Friday 14 February 2014

Sotong Sumbat Masak Lemak Kuning

Salam,

Pejam celik, pejam celik, dah hari Jumaat rupanya. Sempatlah jugak aku attend majlis bacaan yassin di jabatan aku hari nie bagi mendoakan kesejahteraan semua staf di jab. kej. mekanikal nie dan juga mendoakan arwah Prof. Mohammad Noor B. Abu Bakar, bapa kepada collegue aku yang baru dijemput Ilahi Selasa yang lepas. Al-fatihah buat beliau.

Ini pulak masakan sotong yang Mr.Husben suka. Sotong sumbat... Intinya boleh dipelbagaikan... nak guna ayam hancur sahaja, ayam hancur + telur rebus, ayam hancur + udang atau ayam hancur + kentang... atau ikut kreativiti uoalls lah, macam - macam versi boleh di buat... cuma kali nie aku buat versi ayam hancur + telur rebus jer.. Sedap tau!! (Sowri...terperasan pulak...)

Uoaalls nak cuba tak? Kalau nak cuba...leh amik resepi yang aku tempekkan kat bawah nie...kalau rasa nak pedas...uoalls tambahlah cili padi...sebab versi aku nie tak pedas...biasa2 ajer... tapi yummy uoaallsss....
 
SOTONG SUMBAT MASAK LEMAK KUNING
 
Inti Sotong
4 ekor sotong saiz sederhana
isi ayam (aku guna 2 belah peha)
1 biji telur rebus
2 helai daun limau purut
secubit garam
 
Cara:
  • Blendkan isi ayam, telur rebus dan secubit garam.
  • Tambah daun limau purut yang diracik halus dan gaul sebati.
  • Sumbatkan inti ke dalam perut sotong.
  • Tutup inti dengan kepala sotong.
  • Masukkan sotong sumbat ke dalam periuk kukusan.
  • Taburkan secubit garam ke atas badan sotong.
  • Kukus sotong selama 5-7 minit dengan api sederhana.
 
Gravy
*1 labu bawang besar - blend/tumbuk
*1/2 cm kunyit hidup - blend / tumbuk
*1 biji lada hijau - blend / tumbuk
2 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut - diracik
11/2 cawan air
1 cawan santan kotak
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
 
Cara:
  • Masukkan bahan bertanda (*) dan serai ke dalam periuk.
  • Tambahkan sedikit air dan biarkan ia masak seketika.
  • Bila air agak kering, tambahkan lagi baki air tadi, santan, sotong yang telah dikukus dan daun limau purut.
  • Sentiasa kacau supaya santan tidak berbintil.
  • Masukkan asam keping.
  • Perasakan dengan gula dan garam.
  • Keluarkan kembali asam keping jika kuah terasa masam dan sesuaikan kembali rasanya dengan menambah gula dan garam.
Bolehlah dihidang untuk dimakan bersama nasi putih. Sedap juga jika dimakan sekali dengan ikan masin bulu ayam macam gambar kat sebelah nie...
 
Ikan masin nie sedap... macam makan keropok sebab isinya tersangat lah nipisnya. Ikan masin nie aku beli kat Kemaman, kebetulan nyinggah makan satar kat Kemaman dan ada pulak dijual ikan nie kat sini. Harganya pulak lebih murah dibandingkan jika beli kat Lumut...huhuhu... jadi aku pun teruslah beli si ikan masin bulu ayam nie....
 
Ok...terima kasih kerana sudi membaca entri aku yang tak seberapa nie... dan SELAMAT MENCUBA!!!
 


4 comments:

  1. waaa! nampak macam sedap jer, cer masak skit nak rasa...hehehe, meleleh ayolio tgk gambonya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak rose...sediakan sotong n ayam sikit...leh la saya mskkan nnt...

      Delete
  2. Wah! montok2 sotong... sedap nampaknya

    ReplyDelete
  3. Kak Gee...memang sedappp....Cicah ngan sos cili pun sooodapp...ngeee...

    ReplyDelete