Sunday 10 November 2013

Seafood Celup Tepung

Salam,
 
 
Inilah aktiviti setiap kali balik kampong, tak sah kalau tak pekena seafood celup tepung. Uolls kalau datang ke Terengganu, selain ke Pasar Payang, Masjid Kristal atau ke Taman Tamadun Islam singgahlah jugak ke Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, location dia sebelah Airport Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Apa yang specialnya dengan celup tepung kat sini? Haaa...Yang penting harganya murah, seafood yang fresh, tepung yang sangat crispy dengan sos yang sememangnya mengancam..
 

 
Tengoklah salutan tepung pada seafood tu...halus-halus sahaja salutannya...that's whylah ianya crispy. Rugi kalau tak rasa tau!!! wah...promote gitu...kekekeke....
 
Udang celup tepung
 
Sotong celup tepung

Cuba tengok sosnya...ummppphhhh...marvellous bila dicicah dengan ikan, udang atau sotong...hehehe...takkan dapat sos yang sebegini ummmphhh kat tempat lain tau!!!

Sos cili

Ikan celup tepung

Harganya pulak? Uolls mesti nak tau kan?? Haaa... sepinggan sotong dan udang harganya RM5 sahaja dan kalau uolls ambil ikan, seekor ikan dikira hanya RM2.50.

 
Selain ikan, sotong dan udang, kat area sini jugak dijual cendawan celup tepung dan keropok lekor goreng yang semuanya best...huhu..promo lagi...

So, singgahlah ke Pantai Teluk Ketapang kalau uolls berkunjung ke Kuala Terengganu. Terengganu...negeri cantik budaya menarik....

No comments:

Post a Comment