Friday 12 February 2016

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Salam,

Ikan tenggiri dari Pulau Tioman in the house... Slurrppp... Sedap hingga menjilat jari... uhmmm... Terima kasih Dik Ahmad Fadhli dan Dik Mardhiyah atas pemberian tenggiri yang besar ini... Bersusah payah Adik Lie aku membawa keluar naik bot turun bot, naik feri turun feri, menempuh Lebuhraya Pantai Timur sebelum sampai ke tangan aku... 

Dah sampai ke tangan aku... meredah pulak si Tenggiri ini melalui laluan Tasik Kenyir, Felda Sg. Aring, Gua Musang dan Cameron sebelum sampai ke Simpang Pulai, Ipoh, Perak dan alhamdulillah... ia masih dalam keadaan yang baik... Sekarang dah jadi lauk Asam Pedas untuk santapan aku dan Mr. Husben... hihihi... Jarang sekali dapat makan ikan tenggiri besar... Teruja dengan isinya yang kenyal... uh uh uh...

Jom layan Asam Pedas Ikan Tenggiri....


Sedap dihidang bersama nasi putih panas dan dimakan bersama ulam-ulaman yang dicicah dengan tempoyak... ehmmm... Pasti terangkat... Untuk resepi.. uoalls scroll ke bawah yep... :-)
 

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Resipi:
3 keping ikan tenggiri dipotong dan cuci bersih
400 mk air
100 gm bendi
1 batang serai dititik
1 kuntum bunga kantan di belah dua
1/2 cawan air asam jawa
1 cekak daun kesum
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili  atau 15 tangkai cili kering di kisar
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
1 sudu teh belacan (aku tak letak since Mr. Husben allergic)

Cara:

  • Pijarkan minyak
  • Tumiskan serai dan bahan kisar hingga harum, garing dan terbit minyak
  • Masukkan air dan air asam jawa dan masak hingga didih
  • Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan
  • Renihkan senentar hingga ikan masak
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan bendi
  • Masak sebentar hingga bendi lecur dan sedia di hidangkan 
 SELAMAT MENCUBA!!! ;-) dan terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. Wassalam.
 

No comments:

Post a Comment