Friday 22 November 2013

PART 1- FIRST DEGREE IN UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)

UNITEN - Dengan izin Allah S.W.T, aku telah dianugerahkan Bachelor Degree in Mechanical Engineering (Hons.).

Catatan ini dibuat bagi memberikan motivasi kepada anak didikku yang disayangi dan kepada diriku jua supaya mempunyai semangat dan kekuatan yang tinggi untuk belajar dan terus belajar.

UNITEN adalah salah sebuah universiti swasta yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Ia adalah sebuah universiti yang menjadi milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), wujud sebagai salah sebuah utiliti elektrik terbesar di Asia Tenggara.


PUTRAJAYA CAMPUS
Kampus Putrajaya

UNITEN telah beroperasi sebagai  Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) dalam tahun 1976 dan telah menyumbang bakti yang agak lama sebagai pusat latihan korporat bagi TNB dan badan berkanun sebelumnya, yang dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara.


Kampus Sultan Ahmad Shah
Pada tahun 1994, TNB telah mengubah ILSAS menjadi institut pengajian tinggi dan menamakannya Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional (IKATAN) dan mendapat taraf universiti pada tahun 1997 dengan menggunakan nama UNITEN.

Kepada anda yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan, IT atau pengurusan bisnes, anda boleh memohon untuk belajar di sini. Suasana kelas yang cukup kondusif, disertai dengan kelengkapan pembelajaran dan fasiliti makmal yang moden dan terkini akan membawa anda merasai pengalaman belajar yang menarik, menyeronokkan dan memuaskan.

Sebaik tiba di hadapan pintu pagar utama, anda akan disambut oleh pengawal keselamatan yang bersedia membantu anda menunjukkan arah tujuan anda.
 
 

Setapak ke hadapan, anda akan dapat melihat bangunan perpustakaan yang mempunyai rekabentuk yang unik. Terdapat jambatan bersambung di antara dua bangunan perpustakaan ini. Sangat menarik untuk berada di bahagian ini kerana anda akan dapat melihat sebahagian pemandangan kawasan UNITEN sambil membaca dan mengulangkaji pelajaran.
 


Seterusnya, anda akan menjengah satu bangunan kaca berwarna biru di sebelah kanan anda jika anda terus berjalan ke hadapan. Ini adalah bangunan utama bagi setiap pelajar UNITEN iaitu Administration Building. Hari pertama anda di UNITEN akan bermula di sini dan hari terakhir anda juga adalah di sini.






Gambar di atas adalah pemandangan daripada luar bangunan  administration manakala gambar di sebelah adalah lobby bangunan berkenaan. Suasana di lobby ini sangat menarik seakan-akan berada di lobby sebuah hotel.
Ini adalah salah satu mercu tanda kolej yang terdapat di dalam kawasan UNITEN. Program akademik Uniten ditawarkan oleh Kolej Kejuruteraan, Kolej Pengurusan Bisnes dan Institut Kajian Liberal.

Semua program direkabentuk untuk memenuhi keperluan akademik Lembaga Akreditasi Negara (LAN) sementara program kejuruteraan dan perakaunan disediakan bagi memenuhi syarat-syarat keahlian dalam badan profesional yang relevan.

Di bawah Kolej Kejuruteraan, lepasan SPM boleh memilih program yang ditawarkan seperti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Ijazah Sarjana Muda Mekanikal, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Diploma Kejurutersan Elektrik, Diploma Kejuruteran Mekanikal dan Diploma Teknologi Maklumat.

Sementara itu, Kolej Pengurusan Bisnes pula menawarkan enam program pengajian yang berkaitan bisnes, perdagangan dan pengurusan.


Uniten sebagai sebuah pusat pengajian yang ekslusif dan strategik di dalam Koridor Raya Multi Media (MSC) turut menyediakan pelbagai kemudahan yang mampu menawarkan suasana yang ideal untuk pencapaian akademik dan perkembangan intelektual pelajar.
 
Antara kemudahan yang disediakan kepada pelajar ialah perpustakaan, kemudahan komputer, makmal, penginapan berbentuk apartment yang mampu menampung 2,500 pelajar serta kemudahan sosial, rekreasi dan sukan.
 
 
Gambar di sebelah menunjukkan bangunan apartment untuk kediaman para pelajar. Apartment ini mempunyai 2 buah bilik untuk 2 orang penghuni, ruang tamu yang dilengkapi dengan set sofa dan juga dapur.

Jika anda pelajar UNITEN, hanya dengan RM 1.00 salah satu aktiviti riadah yang anda boleh lakukan adalah dengan beriadah di kolam renang yang disediakan di dalam kawasan kampus.
 
Jika anda inginkan ketenangan setelah penat mengulangkaji, anda boleh berjogging atau membuat aktiviti santai dengan menikmati pemandangan indah tasik buatan ini yang juga terletak di dalam kawasan kampus UNITEN.

Semoga anda terus maju dalam apa jua lapangan yang anda ceburi. Thanks for reading.



No comments:

Post a Comment