Tuesday 23 August 2016

Butter Prawn

As Salam,


Butter Prawn in the house... hihi... Hari ini Mr.Husben belikan udang dan request Nazra masakkan butter prawn. Senang aje nak masaknyer.. Bahan semua pun dah ready kat dapur basah Nazra ni. Mr. Husben pulak tolong basuhkan udang.

Alhamdulillah.. sejak Nazra pregnant nie, semua kerja rumah Mr. Husben yang uruskan, masak-memasak pun sebelum nie Mr. Husben yang buat, tapi sejak kandungan masuk 5 bulan lebih, Nazra dah rasa agak kuat, so Nazra turunlah ke dapur untuk masakkan apa yang kami berdua rasa nak makan ditolongi Mr.Husben. Terima kasih Sayang....

So, tak nak cerita panjang sebab Nazra cepat merasa pening sekarang nie... itu sebablah blog nie dah lama sesangat Nazra tak update... huhu... So, jom kita layan Butter Prawn Cinta Hati Nazra nie....




Butter Prawn

Bahan-Bahan:

  • 12 ekor udang
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 batang daun kari
  • 1 biji cili api merah (potong halus) - bilangan cili bergantung kepada tahap kepedasan uoalls..
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu tepung jagung
  • 3 1/2 sudu butter
  • 1/4 tin susu cair
  • 2 sudu minyak masak
  • secubit garam
Cara:
  • Gaul udang bersama lada sulah, telur, tepung jagung dan secubit garam. 
  • Perapkan selama 15 minit.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak bersama 1 1/2 sudu butter.
  • Goreng udang yang diperap tadi dengan minyak dan butter tersebut.
  • Selepas udang masak, angkat dan ketepikan.
  • Bersihkan kuali, panaskan kuali kembali dengan lebihan butter yang masih belum digunakan.
  • Masukkan bawang putih cincang, daun kari dan cili padi merah. Biarkan seketika hingga bawang dan daun kari berbau wangi.
  • Kecilkan api dan masukkan susu cair. Kacau sentiasa sehingga susu menggelegak.
  • Besarkan api dan terus mengacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  • Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
  • Perasakan dengan secubit garam.
  • Jika kuah telah likat, bolehlah diangkat.
  • Hidang bersama nasi panas atau boleh juga dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA!!! Terima kasih kerana sudi membaca enti Nazra kali ini. :-)


1 comment:

  1. Titanium Ring for Men's Club (Cortiz) - T-shirt
    Our T-shirt is only available in the USA. The T-shirt size will not be in the USA. titanium dive knife Please see our options. Product Info. ford focus titanium hatchback Rating: 4.5 · ‎16 reviews · ‎$40.00 titanium trim reviews · ford escape titanium for sale ‎In stock trekz titanium

    ReplyDelete