Saturday, 26 October 2013

Keria Gula Halus for Lite Breakfast

Salam,

Hari nie nak cerita pasal kuih keria. This is the second time ever in my life buat kuih keria. Yang seronoknya kali nie berjaya setelah percubaan pertama membuatnya beberapa tahun lepas gagal...huhu.....lamanya!!!

Sebenarnya kat rumah ada keledek yang dibeli di Cameron Highlands last week... Fikir punya fikir apa nak dibuat dengan keledek tuh...akhirnya pagi tadi dapatlah idea untuk buat kuih keria for a lite breakfast bersama hubby sebelum hubby ke kelas masternya....risau jugak pada mulanya...kot2 la tak menjadi tapi bila dah membentukknya, menggorengnya, menggaulnya dengan gula dan memakannya...uh uh uh...yesss!!! Berjaya...yeaaa...dan bila tengok hubby makan dengan seronoknya....my feeling inside is GREAT!!! Alhamdulillah...

Kat bawah nie adalah gambar-gambar kuih keria aku...Ok tak?

                                                       
Kuih keria gula halus for a lite breakfast. Sesiapa sahaja mampu membuatnya kerana sangat senang menghasilkannya...asalkan rajin dan ada minat...then everything we do will be going smoothly, insya'allah.



Ini adalah resepi untuk kuih keria aku...Feel free to have a look and try...

KERIA GULA HALUS

3 biji keledek manis
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
gula halus


Cara :
  • Basuh ubi keledek, buang kulitnya dan rebus hingga empuk. Masukkan sedikit garam semasa merebus ubi tadi.
  • Bila ubi telah empuk, angkat dan toskan.
  • Lenyekkan ubi menggunakan senduk hingga hancur.
  • Masukkan tepung gandum hingga adunan tidak melekat di tangan. Pastikan adunan lembut - lembut sahaja.
  • Jika adunan agak tawar, boleh perisakan dengan sedikit garam.
  • Bentukkan adunan seperti donut.
  • Gorengkan hingga berwarna keperangan.
  • Angkat dan taburkan dengan gula halus
  • Hidang bersama minuman kegemaran...pasti memukau....

SELAMAT MENCUBA!!! :-)

No comments:

Post a Comment