Friday 21 February 2014

Sambal Petai Ikan Bilis

Salam,

Alkisah disebalik petai (nama saintifiknya-Sparkia Speciosa), yang sebenarnya bau petai adalah benda yang paling aku allergi sekali suatu ketika dahulu... huhu.. teringat lagi waktu zaman study waktu stay kat Sungai Ramal Luar, Kajang... setiap kali housemate aku, Mastura Ramly... masak sambal petai kat dapur... setiap kali jugaklah kepala aku rasa pening yang amat dan rasa macam tak boleh nak bernafas... sungguh aku tak tahan dengan bau nya yang amatlah harumnyeerrr... mesti aku masuk bilik... tutup pintu dan berkurung kat dalam bilik sampailah sambal tu siap dimasak dan baunya hilang dari hidung aku nie...huh... huh... punyalah teruk allergi aku dolu-dolu...

But now...ehhhmmm... it was amazing sangat sebab benda tuh semua dah tak der lagi... aku dah tak allergi lagi dengan petai dan baunya... aku tak tau kenapa, yang pasti sekarang ni aku suka sangat dengan bau petai yang dimasak sambal dan bila ada sambal petai...memang bertambah-tambahlah nasi yang akan aku ngap ke mulut aku....the memories of my wonderful roomate, Mas and the hateful of me to petai... will always be fresh in my mind ever and forever. Huhuhu.

So...inilah dia sambal petai ikan bilis yang aku masak khas untuk aku dan Mr. Husben... ehmmm.... sedapnyer... For the recipee... uoalls skodeng jer kat bawah lagi yep... hehehe...
 
SAMBAL PETAI IKAN BILIS
 
4 utas petai
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
21/2 sudu besar serbuk cili - bancuh dengan sedikit air
3 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukupnya
5 sudu besar minyak masak
 
Cara:
  • Keluarkan petai daripada kulitnya.
  • Blendkan bahan bertanda (*).
  • Panaskan minyak masak.Tumis bahan yang diblend tadi bersama serbuk cili hingga betul - betul masak.
  • Tambahkan sos tomato dan air asam jawa.
  • Masukkan ikan bilis dan petai.
  • Masak hingga kuah menjadi agak pekat.
  • Perisakan dengan garam dan gula.
  • Dah siap... bolehlah dihidang bersama nasi putih.
 
SELAMAT MENCUBA!!! :-)
Terima kasih kerana sudi membaca.
 
 

No comments:

Post a Comment