom dan biarkan seketika hingga ianya masak.
  • Tambakan sos spageti prego carbonara, susu cair, air, slice cheese dan isi udang.
  • Kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya ia tidak hangus.
  • Masak hingga kuah menjadi sedikit pekat.
  • Perasakan dengan serbuk lada hitam dan secubit garam.
  • Hidang bersama spaghetti yang telah direbus tadi.
SELAMAT MENCUBA!!!