Wednesday, 2 April 2014

COTTAGE PIE

Salam,

Dinner for tonight... cottage pie atau sherperd's pie...  penangan daripada collegue aku, Mr. Zaki yang tersebut pasal menu nie last week sampai teringat-ingat di dalam kotak fikiran aku hingga ke hari ini... jadi... terjadilah cottage pie dari dapur ku untuk santapan dinner malam ini...
 
Selamat menjamu mata dan jejaki resepinya di tengah2 entriku ini.... :-)


COTTAGE PIE (Bahan untuk 2 orang)

Bahan untuk Topping
 
Mozzarella Cheese
 
Mashed Potato
3 biji Russet Potato - Kupas dan potong 6 bahagian, rebus hingga empuk. Toskan.
1 sudu makan butter
Susu segar / air secukupnya
 
CARA
  • Masukan butter dan kentang ke dalam bekas. Lenyek sambil dicampurkan dengan susu/air sedikit demi sedikit.
Bahan untuk filling
250gms minced beef / daging kisar
100 gms portabello mushroom / button mushroom
1 labu bawang besar yang berwarna kuning
100 gms mixed vege
2 sudu makan mushroom cream/soup ( dalam tin )
Air secukupnya
 
CARA
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah didadu hingga layu.
  • Masukkan cendawan portabello yang telah dipotong dadu dan biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna dan sedikit kering.
  • Masukkan pula mushroom cream/soup dan sedikit air. Masak seketika.
  • Masukkan pula mixed vege, gaul rata dan perasakan jika perlu. Masak sehingga kering. Ketepikan.
  • Sediakan loyong/bekas kaca/bekas aluminium. Isikan filling dan top up dengan mashed potato. Taburkan dengan mozzarella cheese.
  • Bakar di dalam oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cairkan cheese.
SELAMAT MENCUBA!!! dan menjamu selera... juga, terima kasih kerana sudi membaca.

2 comments:

  1. ini menggoda habis ni..
    dahla saya ni hantu cheese ngan kentang..
    maaak nak..!!

    ReplyDelete