Thursday 14 November 2013

Kuih Pukat Buruk Bersama Kuah Durian

Salam,
 
Entri kali nie aku nak cerita pasal Kuih Pukat Buruk dan Kuah Durian. Kenapa aku namakan Pukat Buruk? Sebab..kata ayah aku, kat Terengganu kuih nie dipanggil pukat buruk. (aku baru jer tahu...huhu). Oleh kerana aku nie orang Terengganu, makanya eloklah aku glamorkan kuih nie dengan nama Pukat Buruk. Nama untuk seantero Malaysia nya ialah Roti Jala.
 
 
Inilah Kuih Pukat Buruk hasil kerja tangan aku. The process of making it require some elbow grease, but eating it makes everything worthwhile...Resepi yang aku gunakan untuk Kuih Pukat Buruk aku nie ialah:

KUIH PUKAT BURUK

1 setengah cawan tepung gandum
1 setengan cawan air
Sebiji telur
Sedikit serbuk kunyit (untuk mendapatkan warna kuning)
Secubit garam
Secubit gula

Cara :
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender. Blendkan sehingga bahan betul-betul sekata.
  • Gunakan acuan roti jala dan tebarkan ke atas non-stick pan.
  • Angkat dan gulungkan atau boleh juga dilipat menjadi segitiga.


Biasanya Roti Jala @ Pukat Buruk di makan bersama curry but my hubby and I love eating it with Kuah Durian. Jadi, aku preparelah jugak kuah durian sekali. Resepinya seperti di bawah:
 


KUAH DURIAN

5-6 ulas isi durian (ambil isinya)
2 cawan santan
sehelai daun pandan
gula pasir secukupnya
secubit garam

Cara:
  • Blendkan isi durian dengan sedikit air.
  • Masakkan santan bersama isi durian.
  • Masukkan daun pandan.
  • Campurkan gula pasir sesedap rasa bersama secubit garam.
  • Didihkan sebentar, angkat dan hidang bersama Kuih Pukat Buruk.
Pastikan kuah sentiasa dikacau ketika memasak.


Buah durian (durio zibethinus) yang dikutip hubby dari kebun mak ayahnya di kampung. Durian nie bapak mertua aku namakan dia dengan nama Sekubang. Antara beberapa pokok yang ada kat kebun tuh, sekubang adalah favourite famili hubby aku sebab isi buahnya yang besar dan paling lemak berkrim berbanding yang lain.

Nama lain durian yang ada kat kebun bapak mertua aku antaranya ialah Si Sungkai, Si Reban, Si Tunggal, Si Tapai dan Sepadan. Semua buah nie rupanya lain dan rasa pun lain jugak. Baka keturunan tak sama lah tuh kan...hehehe


Daripada buah durian, ditransfer kepada isi durian dan ditukar menjadi kuah durian. Akhirnya di makan oleh aku dan hubby bersama Kuih Pukat Buruk yang dihidang dengan secawan capuccino panas. Ooowwhhhh...MELETOP!!!!


Thanks for reading...

7 comments:

  1. Nak beli acuan "pukat buruk"? aku ada jual RM5 jer....hehehe, nak durian (mentah) tu, sodapnya!!!!!

    ReplyDelete
  2. kuih pukat? baru ni dengar.... akak panggil roti jala je

    ReplyDelete
  3. Kak Rose...durian mentah dah habis lah...anak pokok delima ada tak?

    ReplyDelete
  4. Kak Ozie...Roti Jala lah...nama komersial...hehe

    ReplyDelete