Friday 24 January 2014

Cheese Tart

Salam,

Rasa teruja untuk tempekkan gambar cheese tart yang dah dua kali berjaya aku hasilkan. Terima kasih kak azalita masam manis kerana menunjukkan resepi dan cara-cara menyiapkan cheese tart ini. Saat paling best adalah ketika melorek cream cheese... terasa hati damai bahagia jer setelah melihat hasilnya... rasa macam dalam hati ada taman gitu...cheh cheh cheh....dan rasa seakan tak percaya pun ada...Pandai jugak aku rupanya... kik3...
 
Inilah hasil kerja tangan ku... dibuat khas atas permintaan Geng Master UTHM...kawan  sekelas Mr. Husbenku merangkap kawan-kawan ku jua, ketika ke UTHM di penghujung tahun 2013 yang lalu.
Minta kebenaran kak azalita masam manis kerana menyedut resepi dan cara-cara menghasilkan cheese tart ini untuk ditempekkan di sini. Jadi...resepi dan cara-caranya adalah seperti berikut:

CHEESE TART

Tart Shell
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara:
  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
 

Kemudian sediakan filling yg kita suka sama ada blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas. Bahan-bahan untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai-kedai menjual bahan-bahan tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
 
Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.
 
CREAM CHEESE
 
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara:
  • Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi, dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  • Kemudian boleh lah kita mulakan proses melorek atas cheese tat tadi. 
  • Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.
  • Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
 
Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama...
 
SELAMAT MENCUBA.... :-)

No comments:

Post a Comment