Sunday, 10 November 2013

Pengat Kuinin

 
 
Salam,

Dua hari lepas ada jamuan perpisahan untuk 2 kawan ofis aku yang akan berpindah, maka aku rajinkan lah diri untuk membuat hidangan pencuci mulut untuk majlis tersebut. Tak tahu nak buat  apa mulanya then teringat ada buah kuinin 14 biji yang diberi abang ipar aku, jadi aku pun ulaslah buah tu untuk dijadikan pengat kuinin. Masakan nie aku classifiedkan as pengat sebab santannya dimasak tapi nama asalnya yang aku tahu ialah serawa kuinin.
 
Resepinya mudah cuma perlu sabar dalam bab nak potong buah kepada bentuk dadu.

Mula-mula aku buang kulit buah kuinin tuh, kemudian aku potong isi buah kepada bentuk dadu. Kemudian aku masukkan santan ke dalam periuk. Aku gunakan 4 kotak santan dengan 4 air (aku guna kotak santan untuk sukat air), then aku masukkan gula dan garam sesedap rasa, kacau biar sebati, kemudian aku panaskan santan, then masukkan kuinin yang dah dipotong tadi, masak sekejap sahaja, dan siap...tutup api...then taddaaa...ini lah sebahagian daripada hasilnya...boleh dapat satu bekas besar jugaklah dengan 14 biji buah tuh...aku lupa plak nak snap gambar pengat dalam kuantiti yang banyak tuh...adusss...


 
 
Pengat Kunin ku

Bila dah suam, masukkan dalam peti sejuk, bila dimakan sejuk...wah...sangat sedap, terasa macam makan ais krim pulak sebab kuah yang aku buat tu memang creamy... rupa  dia dah jadi macam ais krim yang dah cair...jadi sangat sedap dimakan sejuk...
 
Bila dibawa ke ofis besoknya...barulah aku tahu hampir kesemua kawan-kawan aku tak pernah makan pengat nie sebelum nie. Sama macam aku jugak lah sebenarnya, aku pun first time makan kat rumah mak mertua aku 2 hari sebelum aku buat pengat nie...itu pun rasanya lain sebab yang dibuat kat rumah mak mertua dipanggil serawa tapi aku pulak olahkan dia menjadi pengat dengan dibuat kuahnya pekat dan creamy...
 
Feedback daripada kawan-kawan sangat mengujakan. Alhamdulillah...percubaan aku menjadi dan kawan-kawan sangat suka dengan resepi nie. Mereka cakap aku masak dengan 'perasaan kasih sayang'...cheewahh...dan ada yang mintak aku buatkan lagi...hehehe...aku pun tak sangka yang ianya memang sedap...walau apa pun Alhamdulillah...niat aku untuk bagi kawan-kawan makan dengan rasa yang sedap tercapai...syukur...
 
 

2 comments:

  1. special nya....x pernah makan la..ni manisan negeri mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah buat sebab skrg ni musim kuinin...makanan special orang perak.

      Delete