Saturday 18 January 2014

Nasi Arab Superb

Salam,

Berkesempatan membuat nasi arab yang rempah dan beras basmathinya hasil pemberian abang aku dan kakak ipar aku yang kini menetap di Arab Saudi. Alhamdulillah dan shukran ya habibi Abang Yie dan Kak Rose ku... menjadi nasi arabnya dan rempah tu memang superb sedap...
 
Ini lah dia rupa nasi arabnya...
Resepi yang aku guna:

Nasi Arab
3 pot beras Basmathi (aku guna brand Alwaliyah-straight away came from Arab Saudi)
4 1/2 pot air
1 sudu kecil mix spiced seasoning
1/2 sudu kecil rempah serbuk kabsah
1 biji bawang besar- dikisar
1 ulas bawang putih- dikisar
1 biji buah tomato - dikisar
kayu manis, pelaga dan cengkih
1biji lumi
1 batang cili hijau
sehelai daun bay
Garam dan gula sesedap rasa
4 sudu besar olive oil

Cara:
  • Basuhkan beras basmathi dan rendam selama 30 minit.
  • Tumiskan kayu manis, pelaga, cengkih dan lumi dengan olive oil. Masukkan bawang merah, bawang putih dan tomato yang telah dikisar. Masak hingga berbau wangi.
  • Masukkan air diikuti dengan daun bay.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Sejatkan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi.
  • Tuangkan tumisan rempah dan bawang tadi ke dalam periuk beras.
  • Tambahkan cili hijau ke dalamnya.
  • Tanakkan nasi sehingga 80% masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang telah disediakan sebelumnya.
  • Gaulkan perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan nasi sehingga 100% masak.
Ayam Panggang
  • Perapkan 1 ekor ayam dengan 2 sudu besar mix spiced seasoning, 1/2 sudu besar serbuk rempah kabsah, 5 ulas bawang putih yang dikisar, garam, 1/2 biji buah tomato yang dikisar dan 2 sudu besar olive oil.
  • Panggang dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180C. Balikkan ayam selepas 1/2 jam.
  • Simpan lebihan minyak ketika memanggang.
Sos Harrah
  • 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi dan sedikit garam
  • Kisar semua bahan tanpa air
Salad Arab
  • 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
  • Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.
SELAMAT MENCUBA :-)

No comments:

Post a Comment